Kaedah penggunaan kad imbas / flashcard untuk kanak-kanak

Artikel ini dipetik dari buku tulisan saya ‘Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris’ terbitan Perintis Publication yang akan keluar awal bulan depan.

 

Kaedah penggunaan kad imbas / flashcard untuk kanak-kanak

 

Penggunaan flashcard dalam mengajar anak-anak memahirkan diri dalam bahasa Inggeris adalah satu kaedah yang mudah dan murah tapi sayangnya kaedah ini tidak digunakan sepenuhnya oleh ibubapa dan juga kemungkinan oleh golongan pendidik. Adalah diharapkan selepas anda membaca topik ini anda akan dapat lebih menghargai penggunaan flashcard sebagai satu kaedah yang boleh anda gunakan dalam mengajar anak-anak menguasai kemahiran berbahasa Inggeris.

 

Ada pelbagai aktivi yang anda boleh lakukan dengan flashcard dan ianya bolah anda bahagi-bahagikan mengikut fungsi aktiviti itu samaada untuk melatih memori, latihtubi, mengenalpasti objek dan aktiviti TPR. Jika anda menggunakan aktiviti-aktiviti dengan kanak-kanak diperingkat umur yang muda anda boleh membuat aktiviti-aktiviti yang diterangkan selepas ini sebagai satu permainan. Dengan membuatnya sebagai satu permainan ianya akan menjadi lebih menarik untuk dipelajari.

Ujian Memori

 

Aktiviti ini direka untuk menguji memori anak-anak dan pelajar-pelajar anda. Apa yang anda perlu buat ialah meletakkan beberapa flashcard di atas lantai dalam bentuk bulatan. Biarkan bahagian yang bergambar di atas. Jika ianya melibatkan seorang sahaja beri masa seminit untuk mereka mengingati kesemua objek yang ada di kesemua flashcard itu. Jika anda melakukan dengan satu kumpulan kanak-kanak atau pelajar anda boleh bahagikan mereka dalam dua atau lebih kumpulan dan beri mereka dua minit untuk menyenaraikan kesemua objek yang mereka boleh ingat. Latihan ini amat sesuai untuk menguji memori kanak-kanak disamping memberi mereka satu jenis senaman minda. Apa yang penting ialah ada perlu mereka aktiviti sebegini sebagai satu permainan kepada kanak-kanak itu dan bukan membuatnya sebagai satu latihan. Ini untuk memastikan mereka seronok dengan aktiviti itu dan tidak merasa tertekan untuk menghafal kad-kad imbas itu.

Aktiviti Latihtubi – Kad ghaib

 

Dalam aktiviti ini anda boleh letakkan 9 flashcard di atas papan tulis. Pastikan yang bahagian gambar flashcard itu ialah bahagian yang kelihatan. Lukiskan bulatan di sekeliling kesemua flashcard itu.Kemudian gunakan pen dan tunjukkan kepada kesemua sembilan flashcard itu berulangkali dan sebutkan setiap perkataan flashcard itu. Tanggalkan flashcard itu satu persatu tapi teruskan menunjuk di mana flashcard itu berada tadi. Bila anda tanggalkan flashcard yang pertama anda perlu menunjuk kepada tempat kosong itu dan mengangguk kepala anda dan menggalakkan kanak-kanak itu menyebut perkataan flashcard yang telah anda tanggalkan itu. Anak-anak dan pelajar-pelajar anda akan merasa terkejut yang mereka boleh mengingati gambar-gambar flashcard itu. Untuk pelajar anda yang masih muda anda boleh kemudiannya meletakkan semula flashcard itu ketempatnya yang betul dan bertanya kepada mereka kemana kad itu pergi. Untuk pelajar yang lain pula anda boleh menyuruh mereka pergi ke papan tulis dan menulis perkataan yang betul untuk flashcard yang telah ditanggalkan itu. Aktiviti ini akan menonjolkan kesan peralatan visual dan ianya akan membuktikan yang imej yang dilihat di flashcard itu akan ‘melekat’ dalam minda pelajar.

 

Aktiviti Pengenalan – Dedahkan perkataan itu

 

Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak atau pelajar-pelajar anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu. Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara otomatik meniru anda. Selain dari itu anda boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.

=================================================

Berikut adalah senarai 15 jenis aktiviti yang boleh anda lakukan dengan kanak-kanak menggunakan flashcard. Kesemua ini diterangkan dalam buku saya, ‘ Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris’

 

1. Ujian Memori

2. Aktiviti Latihtubi – Kad ghaib

3. Aktiviti Pengenalan – Dedahkan perkataan itu

4. Aktiviti mengejar kad imbas

5. Latihan Pemahaman

6. Aktiviti Rangkaian

7. Dimana dia?

8. Siapa lebih cepat?

9. Aktiviti Burung Kakak Tua

10. Aktiviti berbisik

11. Permainan memori

12. Tunggang terbalik

13. Berikan bola itu

14. Kad yang hilang

15. Teka saya

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s