Sistem Kewangan Malaysia

Sistem Kewangan Malaysia # 1

Kenapakah kita memerlukan institusi kewangan dalam kehidupan seharian kita.Pernah kah anda terfikir hidup kita tanpa bank dimana kita boleh menyimpan wang kita secara selamat? Ataupun hidup tanpa mesin ATM yang membolehkan kita mengeluarkan wang kita hampir setiap masa. Ataupun hidup tanpa kad kredit yang memboleh kan kita membuat pembelian terlebih dahulu dan membuat pembayaran kemudian?

Institusi kewangan juga membolehkan kita membeli rumah dan kereta idaman yang kebanyakan dari kita tidak mampu untuk membeli secara tunai.

Besar kemungkinan oleh kerana kita telah biasa didedahkan dengan kemudahan-kemudahan yang ditawarkanoleh institusi-institusi kewangan maka kadang2 kita tidak begitu sedar tentang kemudahan2 yang ditawarkan oleh mereka.

Tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk memberi pengenalan kepada saudara-saudara tentang institusi kewangan di Malaysia dan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan mereka. Sebelum saya menulis tentang kewangan peribadi seperti pelaburan,simpanan, bajet dan lain-lain saya rasa adalah wajar untuk saudara-saudara mengenali tentang institusi kewangan yang terdapat di Malaysia ini.Bagaimanapun saya tidak akan menulis secara komprehensif tentang semua institusi kewangan di Malaysia ini tapi cuma akan lebih menyentuh institusi kewangan komersial yang menawarkan khidmat kewangan kepada orang2 perseorangan seperti kita (retail banking)

1. Apakah itu institusi kewangan komersial (financial intermediaries) ?

Institusi kewangan komersial turut dikenali sebagai financial intermediaries. Dari sudut bahasa ianya bermaksud orang tengah dalam kewangan.Dari segi definisi kewangan pula financial intermediaries bermaksud ‘Satu institusi kewangan yang menjadi orang tengah diantara Unit defisit dan Unit lebihan’

Unit lebihan (surplus unit) ialah mereka yang mempunyai lebihan wang yang disimpan dalam bank dalam bentuk akaun simpanan,akaun semasa(akaun yang menggunakan buku cek) dan pelaburan.

Unit defisit pula ialah mereka yang menggunakan perkhidmatan bank dalam bentuk pinjaman untuk tujuan modal perniagaan, pembelian rumah, pembelian kereta dan sebagainya.

Oleh itu jika anda lihat dari segi definisi maka institusi kewangan sebenarnya bertindak sebagai orang tengah diantara kedua2 unit ini. Apa yang mereka buat ialah cuba menarik pelanggan2 dari Unit Lebihan untuk menyimpan dan melabur di institusi mereka dan dana ini digunakan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan2 dari Unit defisit. Institusi kewangan akan membuat keuntungan dari perbezaan kadar faedah yang dikenakan.

Sebagai contoh Bank A menerima simpanan sebanyak RM100,000 dari Ali.Ali dibayar sebanyak 4% setahun sebagai faedah simpanan maka kos pada bank ialah

4% X RM100,000

= RM4,000 setahun

Bank A kemudian berjaya memberi pinjaman kepada Ah Tan
dengan mengenakan faedah sebanyak 10% setahun. Maka
hasil kepada bank ialah:-

10% X RM100,000

= RM10,000 setahun

Oleh itu untung kasar bank ialah = Hasil faedah pinjaman diberi – Kos faedah simpanan

= RM10,000 – RM4,000

= RM6,000

Untung kasar tidak termasuk lain2 kos yang terpaksa dibayar oleh bank seperti sewa banggunan, gaji pekerja dan sebagainya.

Bagaimanapun bank bukan sekadar mendapat hasil dari faedah semata-mata.Mereka juga mendapat hasil dari ‘ non-interest sources’seperti berikut:-

i) Sewa peti keselamatan (Safe deposit box)
ii) Bayaran perkhidmatan mengeluar kan cek jurubank (banker’s cheque)
iii) Bayaran perkhidmatan memproses pinjaman (loan processing fee)
iv) Bayaran perkhidmatan mengeluarkan Cek Kembara (Travellers cheque)
v) Bayaran perkhidmatan menggunakan ATM (Seperti BSN n Maybank)

Dan lain2 lagi caj perkhidmatan yang semakin hari semakin banyak dikenakan oleh pihak Bank.

