Asas bahasa Inggeris # 1 – Nouns

Dalam mempelajari bahasa Inggeris kita mungkin sering tertanya-tanya apakah topik-topik yang perlu kita pelajari untuk sekurang-kurangnya dapat menguasai asas bahasa Inggeris. Begitu juga apabila kita sendiri ingin mengajar anak-anak kita bahasa Inggeris atau kita ingin menghantar anak-anak kita ke kelas tuition bahasa Inggeris. Apakah topik-topik yang perlu dipelajari terlebih dahulu untuk mengukuhkan fundamentals atau asas kita dalam bahasa Inggeris?

Dalam bahasa Inggeris, secara amnya ada LAPAN aspek atau topik dalam bahasa Inggeris ASAS yang perlu anda pelajari secara menyeluruh untuk memastikan yang anda dapat menguasai FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR.

Lapan topik itu ialah:-

1. Nouns

2. Pronouns

3. Adjectives

4. Verb

5. Adverb

6. Preposition

7. Conjunction

8. Articles

Dalam topik kali ini kita akan melihat tentang Nouns.

1. Nouns

1.1. Function of Nouns – Apa fungsi Nouns?

Dalam topik ini anda perlu tahu apakah kegunaan nouns dan untuk apa anda perlu gunakan nouns. Jika anda ingin pastikan yang sesuatu perkataan itu adalah nouns, anda boleh rujuk kepada kamus anda. Pastikan yang kamus anda adalah kamus yang komprehensif dan ada menyenaraikan apa jenis perkataan dalam kamus itu.Nouns digunakan untuk menamakan:-

i. Orang - seperti Ali, Siti, student, teacher, boy dan sebagainya

ii. Tempat - seperti Kuala Lumpur, office, house, city

iii. Benda - seperti car, phone, computer

iv. Haiwan - seperti Garfield, King Kong, cat, dog.

v, AbstrakUntuk menamakan perasaan, keadaan, situasi seperti anger, sadness, wisdom, happiness dan sebagainya.

1.2 Common Nouns and Proper Nouns – Kata Nama Biasa dan Kata Nama Khas

Common nouns merujuk kepada nouns yang ditulis dengan huruf kecil manakala Proper Nouns pula ialah Kata Nama Khas seperti Putrajaya, Ahmad, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.

1.3 Count – Countable Nouns and Uncountable Nouns – Kata Nama Boleh Dikira dan Kata Nama Tidak Boleh Dikira

Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira dan boleh ditambah ’s’ untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu seperti ‘one car- two cars, manakala Uncountable Nouns ialah jenis Nouns yang tidak boleh dikira dan tidak boleh ditambah ’s’ dihujungnya walaupun jumlahnya banyak seperti ‘too little sugar – too much sugar’.

Sila rujuk kepada kamus anda untuk kenal pasti samaada sesuatu nouns itu adalah countable atau uncountable. Kamus yang saya gunakan iaitu New Oxford English-English_Malay Dictionary melabelkan C sebagai countable manakala countable nouns akan dilabel UC. Harga kamus ini cuma RM28 sahaja.

1.4 Plural and Singular Nouns – Kata Nama Majmuk dan Kata Nama Tunggal

Plural nouns ialah nouns yang boleh dikira dan oleh itu boleh ditambah ’s’ atau ‘ies’, atau ‘es’ , ‘ves’ dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu.

Contoh – one car – two cars one baby-two babies one thief-three thieves


Singular nouns
pula ialah untuk menunjukkan bilangan nouns ialah tunggal dalam Countable Nouns. Dalam Uncountable Nouns pula ianya cuma dalam bentuk Singular dan tidak boleh dalam bentuk plural seperti sugars, cofees dan sebagainya.

1.5 Collective Nouns – Kata Nama Berkumpulan atau Penjodoh Bilangan Berkumpulan

Collective nouns pula ialah penjodoh bilangan untuk nouns yang banyak. Dalam bahasa Melayu kita pun turut menggunakannya seperti sesikat pisang, sekawan burung dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris ianya lebih meluas seperti a herd of cattle, a swarm of bees, a troop of monkeys dan sebagainya.

Sila rujuk kepada buku Easy English yang ditulis oleh Nor Bi terbitan Karangkraf untuk senarai yang lengkap.

1.6 Posessive Nouns – Kata Nama Pemilikan

Possessive nouns bertujuan untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan penggunaan (’s ) ataupun sekadar menambah apostrophe ( ‘ ) sahaja.

Kalau singular nouns – tambahkan (’s) kepada nouns itu seperti

Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya

Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud – kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.

Kalau plural nouns – Oleh kerana plural nouns sudah secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan sahaja kepada nouns itu seperti

the students’ car, the teachers’ building book, the dogs’ owner dan sebagainya

Diharap anda boleh memahami penerangan ringkas tentang nouns dalam topik ini. Penerangan yang lebih jelas dan lebih komprehensif diberi kepada mereka yang melanggan kelasenglish online dengan saya.

===============================================================

Sila hubungi saya jika berminat untuk mendapatkan khidmat:-

1. Kelas English Dewasa di Puchong

2. Tuition English UPSR, PMR , SPM, MUET dan TOEFL di Puchong atau dirumah anda

3. Kelas English secara Online melalui Email

4. Perkhidmatan translation BM-BI atau BI-BAHASA MELAYU

Yusoff

019-3090711

 

 

About these ads

2 comments on “Asas bahasa Inggeris # 1 – Nouns

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s