Teknik Mudah dan Cepat Kuasai bahasa Inggeris # 2 – Grammar dan Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Grammar dan Nouns

Terima kasih kerana ramai yang menghubungi saya
tentang artikel bahasa Inggeris saya semalam dan ramai yang suka membaca
penerangan saya semalam,Alhamdullillah. Saya akan cuba menulis seberapa kerap
artikel-artikel ini terutamanya kepada mereka yang tidak berpeluang menghadiri
kelas-kelas saya di Sunway,Melawati,Shah Alam dan Putrajaya itu. Yang tak beli
Manual Lengkap Tatabahasa bahasa Inggeris saya pun boleh belajar di sini.

Dalam artikel saya sebelum ini saya telah menulis tentang
COUNT didalam Nouns di mana saya telah menerangkan antara aspek yang paling
penting yang perlu anda tanya pada diri anda sebelum membuat ayat dalam bahasa
Inggeris ialah dari segi COUNT.

Itu yang perlu anda semak setiap kali anda buat ayat
dalam bahasa Inggeris, iaitu adakah Noun yang anda ingin gunakan itu Countable
Noun iaitu Noun yang boleh dikira atau Uncountable Noun iaitu Noun yang tidak
boleh dikira. Bagaimanapun anda janganlah risau.Mula-mula sahaja anda kena
semak tentang COUNT ini sebab lama-lama anda dah mahir dah tentang yang mana
satu Uncountable dan yang mana satu Countable.

Kalau Nouns itu tidak boleh dikira atau telah
dikategorikan sebagai Uncountable Noun maka ianya :

1. Tidak boleh berubah ejaannya walaupun jumlahnya
banyak. -Ini yang telah saya terangkan sebelum ini iaitu kalau Noun dalma
bahasa Inggeris itu jumlahnya lebih dari satu maka ianya adalah dalam bentuk
plural dan biasanya akan ditukar bentuk seperti melibatkan penambahan s, es,
ies, ves dan sebagainya. Bagaimanapun Uncountable
Nouns tiada bentuk plural
kerana ianya tidak boleh dikira dan dipecah2kan.
Ianya akan wujud dalam ejaan asalnya dan tidak boleh bertukar bentuk walaupun
anda rasa jumlahnya banyak dan lebih daripada satu.

2. Tidak boleh digunakan dengan nombor semata-mata- Jika
sesuatu noun itu ialah Uncountable, anda tidak boleh menggunakan mereka dengan
nombor kerana bagaimana anda ingin menggunakan mereka dengan nombor sedangkan
mereka tidak boleh dipecah2kan kepada unit-unit individu?

Sebagai contoh anda tidak boleh buat ayat:-

1. I bought 3 furnitures yesterday.

Ada dua kesalahan dalam ayat di atas iaitu, furniture telah ditukarkan kepada
bentuk plural iaitu furnitures dan anda
gunakan ia dengan nombor 3.<

Ayat yang betul ialah 3. I bought some furniture yesterday.

atau

4. I bought 3
pieces of furniture yesterday.

Perhatikan yang bukanlah tidak boleh anda gunakan nombor
dengan uncountable nouns tetapi anda kena gunakan dengan quantity expression
seperti piece, bottle, glass dan sebagainya.

1. I drank 2 waters just now. – Salah

2. I drank 2 bottles of water just now. –  Betul

tidak boleh dipluralkan denganpenambahan s tetapi bekas di mana water diletakkan boleh dipluralkan jika
lebih daripada satu seperti 2 bottles,
many bottles dan sebagainya. Anda juga boleh gunakan
dengan bekas-bekas lain seperti glass,
cup, jug
dan sebagainya.

 

Contoh

 

3. I drank many bottles of water just now. – Betul

 

Contoh

 

4. My mother
gave me an advice last night. -
Salah

 

5. My mother
gave me a piece of advice last night.
– Betul

 

atau

 

6. My mother
gave me some advice last night. -
Betul

 

Nota – advice atau nasihat ialah kata nama
abstrak yang tidak boleh dilihat dan disentuh dan ianya uncountable noun dan tidak
boleh dipluralkan dengan penambahan s
dan tidak boleh digunakan dengan a dan an semata-mata. Ianya boleh digunakan
dengan piece.

 

Saya akan sambung lagi penerangan tentang Grammar dan
Nouns ini di masa akan datang. Nota pernuh boleh anda dapati dalam Manual
Lengkap Tatabahasa Inggeris setebel 500 muka itu.

 

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula 7hb
Mei di Putrajaya,8hb Mei di Sunway dan 4hb Mei di Wangsa Melawati dan 4 Jun di Sec 27, Shah Alam.

 

Akan datang tahun ini di Sungai Petani, Johor Bharu dan Seremban.

 

Regards

 

Yusoff

0193090711

cikgutuition@gmail.com

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s