Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggeris dalam 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Ini merupakan artikel pertama saya untuk tahun 2011 dan adalah diharap anda semua lebih bersemangat dan mempunyai azam tahun baru untuk meningkatkan kemahiran anda dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Saya akan mulakan tahun 2011 ini dengan memberi anda tips-tips dan petua untuk anda boleh cepat mahir dalam bahasa Inggeris. Jika sebelum ini saya jarang masukkan aspek-aspek negatif yang boleh membantutkan proses kemahiran bahasa Inggeris maka kali ini saya akan selitkan juga aspek-aspek negatif yang perlu anda elak jika anda betul-betul serius mahu mahir.

1. Ikhlas

– Jika anda ingin mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris, anda perlu ikhlas dengan kemampuan dan kelemahan anda. Anda perlu jujur dengan diri anda sendiri dan mesti mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan anda. Jika anda tidak jujur dengan diri anda, anda sebenarnya menipu diri anda sendiri dan ini tidak akan menyelesaikan masalah anda.


2. Kenal pasti kelemahan anda –

Anda perlu kenal pasti kelemahan anda dan ambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan anda itu. Anda boleh cuba latihan-latihan BI yang mudah di buku-buku latihan bahasa Inggeris seperti dalam buku Simple English tulisan Puan Nor Bi (Alaf 21) ataupun mencuba latihan-latihan dalam Manual Lengkap yang ditulis oleh saya. Anda juga boleh menghantar emel kepada saya untuk latihan-latihan percuma untuk mengukur tahap kemampuan bahasa Inggeris anda.

3. Perlu berguru –

Untuk peringkat permulaan dan pertengahan (Fundamentals and Intermediate) anda perlu mempunyai guru. Ini bermakna samaada anda menghadiri kelas bahasa Inggeris yang formal ataupun anda juga boleh belajar sendiri dengan sokongan guru secara jarak jauh atau Online seperti yang saya buat dalam Kursus Online saya. Agak sukar untuk anda memahami konsep-konsep dalam bahasa Inggeris terutamanya yang tiada dalam bahasa Melayu seperti penggunaan Auxiliary Verbs seperti penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am, is, are, was dan were dan juga penggunaan Verb Tenses atau Kala Kata Kerja seperti Present tenses, Past Tenses dan Future tenses. Ramai yang cuba mengelak aspek tenses ini sedangkan setiap ayat akan ada tenses yang perlu anda gunakan dalam bentuk verbs.


4. Perlu ada perubahan dalam gaya hidup

– Saya sentiasa menasihati dan mengingati pelajar-pelajar saya dari masa mereka dalam Kursus Asas dan Kursus Intermediate English Grammar yang perlu ada perubahan dalam gaya hidup mereka jika mereka ingin fasih dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Hanya sekadar menghadiri kelas bahasa Inggeris sahaja tidak mencukupi. Sekadar memabaca setiap hari dalam bahasa Inggeris saja tidak mencukupi. Ianya perlu TOTAL. Anda perlu menghadiri kelas, anda perlu membaca dalam bahasa Inggeris, anda perlu menonton rancangan-rancangan dalam bahasa Inggeris , anda perlu mendengar dalam bahasa Inggeris dan anda juga perlu mula bercakap dalam bahasa Inggeris.

5. Usaha perlu berterusan


– Usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda perlulah berterusan. Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidak boleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Atau seminggu sekali menonton dan mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris. Perlu ada konsistensi. Jangan cari alasan.Alasan memang banyak menunggu kita seperti tiada masa, sibuk di pejabat, sibuk dirumah dan seribu satu alasan yang menunggu. Cuba pandai mengatur masa anda atuapun anda kena pandai mencuri masa. Sebagai contoh anda boleh membaca akhbar atau buku-buku bahasa Inggeris sebelum mula waktu kerja, sewaktu waktu rehat, sewaktu dalam bas atau komuter. Jangan cari alasan tetapi sebaliknya carilah masa untuk anda curi.

6. Jangan cepat mengalah

– Ramai yang gagal dalam usaha mereka manjadi fasih dalam bahasa Inggeris kerana mereka cepat mengalah. Cepat letih, cepat semput dan cepat lemah semangat. Memang saya akui kadang-kadang ianya sukar tapi kalau anda tidak mengalah dan dapat menguatkan semangat anda, hasil yang menunggu diakhir perjalanan anda itu amatlah manis. Cuba cari kawan-kawan yang mempunyai objektif yang sama dengan anda dan sama-sama anda memotivasikan diri masing-masing. Ajak isteri atau suami anda untuk turut serta. Ajak kawan-kawan anda, kekasih anda dan juga adik beradik anda. Mungkin dengan cara ini anda tidak akan cepat mengalah. Jika tidak anda akan rasa amat payah atau lemah untuk pergi ke kelas pada hujung minggu selama 2 atau 3 bulan sedangkan hati anda ingin berehat dan bersantai pada hujung minggu. Tanya diri anda berbaloi atau tidak anda berkorban selama 3 bulan sahaja untuk kerjaya dan hidup anda dan anak-anak anda selama 20 atau 30 tahun lagi.

7. Jangan berlengah-lengah.

– Jika anda rasa kelemahan bahasa Inggeris membantutkan pelajaran dan kerjaya anda apa lagi yang anda tunggu? Kenapa berlengah dan menangguh-nangguh? Apa yang tunggu lagi? Lagi lama anda tunggu lagi jauh anda akan ketinggalan. Anda mahu orang lain lebih cemerlang dari anda? Anda ingin orang lain yang baru masuk kerja naik pangkat lebih tinggi dari anda? Gunakan slogan Nike. JUST DO IT. Jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau dulu yuran kelas saya cuma RM3600 sekarang sudah RM490. Yuran kursus bahasa Inggeris semakin meningkat. Yuran Diploma dan Ijazah juga makin meningkat koleh kerana faktor kos yang meningkat. Jika anda tunggu anda bukan sahaja rugi dari segi kos pembelajaran yang meningkat tetapi juga anda juga rugi dari segi kenaikan gaji yang rendah atau peluang mendapat gaji yang 20 atau 30 pertaus lebih tinggi jika anda dapat kerja ditempat lain.

Dunia dalan tahun 2011 ini amat mencabar. Awal-awal tahun sudah banyak barang-barang asas yang harganya naik seperti minyak masak, bawang merah, barang putih, gula dan sebagainya. Kita masih bernasib baik kerana minyak RON95 disubsidi kerajaan tetapi jangan terlalu selesa kerana ianya mungkin naik juga jika harga pasaran dunia naik tinggi kerana pada masa artikel ini ditulis, harga setong minyak mentah hampir mencecah USD100 setong. Saya tidak mengatakan yang hanya bahasa Inggeris sahaja yang boleh membantu anda dalam pelajaran dan kerjaya anda tetapi hakikatnya memang ianya banyak akan membantu anda. Saya sendiri telah banyak cuba membantu anda dalam penghataran-penghataran artikel-artikel bahasa Inggeris tetapi anda sendiri perlu berusaha dengan lebih kuat dan dengan lebih cekal untuk berjaya. Saya cuma boleh membantu sebahagian sahaja dan anda yang perlu melengkapkannya. Saya amat ingin anda semua berjaya dalam tahun 2011 ini dan harap anda dapat doakan saya agar sihat sentiasa dan murah rezeki untuk sama-sama berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.

Hubungi saya di cikgutuition@yahoo.com atau cikgutuition@gmail.com atau di 0193090711 jika ada pertanyaan. Saya akan cuba membantu sedaya yang mampu.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers