Tips dan petua meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris

*Artikel ini saya tulis dalam 2006 dan saya ubahkan sedikit untuk manfaat kepada mereka yang idak pernah membacanya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mulai dari hari ini, InsyaAllah saya akan cuba menyumbang artikel-artikel yang diharap dapat membantu kita meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita. Sesetengah dari artikel-artikel itu adalah dipetik dari buku tulisan saya sendiri.

=========================================

Pengenalan

Kita sudah lama mendengar tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian kita. Jika kita masih menuntut di peringkat rendah dan menengah bahasa inggeris pada kita hanyalah sebagai salah satu subjek yang di ajar di sekolah. Matapelajaran sains dan matematik sudah mula diajar dalam bahasa Inggeris.
Bila kita mula memasuki dunia pembelajaran setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia maka kita akan lebih memahami akan kepentingan bahasa inggeris. Ini amat dirasakan oleh mereka yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang banyak menggunakan bahasa inggeris dalam proses pembelajaran mereka.
Apabila memasuki alam pekerjaan kita akan mula terasa kekurangan yang timbul akibat kelemahan dalam bahasa Inggeris terutamanya apabila bekerja di syarikat swasta yang banyak menggunakan banyak bahasa inggeris dalam komunikasi dalaman, komunikasi dengan syarikat-syarikat lain dan juga dengan pelanggan. Kelemahan dalam bahasa inggeris  juga akan menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan kerja kita dengan baik dan juga akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat oleh kerana majikan akan menilai kita sebagai seorang yang lemah dalam komunikasi. Kebolehan berkomunikasi amat penting dalam kerjaya kita oleh kerana kekurangan dalam aspek  akan membuat kita gagal menyampaikan idea-idea kita dengan baik.
Bilakah situasi yang akan menyebabkan kita kurang efektif apabila lemah dalam bahasa inggeris ditempat kerja?Saya beri beberapa contoh seperti berikut:-
  1. Temuduga – Ini amatlah penting untuk mereka yang baru tamat pengajian dan mula ingin memulakan kerjaya mereka. Tanpa ada pengalaman kerja maka pihak penemuduga akan membuat penilaian berdasarkan keputusan peperiksaan mereka dan juga kebolehan berkomunikasi semasa ditemuduga.Oleh kerana mereka yang dipanggil untuk temuduga akan mempunyai kelayakan yang hampir semua maka sudah tentu kebolehan berkomunikasi semasa ditemuduga akan menjadi faktor utama untuk majikan menerima mereka sebagai pekerja baru di syarikat mereka.Oleh itu bila ditemuduga mereka yang gagal bertutur dengan baik akan gagal mendapat pekerjaan tersebut walaupun keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik daripada calon-calon lain.
Selain dari untuk mendapatkan pekerjaan baru anda juga mungkin ditemuduga untuk kenaikan pangkat.Anda perlu ingat bahawa lebih tinggi pangkat anda maka lebih tinggilah kemahiran bahasa inggeris yang diperlukan dari anda. Ini kerana anda perlu menulis lebih banyak laporan dan membuat analisa dan juga perlu menghadiri lebih banyak mesyuarat dengan pihak pengurusan dan pelanggan.
  1. Di tempat kerja – Kejayaan anda diterima bekerja di sesuatu organisasi adalah kombinasa keputusan peperiksaan anda, pengalaman bekerja dan juga hasil temuduga. Walaupun mungkin semasa temuduga yang anda hadiri adalah dalam bahasa Inggeris tapi kemahiran anda berbahasa Inggeris mungkin belum di uji sepenuhnya. Bila anda mula bekerja anda akan menyedari betapa pentingnya kemahiran bahasa Inggeris anda. Lebih tinggi pangkat anda maka lebih tinggilah kemahiran bahasa Inggeris anda yang
Dari pengalaman saya dalam mempelajari bahasa inggeris  ada 4 bahagian yang penting iaitu:-
