Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 2 – Gadaian Sub Prime, inflasi dan kadar perkerjaan baru

Pertumbuhan pesat Pasaran Bon Gadaian

Pasaran Bon Gadaian atau mortgage bond market ini merujuk kepada pasaran kedua untuk pinjaman hartanah. Ini bermakna wujud satu pasaran baru untuk bank menjual beli pinjaman hartanah.

Seperti yang diterangkan dalam artikel #1, dengan wujudnya pasaran sekunder ini, bank-bank di Amerika Syarikat tidak lagi perlu mengharapkan dana dari deposit untuk memberikan pinjaman. Mereka boleh ’berhutang’ dari pihak ketiga untuk memberikan pinjaman perumahan.

Bank-bank di Iceland pun telah terjebak dengan memberikan pinjaman lebih dari kemampuan mereka. Dengan penduduk cuma 320,000 bank-bank di Iceland telah ’keluar’ dari Iceland dan turut memberikan pinjaman yang besar di Europe terutamanya di Great Britain. Tiga bank di Iceland telah diambil alih oleh kerajaan Iceland dan mereka juga terpaksa mendapatkan pinjaman dari Rusia untuk mengelakkan kebankrapan. Syarikat2 di Iceland juga turut berkembang dengan pesat dengan menggunakan hutang yang mudah didapati dari negara-negara asing.

Pinjaman jangka panjang kasar Iceland ialah 350% dari GDP atau Keluaran Domestik Kasar Iceland. Aset bank-bank Iceland yang majoritinya ialah pinjaman telah meningkat ke 10 kali GDP pada hujung 2007. (Sumber : http://www.ft.com/cms/s/0/061070b8-4781-11dd-93ca-000077b07658,dwp_uuid=a36d4c40-fb42-11dc-8c3e-000077b07658.html?nclick_check=1)

Menurut news.bbc.co, dalam lima tahun yang lepas sektor swasta telah meningkatkan penglibatan mereka dalam pasaran bon gadaian di Amerika Syarikat yang sebelum ini dikuasai oleh agensi-agensi kerajaan seperti Freddie Mac. Malangnya, sektor swasta ini lebih menjuruskan penglibatan mereka ke dalam pasaran gadaian sub prime yang baru di mana mereka telah memberian pinjaman kepada bank-bank untuk memberikan pinjaman kepada mereka-mereka yang mempunyai rekod kredit yang buruk dan tidak mempunyai bukti pendapatan yang jelas yang sebelum ini sukar untuk mendapatkan pinjaman. Pasaran ini turut dikenala sebagai ‘sub prime’.

Sektor swasta juga melibatkan diri dalam memberikan pinjaman ‘jumbo’ iaitu pinjaman melebihi USD $417,000 yang merupakan pinjaman maksikma yang diberikan oleh
Freddie Mac sebelum ini. Ini bermakna, sektor swasta dan juga bank-bank telah mendedahkan diri mereka kepada pinjaman yang berisiko tinggi dan juga dalam jumlah yang tinggi.

Pada masa keadaan ekonomi yang baik, bank-bank dan sektor swasta di Amerika Syarikat tidak menghadapai masalah kerana peminjam-peminjam dapat membayar ansuran pinjaman mereka kerana mereka ada pekerjaan yang tetap dan mungkin juga mempunyai pendapatan kedua dari pekerjaan sambilan. Apa yang terjadi ialah perubahan dalam scenario ekonomi global yang bermula pada 2007 di mana harga minyak dan juga harga makanan asasi naik dengan begitu tingi. Kenaikan harga minyak terutamanya telah mencetuskan ’Kesan Domino’ atau ”Domino Effect’ di mana ianya telah menyebabkan harga hampir kesemua barangan naik dan ini telah menjejaskan pendapatan kebanyakan peminjam-peminjam di Amerika Syarikat oleh kerana mereka perlu membayar lebih untuk barangan dan perkihdmatan mereka.
Apa yang terjadi di Amerika Syarikat ialah ramai dari penduduk di Amerika Syarikat yang berbelanja lebih dari apa yang mereka mampu. Ini didorong pula oleh kemudahan kredit seperti kad kredit yang mudah di dapati sehinggakan pelajar-pelajar kolej dan universiti yang belum berkerja pun boleh memilikinya.

