Pertanyaan Marketing – Bagaimana cara membuka Salon Kecantikan?

Pertanyaan

Assalamualaikum

Cikgu, saya nak tahu apa yg perlu sediakan atau cara utk seseorang buka sebuah salun kecantikan.

t/kasih
__________

Lina
Kuala Lumpur

================================
Jawapan

Waalaikumsalam

Banyak tu kena tahu.. :)

Apa yang penting ialah you kena minat and tahu tentang industri tersebut. Kalau boleh maybe mulakan secara part time or kalau ada kawan2 yg dah mulakan perniagaan ini, you can also ask them macam mana perniagaan ini sekarang terutamanya pada waktu keadaan ekonomi meleset ini, industri kecantikan memang akan terjejas oleh kerana orang ramai akan mengurangkan perbelanjaan.

Dalam pemasaran perkhidmatan macam Salun ni ada 6 P yang perlu di ketahui dan perlu anda titik beratkan iaitu:-

1. Product – Kena tahu apa produk yang hendak ditawarkan iaitu produck fizikal seperti beauty products (cream, lotion, shampoo etc) dan juga produk perkhidmatan seperti massage, spa, facial treatment, andaman etc. Anda mesti kenal produk anda secara terperinci dan pastikan produk2 fizikal anda itu selamat digunakan.

2. Place – Kena kenal pasti tempat/lokasi kedai tersebut dan kena buat kajian adakah tempat itu strategik ie adakah permintaan untuk perkhidmatan anda itu tu..

3. Price – Adakah ‘prices’ untuk barangan dan service anda itu competetive..Kalau mahal dari org lain pun boleh jugak jual tapi you must be very good or mmg dah established eg pernah make up artist ke etc..

4. Promotion – Apakah promotion yang boleh dibuat untuk memperkenalkan salon you tu..? Boleh buat flyer/brochure and masukkan dalam mail box sekitar kedai (paling murah), iklankan di internet (percuma je), iklankan di akhbar2 atau magazine (mahal tapi mungkin berbaloi) dan lain2.. Boleh juga buat promotion bukak kedai baru seperti 50% off untuk tarik org cuba your service and pastikan yg 1st service tu mmg best untuk mereka dtg lagi..

5. Process – Untuk service industry ‘process’ amat penting iaitu untuk memastikan consistency dalam delivery. Maksudnya kalau orang datang untuk facial pada pertama kali di kedai anda, boleh kah anda pastikan yang bila pelanggan datang kali kedua, mereka akan dapat service yang sama kualitinya? Ini bermakna kalau anda upah pekerja, anda kena pastikan yang mereka betul2 terlatih untuk memastikan perkihdmatan yang mereka berikan adalah consistent sepanjang masa. Cuba lihat bagaimana pekerja2 McDonald melayan anda bila anda ke McD. Secara amnya mereka akan:-

i. Senyum.
ii. Ucap selamat kepada anda – eg “Selamat datang”, “:Selamat Petang” etc
iii. Tanya anda nak makan di situ atau take away.
iv. Ambil order anda.
v. Cadangkan side order seperti fries, sundae etc. untuk meningkatkan jualan.
vi. Mengulang semula pesanan anda agar mereka memberikan anda apa yang anda betul2 order.
vii. Mengucapkan “Terima Kasih‘ kepada anda bila selesai.

Ini proses di kaunter. Kalau proses di dapur MCD pun sudah disiapkan dengan begitu terperinci seperti suhu dapur, berapa lama stok makanan boleh disimpan dan sebagainya. Ini amat penting terutamanya jika anda ingin membuka cawangan2 nanti dan ingin mengekalkan kualiti perkihdmatan anda.

vi. People – Dalam industri perkihdmatan, amat penting untuk anda menguapah pekerja yang bagus untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik. Pastikan mereka mempunyai sikap yang bagus oleh kerana mereka perlu melayan kerenah pelbagai jenis pelanggan dan pastikan juga mereka mempunyai kemahiran yang cukup untuk memberikan perkihdmatan kepada pelanggan2 anda. Perlu diingat yang Salon Kecantikan banyak bergantung kepada ‘Words of Mouth” advertisement di mana anda perlu mengharapakan pelanggan2 anda menceritakan pengalaman positif mereka di Salon anda untuk menarik pelanggan2 baru.

Semasa cuti Raya baru2 ini saya ada melawat kedai makcik saya di Sungkai yang menawarkan perhkhidmatan andaman dan baju pengantin dan dapat melihat yang perniagaan beliau amat maju walaupun cuma berpusat di sebuah pekan yang kecil. Apa yang saya lihat ialah beliau mengamalkan strategi2 ini:-

1. Tidak menghadkan perkhidmatan beliau di pekan Sungaki sahaja tetapi turut menawarkan perkhidmatan ke Slim River, Trolak, Bidor dan Tapah. Apa yang beliau buat ialah mengenakan caj perjalanan untuk tempat2 di luar Sungkai.

2. Menawarkan pakej yang berbeza2 yang merangkumi khemah, pelaming, catering dan juga khidmat jurugambar.

Apa yang saya lihat ialah ramai pelanggan yang datang ialah pelanggan yang dapat tahu dari jiran2 mereka yang telah menggunakan perkhidmatan beliau dan mereka boleh nampak hasil perkhidmatan beliau itu.

Apa yang paling penting ialah anda perlu mempunyai ‘ILMU” yang mencukupi untuk bukan sahaja membuka kedai tersebut tetapi juga perlu tahu strategi2 pemasaran untuk :-

1. Meningkatkan jualan
2. Menghadapi persaingan
3. Membuat promosi
4. Membuka cawangan
5. Mengembangkan pasaran
6. Strategi bila ekonomi meleset

Pastikan anda hadiriĀ  kursus2 keusahawanan yang boleh anda sertai terutamanya kursus2 percuma yang dijalankan oleh MARA dan lain2 agensi kerajaan sebelum dan juga selepas anda membuka Salon tersebut.

Bak kata Saipul Apek ‘It is easy to open a shop but not easy to keep a shop open” atau ‘ Amat mudah untuk membuka kedai tetapi bukan senang nak kekalkan kedai itu terbuka”

Saya harap penerangan saya ini serba sedikit boleh membimbing Puan.

Yusoff

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s