i)                    Kosa kata      –  Vocabulary
ii)                   Tatabahasa    –  Grammar
iii)                 Penulisan       – Written English
iv)                 Pertuturan      – Spoken english
i)        Kosa Kata – Berdasarkan pengalaman saya kosa kata adalah aspek yang paling penting dalam menguasai bahasa inggeris. Kita tidak akan dapat berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam jika kosa kata kita lemah dan tidak mencukupi. Ianya seumpama seorang budak kecil yang baru belajar bercakap dan sukar untuk kita fahami apa yang cuba disampaikannya. Ini kerana budak kecil mempunyai kosa kata yang terhad dan ini menyukarkan mereka menyampaikan mesej dengan tepat dan ringkas. Begitulah juga dengan kita apabila bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan kosa kata yang terhad. Ianya menyukarkan kita untuk menyampai mesej kita dengan tepat dan seringkas yang mungkin. Penulisan dan percakapan kita akan meleret-leret dan juga mungkin membosankan. Tanpa kosa kata yang mencukupi anda akan menghadapi masalah untuk menyampaikan idea dan pendapat kita dengan lancar. Atau lebih buruk anda menggunakan perkataan yang silap atau tidak sesuai dan seterusnya menimbulkan salah faham di pihak pendengar/pembaca. Dalam bahasa inggeris amat banyak perkataan yang hampir-hampir serupa maknannya tapi lebih sesuai digunakan dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja
 Malangnya kebanyakan dari kita amat malas untuk meningkatkan kosa kata kita dalam BI. Berapa banyakkah dari kita yang membuatkan ianya satu tabiat untuk membaca suratkahabar BI setiap hari?
Berapa banyak kah daripada kita yang ada membeli kamus BI yang komprehensif sebagai rujukan kita?Terdapat beberapa jenis kamus yang terdapat di pasaran dan antara jenis kamus yang boleh didapati ialah :-
i)   Kamus Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan bahasa ingeris dalam bahasa Malaysia . Jenis kamus ini sesuai jika anda masih dalam peringkat permulaan untuk menguasai BI dan masih lemah dalam kosa kata bahas inggeris. Bagaimanapun anda tidak digalakkan berterusan menggunakan kamus jenis ini. Ini dalah kerana dengan menggunakan kamus jenis ini akan ada kecenderungan untuk anda berfikir dalam bahasa Malaysia terlebih dahulu sebelum menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini akan melambatkan proses penulisan dan pertuturan anda. Bila anda sudah semakin mahir anda patut mula gunakan kamus bahasa inggeris – bahasa inggeris
ii)  Kamus BM-BI . Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BM dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuai untuk mereka yang tahu maksud perkataan dalam BM tapi tiada lansung tidak tahau apakah maksudnya dalam BI.
iii)  Kamus BI-BM – BM-BI. Ini bolehlah dikatakan kombinasi kedua2 jenis kamus diatas. Kamus ini memudahkan pengguna yang juga dalam peringkat beginner untuk mencari perkataan yang mereka cari samaada dalam BI mahupun dalam BM.
iv) Kamus BI-BI. Kamus jenis ini memberi definisi perkataan-perkataan BI dalam bahasa Inggeris Ini adalah kamus yang terbaik untuk mereka yang dalam peringkat intermediate dan advance. Untuk mereka yang sudah agak selesa dengan kosa kata BI mereka disarankan untuk menggunakan kamus jenis ini. Sesetengah dari kita takut untuk menggunakan kamus ini kerana risau tidak faham apa yang di definisikan dalam kamus ini. Mereka tidak perlu rasa kurang yakin kerana dengan menggunakan kamus jenis ini anda akan mepercepatkan kemahiran kosa kata anda.
Apakah yang terdapat dalam sebuah Kamus?
1. Introduction
Dalam ruangan pengenalan ini biasanya akan diterangkan bagaimana cara menggunakan kamus itu dengan efektif.Pengguna disarankan untuk mengambil masa membaca ruangan ini untuk memastikan mereka dapat menggunakan sebuah kamus itu dengan efektif.
