Verb ‘To HAVE’ – part one
Sebelum ini dalam siri Back To Basic English #9 saya telah menerangkan tentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting iaitu Verb TO BE.
Selain dari Verb TO BE, Verb TO HAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting. Verb TO HAVE mempunyai banyak fungsi dan antara fungi utamanya ialah untuk menunjukkan pemilikan. Verb TO HAVE juga digunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris. Dalam siri #10 ini saya akan menerangkan penggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.
Perkataan-perkataan yang terletak bawah Verb TO HAVE ini ialah :-
| Verb TO HAVE | Jenis | |
| 1. | have | Infinitive / Simple form / Kata dasar |
| 2. | has | Present Tenses – digunakan dengan Singular nouns dan Uncountable nouns. |
| 3. | had | Past Tense – Kala Masa Lepas |
| 4. | having | Present Participle – Kala Sedang Berlaku |
| 5. | have been | Past Participle |
| 6. | will have / going to have | Future Tenses – Kala Masa hadapan |
Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktor iaitu:-
1. Masa – Secara amnya MASA kita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-
i.Present – Sekarang dan menggunakan Present Tenses.
ii. Past – Sudah lepas dan menggunakan Past Tenses
iii. Future – Akan berlaku dan menggunakan Future Tenses
2. Subject – Subject merujuk kepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telah kategorikan subject kepada lima jenis iaitu:-
i. I – digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama
ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yang beliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua
iii. Singular – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalah Kata Ganti Nama Ketiga
iv. Plural – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu
v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidak boleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus Oxford Dictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.
3. Subject Verb Agreement – Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telah diterangkan sebelum ini.
| Subject | Example | Present Tense | Past
Tense |
Future
Tense |
| I | I | have | had | will have / am going to have |
| You | You | have | had | will have / are going to have |
| Plural – Nouns/Pronouns | students
we/they |
have | had | will have / are going to have |
| Singular – Nouns/Pronouns | Ali, Garfield, student, Putrajaya
he / she / it |
has | had | will have / is going to have |
| Uncountable Nouns | coffee, tea, sand, water | has | had | will have / is going to have |
4. Penggunaan Verb TO HAVE
Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secara am:-
1. Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-
Contoh :-
1. I have a cat. (Guna present tense ‘have’ sebab ianya menujukkan pemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masih dimiliki.)
2. I had a cat last year. (Guna Past tense ‘had’ sebab sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudah tiada dan sudah tidak dimiliki lagi.)
3. I will have a cat tomorrow as my father will buy me one. (Guna Future tense ‘will have’ sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA AKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masa akan datang)
AWAS!!!
Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentuk Present Participle iaitu Having.
Cth:-
1. I am having a Proton Wira right now. – Penggunaan yang salah
2. Aminah is having a house in Puchong. – Penggunaan yang salah
3. She’s having my book right now. – Penggunaan yang salah
Ketiga-tiga ayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb to HAVE tidak boleh digunakan dalam bentuk Present Participle walaupun anda ingin menunjukkan pemilikan sekarang.
Oleh itu anda pelu ingat yang untuk Pemilikan Sekarang, anda perlu gunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahaja iaitu samaada Have atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan Have atau Has, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat anda itu seperti berikut:-
1. I have a Proton Wira right now. – Penggunaan yang betul
2. Aminah has a house in Puchong. – Penggunaan yang betul
3. She has my book right now. – Penggunaan yang betul
AWAS!!! – Pengecualian
Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jika anda menggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentuk kata dasarnya iaitu HAVE.
1. Ali wants to has a car. – Penggunaan yang salah
2. She wants to has some cats at home. – Penggunaan yang salah
3. The boy likes to has a dog for a pet. – Penggunaan yang salah
1. Ali wants to have a car. – Penggunaan yang betul
2. She wants to have some cats at home. – Penggunaan yang betul
3. The boy likes to have a dog for a pet. – Penggunaan yang betul
Layari laman web saya di http://knowledgecentre.wordpress.com atau laman interaktif saya di www.myknowledgecentre.com/forum untuk artikel-artikel bahasa Inggeris. Kelas mingguan Asas-asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 12hb Julai ini. Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau 019-3090711.




