Buku – Perbualan Telefon Bahasa Inggeris

Cara Mudah Menguasai Kemahiran BERBAHASA INGGERIS 2

- Perbualan Telefon

Oleh Mohd Yusoff Noordin

Buku ini boleh dibeli secara pos dengan saya pd harga RM16.

 

Buku ini ditulis untuk membantu anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kerjaya dan kehidupan seharian anda daripada segi perbualan telefon. Apabila anda memulakan kerjaya dalam sesuatu organisasi, anda akan menyedari betapa pentingnya kemahiran perbualan tele-fon dalam bahasa Inggeris. Buku ini turut memberikan contoh perbualan telefon dalam situasi sosial yang boleh anda gunakan semasa berkomunikasi dengan sahabat atau dengan keluarga anda. Walaupun perbualan telefon sosial tidak memerlukan ketepatan tatabahasa ataupun grammar dan lebih bersifat tidak formal, anda masih perlu bercakap dengan betul agar pihak lain dapat memahami perkara yang ingin anda sampaikan dengan jelas. Amat diharap agar buku ini dapat mencetuskan semangat baru dalam diri anda untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris anda.

 

Buku ini menyediakan asas yang diperlukan untuk anda memiliki kemahiran asas yang kukuh. Banyak tips diberikan dalam buku ini dan InsyaAllah jika anda mengikuti semua tips yang diberikan, anda dapat memahirkan diri anda dalam bahasa Inggeris. Setiap contoh perbualan telefon dalam bahasa Inggeris turut diberikan makna dalam bahasa Melayu. Oleh itu, buku ini boleh anda gunakan untuk berbual dengan baik melalui telefon sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu.

 

 

Kandungan

 

1. Pengenalan
1.1 Kenapa buku ini penting untuk anda?
1.2 Kepentingan perbualan telefonyang betul
1.3 Cara untuk memaksimumkan penggunaan buku ini

2. Grammar mudah untuk perbualan telefon
2.1 Pengenalan
2.2 Perbuatan yang kerap berlaku dan keterangan fakta – Simple Present
2.3 Penggunaan verb + ing untuk perbuatan/aktiviti yang sedang berlaku sekarang

– Present Progressive
2.4 Perbuatan yang berlaku pada masa lepas dengan penunjuk masa – Simple Past
2.5 Perbuatan yang sedang berlaku pada masa lepas – Past Progressive
2.6 Perbuatan yang berlaku pada masa lepas tanpa penunjuk masa – Present Perfect
2.6.1 Situasi Present Perfect # 1 – Perbuatan lepas tanpa penunjuk masa
2.6.2 Situasi Present Perfect # 2 – Perbuatan lepas yang berulang tanpa penunjuk masa
2.6.3 Situasi Present Perfect # 3 – Perbuatan pada masa lepas dengan penggunaan since

dan for
2.7 Perbuatan yang sedang berlaku dengan penunjuk masa – Present Perfect Progressive
2.8 Dua perbuatan yang berlaku pada masa lepas – Past Perfect
2.9 Perbuatan yang berlaku pada masa hadapan – Simple Future
2.10 Sumber-sumber untuk memahirkan perbualan telefon

3. Etiket penggunaan telefon
3.1 Etiket perbualan telefon
3.2 Etiket penggunaan telefon bimbit
3.2.1 Etiket penggunaan telefon bimbit di tempat awam
3.2.2 Etiket penggunaan telefon bimbit di tempat kerja

4. Perbualan telefon yang berkesan
4.1 Menjawab panggilan
4.1.1 Menjawab panggilan luar
4.1.2 Menjawab panggilan dalaman
4.2 Membuat panggilan
4.3 Mengambil pesanan
4.4 Menyambungkan sesuatu panggilan
4.4.1 Apabila panggilan telah disambung
4.5 Menapis panggilan
4.5.1 Contoh menapis panggilan
4.6 Menamatkan perbualan
4.6.1 Meringkaskan perbualan
4.6.2 Menamatkan perbualan

5. Menghubungi syarikat telekom
5.1 Melanggan perkhidmatan telefon
5.2 Melanggan perkhidmatan tambahan
5.3 Laporan kerosakan telefon
5.4 Pertanyaan tentang bil

6. Contoh-contoh perbualan telefon
6.1 Menempah bilik hotel
6.2 Susahnya nak telefon awak!
6.3 Asyik dapat nada talian sibuk sahaja!
6.4 Telefon awak rosak ke?
6.5 Membuat tempahan di restoran
6.6 Bertanyakan tentang rumah sewa
6.7 Bertanyakan lokasi
6.8 Maaf, saya tak terbangun!

7. Perbualan telefon sosial
7.1 Pengenalan
7.2 Etiket perbualan telefon sosial
7.2.1 Membuat panggilan
7.2.2 Menjawab panggilan
7.3 Lain-lain contoh perbualan

8. Temu duga melalui telefon
8.1 Pengenalan
8.2 Persediaan untuk ditemu duga
8.3 Petua-petua menyediakan jawapan
8.4 Contoh-contoh soalan temu duga berserta jawapan
8.5 Perkara yang perlu dielakkan semasa ditemu duga

9. Penutup

 

About these ads
By knowledgecentre Posted in My books

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s