Tips meingkatkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris

English

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Sememangnya aspek perbualan bahasa Inggeris sering menghantui kita dan menakutkan kita kerana ramai daripada kita yang menghadapi banyak masalah apabila ingin bercakap dalam bahasa Inggeris.Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar saya ialah:-

1. Lack self confidence – Kurang keyakinan diri.

2. Difficulty in responding in conversation – Sukar membalas balik percakapan orang lain.

3. Not sure of the correct pronunciations – Kurang yakin dari segi sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.

4. Unsure of the proper sentence structures in Enlish – Tidak pasti dengan pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris

5. Insufficient vocabulary – Perbendaharaan kata yang tidak mencukupi
Ini adalah masalah utama yang boleh menghalang percakapan yang lancer dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya tidak sukar untuk menjadi fasih dalam perbualan bahasa Inggeris anda jika anda tahu caranya dan jika anda ada cikgu yang berpengalaman membimbing anda. Saya sendiri sudah menjadi pelatih selama 15 tahun dan sudah menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris selama 6 tahun dan telah berpengalaman menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris untuk staf KWSP, Universiti Malaya, MRSM, Kolej Komuniti, Kementerian Kesihatan dan pelbagai organisasi lain.

Untuk mengatasi masalah-masalah berikut anda boleh:-

1. Menghadiri kelas-kelas tatabahasa dan kelas perbualan untuk mengetahui aspek-aspek dalam bahasa Inggeris yang boleh membantu anda menjadi lebih yakin.

2. Tingkatkan latihan – Latihan bersendirian, latihan bersama kawan-kawan dan latihan dalam kumpulan membolehkan anda menjadoi lebih yakin dalam perbualan bahasa Inggeris anda.Kursus perbualan saya bermula Julai ini akan menekankan aspek latihan individu dan berkumpulan di mana 70 peratus kandungan kursus ialah latihan perbualan.

3. Tingkatkan pendengaran – Banyakkan mendengar rancangan-rancangan dalam bahasa Inggeris di TV dan radio dan juga banyakkan mendengar lagu-lagu bahasa Ingeris dan pasang telinga betul-betul agar anda dengar sebutan yang betul.

4. Belajar ejaan phonetic – Phonetic spelling diajar dalam kursus asas-asas bahasa Inggeris saya di Sunway dan Putrjaya dan akan diajar dalam kursus perbualan bahasa Inggeris bermula 1 Julai ini di Prct 16,Putrajaya kerana ianya membantu anda mengetahui sebutan sebenar 100 pertaus tanpa ragu-ragu.

5. Banyakkan membaca – Dengan membaca lebih banyak bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, anda akan mendedahkan diri anda kepada struktur ayat bahasa Inggeris yang betul dan ini akan diserap oleh minda anda dan akan anda gunakan dalam perbualan bahasa Inggeris anda.

6. Gunakan kamus dan thesaurus untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan juga gunakan teknik 4-coloumn vocabulary list yang saya ajar dalam kursus asas-asas bahasa Inggeris saya di Sunway dan Putrjaya.

Adalah diharap tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan aspek perbualan bahasa Inggeris anda dan anda boleh mantapkan lagi perbualan bahasa Inggeris anda dengan menyertai Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Putrajaya. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition di gmail.com

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s