Perkara-perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Semasa Makan

Perkara-perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Semasa Makan

(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Bersosial – Tatacara Diri Dan Etiket Sosial)

http://www.books.perintis.com.my/

 

Oleh: Amin Hazyq

Klinik Kerjaya Perintis

 


Ada beberapa perkara penting yang harus anda ketahui dan elakkan ketika makan kerana perbuatan tersebut melambangkan keperibadian anda secara keseluruhan.

 

1. Jangan bercakap dengan makanan penuh di dalam mulut. Sekiranya anda sedang mengunyah dan seseorang bertanyakan anda sesuatu, habiskan kunyahan dan telan makanan dahulu sebelum menjawab.

2. Kunyah makanan dengan mulut yang tertutup. Jangan kunyah sehingga orang boleh nampak gigi anda.

3. Jangan berebut untuk mendapatkan makanan yang dihidang. Hal ini kerap berlaku pada hidangan makanan ala Cina atau Melayu kerana juadah dihantar satu persatu dan ada orang yang takut makanan tidak mencukupi. Jangan bimbang, pihak hotel atau restoran menyediakan hidangan yang cukup untuk semua orang di meja tersebut. Lazimnya, pelayan akan menghidang kepada setiap tetamu dan makanan dibahagikan secara adil. Jika masih ada makanan yang lebih, anda boleh mengambilnya sendiri jika mahu.

4. Jangan minum sekiranya anda masih mengunyah makanan di dalam mulut.

5. Makanan harus dihulurkan ke arah kanan atau berlawanan arah jam.

6. Sekiranya anda hendak membersihkan hingus atau bersin, minta diri dahulu dan lakukan di tandas. Jangan sekali-kali gunakan napkin sebagai sapu tangan anda!

7. Jika tidak sempat dan terpaksa bersin, tutup mulut dan hidung anda dengan sapu tangan anda sendiri atau tisu.

8. Sekiranya ada makanan di dalam mulut anda yang tidak boleh ditelan kerana terlalu keras atau bertulang, tolak makanan tersebut ke atas garpu dengan lidah anda dan letakkan di tepi pinggan.

9. Jangan gunakan tangan untuk mengorek makanan tersebut di dalam mulut!

10. Seandainya ada makanan terlekat di celah gigi, gunakan pencolek gigi untuk membuangnya. Caranya, pegang pencolek gigi dengan sebelah tangan dan tangan sebelah lagi digunakan untuk menutup tangan dan mulut anda. Hal ini dapat menghalangorang lain daripada nampak perbuatan anda dan kelihatan lebih sopan. Seelok-elok-nya, lakukan di tandas.

11. Apakah yang patut anda lakukan sekiranya air minuman atau sup tertumpah dan terkena baju anda semasa makan? Perkara pertama ialah bersihkan tumpahan di meja dan minta diri untuk membersihkan diri anda di tandas. Mohon maaf kepada rakan-rakan semeja anda kerana perbuatan anda telah mengganggu kelancaran majlis.

12. Sekiranya seseorang meminta anda menghulurkan garam, hulurkan garam sahaja, tidak perlu memberikan lada sekali. Sebaik-baiknya selepas anda menghulurkan garam, tanya sama ada dia mahukan lada juga.

=====================

Buku-buku Perintis boleh di dapati dari kedai2 buku seperti MPH, Popular, Book Network Sdn. Bhd (Giant Taman Permata), Minerva Jalan Tuanku Abdul Rahman dan di kebanyakan kedai buku.

<a href=”http://technorati.com/claim/67gccbdawi&#8221; rel=”me”>Technorati Profile</a>

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s