Contoh Perbualan Telefon 1: Membuat Tempahan Di Restoran

Contoh Perbualan Telefon 1: Membuat Tempahan Di Restoran

(Dipetik daripada buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris 2 – Perbualan Telefon)

 

Oleh: Mohd Yusoff Noordin

Klinik Kerjaya Perintis                           



Liz bercadang untuk menempah meja di sebuah restoran terkenal untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu dan bapa beliau yang ke-40. Kawan Liz, Shida telah mencadangkan kepada Liz untuk mengadakan jamuan tersebut di Restoran Senja. Untuk memastikan akan ada meja untuk mereka nanti, Liz bercadang untuk menempah meja untuk jamuan itu. Berikut adalah contoh perbualan Liz dengan Tina, penolong pengurus di restoran itu.

 

Hello. Is that Restoran Senja?

Helo. Itu Restoran Senja?

 

Hello there. Yes, you have reached Restoran Senja. This is Tina speaking.

How may I help you?

Helo. Ya, ini Restoran Senja. Tina bercakap. Bagaimana saya boleh membantu cik?

 

I am planning to organise a celebration for my parent’s

40th wedding anniversary this Saturday evening.

Saya bercadang untuk mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan

ibu bapa saya yang ke-40 malam Sabtu ini.

 

Wonderful! We would be happy to be the venue for the

celebration. May I know what you have in mind?

Bagus! Kami berbesar hati untuk menjadi tempat meraikannya.

Boleh saya tahu apa perancangan cik?

 

I’m sorry. I have never been to your restaurant

before so I need to ask a few questions.

Maafkan saya. Saya tak pernah ke restoran anda,

oleh itu, saya ada beberapa soalan.

 

Ok. No problem.

Baiklah. Tak ada masalah.

 

May I know where your restaurant is located?

Boleh saya tahu di mana letaknya restoran ini?

 

We are located on the 4th floor at the Suria

Shopping Centre at KLCC. It is located next

to the Ombak Boutique.

Kami terletak di tingkat empat Pusat Membeli Belah

Suria di KLCC. Restoran ini terletak bersebelahan

dengan Butik Ombak.

 

Oh, ok. I think I know where your restaurant is. What kind of food do you serve?

Oh, baiklah. Rasanya saya tahu di mana letaknya restoran ini. Boleh saya tahu jenis makanan yang dihidangkan di restoran ini?

 

We serve only authentic Malay food. We have an extensive traditional Malay menu and we can also prepare special menu for your celebration if you would like to.

Kami cuma menyajikan makanan Melayu asli. Kami mempunyai pelbagai menu tradisional Melayu dan kami juga boleh menyediakan menu khas untuk jamuan itu jika diminta.

 

Great! When are you open?

Bagus! Bilakah waktu operasi anda?

 

We are open everyday from 4 p.m. till 11 p.m.

Kami dibuka pada setiap hari daripada pukul 4 petang hingga 11 malam.

 

Are the food served on à la carte style or do you have buffet?

Adakah makanan itu disaji secara à la carte ataupun secara bufet?

 

We only serve our food on à la carte style.

Makanan kami cuma disajikan secara à la carte.

 

Is it necessary to make a reservation first?

Perlukah saya membuat tempahan terlebih dahulu?

 

Yes, I recommend you to make a reservation first as Saturday evening is our busiest time of the week.

Ya, saya cadangkan cik membuat tempahan terlebih dahulu kerana malam Sabtu ialah waktu yang paling sibuk di restoran ini.

 

Ok, then. I would like to make a reservation for 6 peoples this Saturday evening at 9 p.m.

Baiklah. Saya ingin membuat tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam.

 

Certainly. That would be a reservation for 6 peoples this Saturday evening?

Baiklah. Tempahan untuk 6 orang Sabtu ini pada pukul 9 malam?

 

Yes.

Ya.

 

Ok. It’s confirmed then. Thank you for choosing our restaurant for your parent’s anniversary celebration.

Baiklah. Tempahan sudah disahkan. Terima kasih kerana anda memilih restoran kami untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa cik.

 

You are welcome. Bye.

Sama-sama. Jumpa lagi.

 

Bye.

Jumpa lagi.

  Nota

 

1. à la carte – Setiap makanan yang disajikan mempunyai harga yang berasingan dan tidak dijual dalam bentuk pakej.

2. Buffet – Cara makanan biasanya diletakkan di atas meja-meja panjang dan harga yang dikenakan telah ditetapkan tanpa mengira berapa banyak yang dimakan oleh tetamu.

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s