Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris

 

Dalam artikel ini saya ingin berkongsi sedikit teknik-teknik pengajaran bahasa Inggeris yang anda boleh gunakan untuk mengajar anak-anak anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Teknik-teknik ini saya gunakan untuk anak tunggal saya yang sudah akan berusia 34 bulan pada 17hb ini. Walaupun kalau mengikut kaedah yang disaran sebenarnya kita sudah boleh mengajar anak-anak kita pada peringkat bayi lagi saya agak lewat memulakannya dan cuma memulakanya bila anak saya berusia 24 bulan sahaja saya baru mula.Mungkin sebab anak saya ni lewat bercakap so saya pun takda lah nak start awal sangat. Antara teknik-teknik yang saya amalkan:-

 

1. Selalu berbual dalam bahasa Inggeris dengan anak – Sepatutnya kaedah yang terbaik ialah ‘one parent one language’ tapi kadang-kadang tersasul jugak bercakap bahasa Melayu dengan anak saya tu. Tapi most of the time saya akan bercakap bahasa Inggeris dengan anak saya. Cakap full sentence dan bukan cakap separuh-separuh atau pun guna bahasa bayi. Wife saya pula bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu dengan anak saya tu. Hasilnya? Memang menakjubkan…Dia boleh faham kedua-dua bahasa dan yang lebih menarik dia tahu yang dia boleh gunakan kedua-dua bahasa..Sebagai contoh, kalau dia tak nak sesuatu benda tu dia akan cakap ‘no’ ataupun ‘tak nak’ . Ini bermakna dia tahu yang kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Apa yang penting dalam teknik ini ialah anda kenalah consistent dan jangan malu..Usah pikir sangat apa yang orang lain fikirkan…Biarlah kalau orang nak mengutuk or nak memperlekahkan kita..Yang penting, anak kita jadi mahir dalam bahasa Inggeris..betul tak? So kalau saya balik kg wife saya kat Felda Gunung Besout pun memang saya akan bertutur dengan dia dalam bahasa Inggeris. Kalau anda campur-campurkan mmg dia akan pening sikit..or kalau anda nak jugak campur sikit2 pastikan yang kalau dalam satu ayat tu jgn campur2 kan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Pelbagai jensi flashcard yang boleh digunakan

                                                   – Pelbagai jenis flashcards yang anda boleh gunakan -

 

 

2. Gunakan kad imbas – Kad imbas ini boleh anda dapati dengan mudah di kedai-kedai buku dan juga di hypermarket. Kalau in bahasa Inggeris kad imbas ni dipanggil ‘flash card’..Tak tahu lagi? Alaa..benda ni saiz dia macam daun terup..depan dia ada gambar n belakang ada nama untuk gambar tu..Ada macam-macam tema untuk kad imbas ni macam animal, tranportation, human body dan sebagainya. Banyak teknik yang boleh anda gunakan dengan kad imbas ni. Kelebihan menggunakan kad imbas ini ialah anda tak perlu terjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk objek-objek yang ada di kad imbas itu. Ini bermakna anak-anak anda akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris itu berdasarkan gambar yang dia lihat itu. Ini amat baik kerana dengan cara ini, anak-anak anda akan ‘berfikir’ dalam bahasa Inggeris. Pada mulanya saya menunjukan kad-kad imbas itu kepada anak saya dan beritahu dia nama objek-objek itu tapi susah sikitlah teknik ini.Dia macam tak berminat sangat..Dia cuma berminat dengan objek-objek yang dia dah kenal aja..So apa yang saya buat ialah saya tampalkan beberapa kad imbas di dinding..Pastikan anda tampal tak terlalu tinggi agar mudah dia nak tengok..Anda boleh lah buat macam game..Macam saya..bawak dia pergi ke kad tu dan bercakap ‘Hello fox’ ‘Hello dog” dan kdg2 ‘Bye bye cat’ “bye bye crocodile’..Amazingly mmg dia cepat tangkap..Perkataan ‘fox’ tu pun dia boleh sebut walaupun kita tahu abjad ‘x’x tu susah sikit nak sebut..Cuma perkataan-perkataan yang lebih dari dua sukukata macam ‘crocodile’ tu dia dapat sebut ‘cocodile’ aje..So jgn letak kad-kad imbas yang perkataan-perkataan dia panjang-panjang sangat pada peringkat permulaan.. kdg-kdg anda boleh uji jugak pemahaman dia dengan menegur kad imbas ‘dog’ dengan berkata ‘Hello cat’ dan kalau dia dah kenal objek itu dia akan cepat-cepat cakap “Dog lah ..” or “Dog lah daddy” dan sebagainya. Selain dari itu anda boleh jugak tanya anak anda itu, “Where is the cat” atau “Show me the dog” atau “Say good bye to fox” dan sebagainya.

 

Kad-kad imbas ni murah je kalau anda nak beli..Kalau nak buat sendiri pun boleh,,Beli je kad-kad manila ke…or lain2 kertas yang keras dan kemudian ambil gambar-gambar dari majalah atau akhbar(kalau boleh yg berwarna) dan kemudian tulis nama-nama objek itu…

 

Apa yang penting dalam menggunakan teknik-teknik ini ialah :

 

1. Jangan memaksa mereka –Budak2 kecil ni ada mood dia

 

2. Konsisten – Jangan kejap buat kejap tidak

 

3. Ikut pace dia – Jangan risau kalau anak anda lewat sikit bercakap dengan betul.

 

4. Pastikan apa yang anda pertuturkan itu betul tatabahasanya (grammar) dan sebutannya. Kalau tak pasti semaklah buku-buku grammar dan juga dictionary yang ada tunjukkan sebutan.

