Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari #2?

Kenapa Grammar bahasa Inggeris penting untuk anda pelajari – Siri 2?

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam artikel #1 saya sebelum ini saya ada menerangkan secara ringkas kenapa Grammar bahasa Inggeris itu penting jika anda ingin menjadi fasih dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Saya terangkan lagi serba sedikit penggunaan Grammar lagi dalam artikel saya ini dengan harapan anda semua dapat manfaat dan dapat memahaminya dan kemudian boleh menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris anda dengan betul.

1. Grammar memudahkan anda memahami fungsi setiap perkataan yang ada dalam bahasa Inggeris

Rasanya hampir semua daripada anda mempunyai kamus bahasa Inggeris di pejabat atau di rumah untuk membantu anda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda. Apa yang penting ialah anda perlu mempunyai kamus yang lengkap fungsinya seperti Kamus Oxford English-English-Malay yang sering saya sarankan kepada pelajar-pelajar saya. Kepada yang menggunakan Kamus Dwi Bahasa Oxford dan lain2, anda perlu mempunyai kamus seperti Kamus Oxford English-English-Malay kerana fungsinya lebih lengkap.
Antara fungsi yang ada dalam Kamus Oxford English-English-Malay ialah kamus ini akan memberikan anda apakah jenis-jenis perkataan yang ada dalam kamus itu.
Sebagai contoh, anda mungkin merasakan yang anger, angry dan angrily semuanya mempunyai maksud yang sama. Anda betul dari satu segi tetapi jika anda halusi kesemua perkataan-perkataan ini, setiap satu digunakan dengan berbeza kerana:-

1. Anger – Noun – Kemarahan / amarah
2. Angry –Adjective – Marah
3. Anger – Verb – Membuat seseorang/sesuatu itu marah
4. Angrily – Adverb – Dengan marah
Perhatikan yang ada empat bentuk perkataan utama yang perlu anda tahu dalam bahasa Inggeris iaitu:-
1. Noun – Ini ialah Kata Nama yang anda gunakan untuk menamakan seseorang atau sesuatu.
2. Adjective –Ini ialah Kata Sifat yang anda gunakan untuk menceritakan sifat seseorang atau sesuatu. Sifat boleh merujuk kepada perasaan, emosi, keadaan fizikal, warna, saiz, bentuk dan lain-lain. Adjective digunakan untuk menerangkan Noun atau Pronoun sahaja.
3. Verb –Ialah kata kerja yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dibuat oleh seseorang atau sesuatu.
4. Adverb –Ialah Kata Keterangan yang digunakan untuk menerangkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Adverb juga boleh digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang Adjektif dan juga Adverb yang lain.
Dengan mengetahui apakah jenis perkataan-perkataan itu dan fungsi2nya maka anda akan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul. Dalam mengajar pelajar2 saya di peringkat Fundamentals, saya akan menerangkan fungsi2 Noun, Pronoun, Adjective dan Adverb. Apabila mereka telah faham fungsi2 Empat perkataan utama ini maka adalah lebih mudah untuk mereka menggunakan kamus untuk meningkatkan Kosa Kata atau Vocabulary mereka.

Kelas Fundamentals Grammar saya akan bermula pada 11hb April ini di Pusat Kejiranan Precint 9 dan kelas Fundamentals Grammar di Sunway pada 8hb Mei nanti.
Saya akan sambung lagi Siri ini dalam masa yang terdekat untuk menerangkan kenapa anda perlu kuasai Grammar jika anda ingin fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris baik dalam penulisan mahupun perbualan.

Jumpa lagi

Yusoff
yusoff@gmail.com
0193090711

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s