Mengajar menggunakan sukatan pelajaran UPSR/PMR/SPM

Menggunakan sukatan pelajaran membolehkan anda mengetahui dengan jelas apa yang akan dipelajari oleh anak-anak anda sebelum mereka memasuki alam persekolahan lagi ataupun sebelum mereka memasuki tahun persekolahan yang tertentu. Sebagai contoh, jika anak anda baru berusia 4-5 tahun, anda sudah boleh menganalisa sukatan pelajaran sains tahun satu dan gunakannya untuk mengetahui apa yang mereka akan pelajari dalam masa 2-3 tahun nanti. Mungkin ada yang akan berkata, ‘Macam mana pulak kalau sukatan pelajaran berubah nanti?’ Anda tidak perlu bimbang. Walaupun sukatan pelajaran mata pelajaran sains itu mungkin akan berubah dimasa hadapan, pada dasarnya asas-asas sains itu akan kekal dan biasanya sebarang perubahan hanya melibatkan perubahan kecil sahaja.

Dengan memulakan lebih awal, anda telah memberi kelebihan atau ‘head start’ kepada anak anda. Jangan pandang remeh dengan ‘kelebihan’ ini. Ianya akan banyak membantu anak anda untuk:

 

1. Memahami dengan mudah apa yang diajar oleh guru mereka. Ini kerana mereka sudah pun mempelajarinya dengan anda secara langsung atau tidak langsung dengan anda dan mereka sekurang-kurangnya telah memahami sebahagian dari apa yang telah anda ajar.

 

2. Membantu mereka memahami arahan-arahan yang diberi oleh guru mereka.

 

3. Membantu mereka memahami soalan-soalan yang diberi dan kerja-kerja rumah yang diberi.

 

4. Memudahkan mereka berinteraksi dengan yakin dalam kelas.

 

Meningkatkan harga diri mereka dan keyakinan mereka. Ini kerana mereka mudah faham apa yang diajar, boleh berinteraksi dengan baik dan berkemungkinan besar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran sains.

 

Walaupun mereka dapat menyerap sebahagian sahaja dari apa yang anda ajari, ianya masih lagi merupakan satu kelebihan yang cukup berharga kepada mereka dan mampu membuat mereka bukan sekadar bersaing tapi melebihi rakan-rakan sebaya mereka. Dalam setiap proses pembelajaran itu ada tiga fasa iaitu:

 

  1. Sebelum pelajaran di kelas
  2. Semasa di kelas
  3. Selepas pelajaran di kelas

 

Sebagai ibubapa anda boleh membantu anak-anak anda dalam fasa 1 dan 3. Fasa 1 merupakan fasa yang kritikal jika anda inginkan anak-anak anda mempunyai kelebihan dari segi pemahaman. Dengan mendedahkan mereka kepada apa yang bakal mereka pelajari different kelas nanti ianya akan amat memudahkan mereka nanti bila belajar topik yang sama di kelas nanti. Jika sebelum memasuki kelas mereka telah dapat menyerap 80% dari apa yang anda ajar, maka semasa di kelas nanti mereka cuma perlu menyerap lagi 20% yang mereka belum fahami. Selain daripada itu, untuk 80% yang mereka sudah fahami itu akan mereka ulangkaji bila diajar oleh guru-guru mereka. Fasa ketiga juga merupakan fasa yang penting kerana ianya adalah waktu dimana anak-anak anda mengukuhkan apa yang telah mereka pelajari dalam fasa satu dan dua. Anda boleh membantu dengan menyediakan buku-buku latihan yang sesuai. Dengan memberi mereka banyak latihan anda boleh mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan apa yang telah anda dan guru mereka ajari. Pastikan anda merekod markah latihan-latihan mereka agar anda boleh mengawasi pencapaian mereka dalam setiap topik. Jika ada topik yang mereka agak lemah anda boleh mengajar mereka semula topik itu atau anda boleh mencuba teknik pengajaran lain yang anda rasa boleh memudahkan pemahaman mereka.

 

 

4 comments on “Mengajar menggunakan sukatan pelajaran UPSR/PMR/SPM

  1. I rasa hampir kesemua ibu bapa tidak pernah menggunakan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran untuk membantu pembelajaran anak-anak.

    Lebih senang kalau ibu bapa menggunakan buku rujukan sebagai panduan.

  2. Sukatan pelajaran adalah tidak sama antara satu penerbit dgn yang lain.
    Yang malangnya ialah sukatan yg dikenalkan oleh Kementerian tak boleh digunakan
    contoh bina 5 ayat dalam BM.pada thn 2005 ,boleh namakan watak seperti Ali ,Abu dan sebagainya tetapi pada tahun 2006 tidak dibenarkan??????????
    kenapa jadi begitu

    Yang terkini bagai mana?

  3. saya kira kalau subjek science dan math memang agak mudah tapi BM ni lain sikit. macam 5 ayat tu lah, letak “pada suatu hari” pun tak boleh. banyak sangat pantang dan procedur yg kadang2 boleh menjadi penyebab terbantut idea anak2 tu untuk buat ayat. saya sebagai guru tuition part time pun sebenarnya dah give up ajar BM, sentiasa berubah2 peraturannya. Malah murid-murid saya pening kerana dalam sastera “di” boleh dgunakan untuk masa – cth;”di pagi…”. tapi dalam tatabahasa “di” untuk tempat saja. saya tak nampak di mana keistimewaannnya apabila sukatan atau peraturan dlm BM ni diubah-ubah. Rata-rata murid saya lebih suka belajar English dari BM.

Leave a reply to awek malaysia Cancel reply