 

So…mudah aja kan?..Jika anda berusaha dengan gigih dari awal..anda tak perlu pening kepala bila anak anda masuk sekolah nanti..Tak perlu nak belanja mahal-mahal hantar anak anda ke SmartKid le..Cosmotot le..dan sebagainya.Anda sendiri boleh mengajar mereka…Kalau anda tak fasih bahasa Inggeris pun anda boleh mengajar mereka..tapi anda pun kenalah sanggup belajar semula…Takpun apa yang anda boleh buat ialah beli buku-buku teks bahasa Inggeris darjah 1 dan 2..tengok perkataan yang ada dalam bukutu dan gunakan dalam perbualan anda dengan anak anda itu…

 

So..hope you will try it very soon..Kalau tak dapat result macam dengan anak saya tu anda kena bersabar aja sikit..Kalau ada apa-apa hasil atau anda ada teknik-teknik anda sendiri anda boleh lah berkongsi dengan saya dengan menghantar email kepada saya..

 

 

 

About these ads

8 comments on “Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris

  1. Mana saya nak mulakan mengajar anak saya darjah 4? Apa yang saya boleh gunakan sbg alat bantuan mengajar? Bahasa Inggeris dia kurang minat. Jarang score 100marks. Tapi, dia dah 3 tahun berturut2 jadi pelajar terbaik kat sekolah. sekolah dia biasa saja, di pinggir bandar. Setiap kali nak test atau exam, saya dan ayah nya sama2 belajar dgn dia.. tp anak saya ni style ‘esok exam hari ni baru baca’…
    Perlukah saya sediakan jadual harian untuknya? Untuk pengetahuan cikgu, setiap hari slps sekolah, dia akan dihantar ke pusat jagaan (educare) untuk mandi, mkn, baca quran (baru habis Quran minggu lepas), buat homework sampai kami ambil dia lps kerja.

    Saya harap cikgu dpt berkongsi pandangan dgn saya. Terima kasih daun keladi.

  2. Assalamualaikum.

    Bagaimana nak mengatasi masalah anak lelaki saya yang imaginationnya tinggi dan inginkan sesuatu yang baru dan menarik?

  3. Teknik membantu anak dalm pelajaran sekolah? Contohnya dalam melakukan kerja rumah. Bagaimana nak pupuk minat belajar & mengekalkan konsentrasi?

  4. i agree wif u sir..

    first time anak i boleh berkata2 i dah niat nak ajarkan dia berbahasa inggeris..tapi i tak gunakan flash card sebaliknya i gunakan teknik sing a song,touch n speak,speaking dgn my daughter every day dalam bahasa inggeris..utk pengenalan pada anggota badan ada lagunya..untuk menggosok gigi pun i berlagukan english padanya..tetambah kalau i marah..pastinya dalam bahasa inggeris.

    Hasilnya my daughter can speak simple english such as mumy i want shower..lets go..mumy help me.. good nite..eat..head shoulder knee toes..this shoe..no..and so on..

    sampaikan dgn neneknya pun dia berbahasa inggeris..dgn kawan2 dia pun dia berbahsa inggeris.. bibiknya pun i ajarkan simple english agar dia bercakap dgn anak i dalam english terutama dalam istilah harian spt shower.eat.drink water..wipe your mouth..wash your hand..and so on..

    i tahu ada di kalangan masyarakat kita yg pandang serong..macam kata makcik2 i yg i berlagak tak bertempat,tak ingat asal usul..i tak peduli..sebab same like u..sapa lagi nak bentuk anak kita selain kita sendiri..termasuk jugaklah ilmu agama…setiap kali waktu solat..pasti i akan bentangkan sejadah untuk dia join together..at least she know what mumy and daddy’s do..she have to do as well..takdelah besar nanti dia akan tertanya..why and why..

    kini my daughter baru 2yrs and 4month..dia dah faham simple english and bahsa melayu dan juga adab dalam kehidupan..coz daddyner cakap BM and mumy BI..and both of us terapkan jugak nilai2 murni islam dalam kehidupan spt membaca doa sebelum makan,tidur berpakaian..memberi salam and so on..perkembangan dia pun amat memberangsangkan berbanding dgn anak2 jiran yang lain yg sebaya dia..kawan2 i pun berminat nak terapkan penggunaan BI dgn anak diaorg..

    moral of the story..jika nak berjaya jgn takut untuk mencuba sesuatu yang baru..

    buat anakku..ainina batrisya..mumy and daddy love you so much till the end of entire life..

  5. salam, my name is dr rozita, i am a medical doctor and a mother of 7 months old baby..im impressed with ur article “Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Mempelajari bahasa Inggeris”. as a mother, i want my son to be able to speak in english fluently, perhaps even better than me..i just wonder when is the earliest/best time for me tostart teaching my son , should i start now or should i wait..

  6. Hello. I was a student majoring in English language and literature. I took a course on Psycho-linguistics and one the methods is for a parent to speak one language to the child. For example if mom speaks English, dad speaks the native language eg Bahasa Melayu. And you can have a multilingual-speaking child. So basically it is the same way as you are doing. Great job. And to Dr Rozita, I think early exposure to English does not hurt. Try to converse with your son in English even if he doesn’t start speaking just yet. I am a teacher now and the main problem with Malay students particularly is that they aren’t able to speak in English because parents just don’t speak English at home. So I guess early exposure to English will definitely help your son later. Good luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s