Kadar Inflasi dan Kadar Pekerjaan Baru di AS turut menyumbang kepada krisis ekonomi AS

Kadar Inflasi di AS
Year Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Ave
2008 4.28% 4.03% 3.98% 3.94% 4.18% 5.02% 5.60% 5.37%
2007 2.08% 2.42% 2.78% 2.57% 2.69% 2.69% 2.36% 1.97% 2.76% 3.54% 4.31% 4.08% 2.85%
(Sumber – http://inflationdata.com/inflation/Inflation_Rate/CurrentInflation.asp)
Berdasarkan jadual di atas, dalam tahun 2007, kadar purata inflasi AS cuma 2.85% tetapi boleh dilihat yang ianya mula meningkat dengan banyak semenjak Oktober 2007 pada kadar 3.54% dan meningkat ke 4.08% pada Disember.
Kadar inflasi As bertambah buruk pada tahun ini dengan kadar sekitar 4% dalam 5 bulan pertama dan semakin naik sehingga 5.6% dalam bulan 5.6%.
Perlu diingat yang kadar inflasi ini adalah untuk barangan yang terpilih sahaja dan oleh itu, kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi dan ini sebenarnya akan menjejas teruk warga AS yang pendapatan mereka sekadar ’cukup-cukup makan’ dan jika mereka ada mengambil pinjaman perumahan, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk membayar balik ansuran pinjaman mereka.

Kadar pengangguran juga semakin meningkat di AS. Menurut Biro Buruh AS, kadar pengambilan pekerja baru di AS secara amnya telah mendatar sejak Ogos 2006 sehingga September 2007 dan kemudian menurun hinggalah ke Ogos 2008. Pada kadar pengambilan pekerja pada 3% sahaja dalam 3 dari empat bulan yang lepas, ianya merupakan kadar yang paling rendah semenjak May 2003. (Sumber – http://www.bls.gov/news.release/jolts.nr0.htm )
Selain dari kadar inflasi yang tinggi dan juga kadar pengambilan pekerja yang berkurangan, kadar yang dikenakan dibawah sub prime ini juga amat tinggi iaitu sehingga dua kali ganda dari kadar yang dikenakan dalam dua tahun pertama seperti yang banyak berlaku di Cleveland. Pinjaman-pinjaman melalui sub prime ini mengenakan faedah berubah atau adjustable rate mortgages (ARMs) dan kadar faedah semasa ia bergantung kepada kadar faedah Federal AS yang juga semakin semaking meningkat.
Malangnya, ramai dari peminjam tidak mengetahui tentang kenaikan tersebut. Di AS, satu dari lima pinjaman perumahan dibuat melalui sub prime dan amat popular di kalangan imigran yang baru menetap di As dan ingin membeli rumah-rumah yang semakin mahal di AS terutamanya di kawsan bandar seperti di Southern California, Arizona, Nevada dan kawasan pinggiran bandar Washington, DC dan New York City.
Kesimpulannya ada beberapa faktor yang telah mencetuskan krisis ekonomi di Amerika Syarikat baru-baru ini iaitu:-

1. Kegagalan pihak Bank bertidak cermat dalam memberi pinjaman perumahan kepada mereka yang tidak layak.

2. Perubahan struktur pinjaman dari model konvensional kepada Model Sub Prime dimana bank meminjam dari pihak ketiga untuk memberi pinjaman.

3. Kadar inflasi yang semakin meningkat akibat kenaikan harga minyak dan makanan.

4. Kadar pengambilan pekerja baru di AS yang menurun yang mengakibatkan ramai penduduk AS tidak berkerja.

5. Sikap kerajaan AS dan juga penduduk AS yang gemar berbelanja lebih dari apa yang mereka perolehi.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s