Mari kita lihat pula apakah perkhidmatan simpanan/pelaburan yang ditawarkan olehpihak bank:-

1. Akaun Simpanan – Ini adalah akaun yang hampir kesemua dari kita yang mempunyainya. Ini adalah kerana akaun ini adalah yang paling mudah untuk dibuka dan diperlukan untuk tujuan kemasukan gaji kita dan juga untuk tujuan keselamatan.

Antara ciri-ciri utama akaun simpanan ialah :-

1. Mudah dibuka – Untuk warganegara Malaysia amat mudah untuk membuka akaun simpanan.Anda cuma perlu membawa kad pengenalan dan membawa wang simpanan minima yang diperlukan untuk membuka akaun simpanan. Wang simpanan minima untuk membuka akaun berbeza dari bank ke bank dan paling rendah ialah sekitar RM100.Untuk kanak2 yang berumur dibawah 12 tahun turut dibenarkan membuka akaun tapi mestilah dibuka bersama ibu/bapa/penjaga dan sebarang pengeluaran dibuat oleh
ibu/bapa/penjaga dan akaun ini dipanggil akaun Amanah/trust account.

2. Mudah untuk mengeluar kan wang simpanan – Antara sebab kenapa akaun simpanan digemari oleh kita ialah kerana proses pengeluaran wang adalah amat mudah samaada melalui pengeluaran secara membawa buku simpanan ke bank ataupun melalui kad ATM kita di mesin-mesin ATM (Auto teller Machine).Dengan system MEPS pula membolehkan kita menggunakan mesin-mesin ATM bank-bank lain tapi kita dikenakan cajperkhidmatan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi pengeluaran.

Dengan perkembangan teknologi terkini kita juga boleh membuat pembayaran ke stesyen2 minyak, pasar raya dan lain2 outlet secara pemindahan terus dengan system Kad Debit dimana wang simpanan kita akan terus dipindahkan terus ke kedai atau stesyen2 minyak tersebut tanpa sebarang kos tambahkan. Teknologi terbaru juga membolehkan anda membuat pembayaran bil dan membuat pemindahan dana melalui perbankan telefon (Telebanking) dan juga melalui internet (internet banking)

3. Mudah untuk berurusan – Dengan perkembangan teknologi terkini kini kita juga boleh membuat deposit ke akaun kita atau akaun orang lain dengan menggunakan Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine) . Urusan untuk mengemaskinikan buku simpanan juga boleh digunakan di mesin kemaskini buku simpanan.

4. Kadar Faedah yang rendah –Oleh karana cirri akaun simpanan yang mudah dikeluar kan dan tiada baki minima yang perlu di kekalkan dalam akaun maka kadar faedah yang dibayar pada akaun jenis ini adalah amat rendah. Anda perlu ingat bahawa fungsi akaun ini bukan lah untuk pelaburan tapi untuk kemudahan pengeluaran tunai pada bila2 masa. Oleh itu jika anda ada tetapkan sesuatu jumlah untuk tujuan simpanan yang anda memang tidak akan sentuh maka adalah wajar anda keluar kan jumlah ini dan masukkan kedalam akaun simpanan tetap ataupun kedalam akaun pelaburan Amanah seperti dalam Amanah Saham Berhad yang memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Ini adalah artikel pertama saya dalam kewangan jadi saya ingin memohon maaf jika ada seberang kekurangan dan kesilapan. Jika ada sebarang komen sila email kepada saya di cikgutuition@yahoo.com

About these ads

2 comments on “Sistem Kewangan Malaysia

  1. PEnerangan anda memang senang difahami. Tapi saya masih ada sedikit pertanyaan.
    Boleh terangkan definisi kad debit dan kegunaannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s