2. Spelling
Kamus akan memberi anda cara ejaan yang sebenar untuk sesuatu perkataan yang anda cari.Ada juga jenis2 ejaan yang berbeza iaitu :-
i)                    Ejaan penuh – Dimana perkataan dieja sepenuh nya
ii)                   Akronim – Dimana akronim/singkatan di beri seperti NASA yang merupakan singkatan kepada National Aeronatics and Space Administration.
iii)                 Singkatan – Dimana singkatan yang telah diterima umum sebagai singkatan kepada ejaan penuh seperti mkt yang merupakan singkatan kepada market (pasar/pasaran)
3. Meaning
Kebanyakan orang menggunakan kamus untk mendapatkan meaning ataupun maksud sesuatu perkataan. Sesetengah kamus yang lebih komprehensif akan turut memberi 2-3 contoh ayat untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Ada juga kamus yang turut meletakkan gambar untuk memudahkan pengguna memahami maksud perkataan tersebut. Penggunaan grafik amat sesuai untuk memudahkan pengguna memahami seuatu perkataan terutamanya yang bersifat teknikal.
4. Grammar – Kamus juga akan menunjukkan bagaimana sesebuah perkataan itu akan digunakan secara grammatically. Secara amnya sesebuah kamus juga akan mendefinisikan samaada perkataan itu adalah :-
i)  Verb – Kata kerja. Verb bermaksud perkataan itu digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan. Antara contoh verb ialah run,laugh,walk,talk,sleep,swim,sing. Perhatikan semua perkataan tersebut menggambarkan perbuatan.
ii) Noun –Kata Nama.Contoh Noun ialah car,house,man,woman,dog,cat dan lain-lain.
iii) Adverb – Adverb banyak digunakan untuk menerangkan verb. Jika verb nya ialah run maka adverb digunakan untuk menerangkan perkataan ‘run’ tersebut.
Cth:-
1. Ali ran slowly to the car just now.
Dalam contoh diatas ‘slowly’ digunakan untuk menerangkan bagaimana perbuatan Ali (i.e. ran) itu berlaku.
Bagaimanapun perlu diingatkan yang adverb banyak penggunaannya dan boleh juga digunakan untuk menerangkan adjectives dan juga adverbs yang lain.
2. Ali is a very slow walker.
Dalam contoh di atas, ‘slow’ ialah adjective atau kata sifat yang digunakan untuk menerangkan noun ‘walker’.Adverb ‘very’ ditambah di dalam ayat untuk menguatkan lagi makna ‘slow’ itu.
3. Ali ran very slowly to the car just now.
Dalam contoh di atas, ‘slowly’ ialah adverb pertama yang digunakan untuk menerangkan verb ‘ran’.Adverb ‘very’ ditambah di dalam ayat untuk menguatkan lagi makna ‘slowly’ itu iaitu dari ‘dengan perlahan’ kepada ‘dengan amat perlahan’
iv)   Adjective – Adjective pula digunakan untuk menerangkan sesuatu noun. Jika dalam noun nya ialah house maka adjective akan  digunakan  untuk menerangkan bentuk atau keadaan fizikal rumah itu.
Cth:-
The house is big.
The house is colourful.
Jadi dalam contoh diatas adjective yang digunakan ialah big dan colourful dimana ianya digunakan untuk menerangkan tentang sifat/keadaan ‘house’ yang merupakan satu noun.
 
5. Pronunciation
 Didalam kamus biasanya akan ditunjukkan juga bagaimana sesuatu perkataan itu akan disebut (pronounced). Perlu diingat bahawa BI banyak meminjam perkataan dari bahasa-bahasa lain dan walaupun bahasa asing itu telah diserap dalam BI kebiasaanya pronunciation nya masih dikekalkan dalam bentuk asal. Antara yang pronunciation nya yang jauh berbeza dari ejaan nya ialah perkataan yang diambil dari bahasa Perancis.
Antara contoh2 perkataan ini ialah:-
Grand Prix
Buffet
Par Avion
Rendezvous
 Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan bermula pada 7hJan di Putrajaya dan 8hb di Sunway. Sesi pagi untuk dewasa dan sesi petang untuk pelajar sekolah. Kursus yang sama akan diadakan pada 3 dan 4 hb March di Jb dan 7 dan 8hb April di Kota Bharu.

Cikgu Yusoff

0193090711

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s