Tips meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris #2

ssalamualaikum dan Salam sejahtera

Saya sambungkan lagi tips untuk meningkatkan kemahiran dalam perbualan bahasa Inggeris ni tapi lebih kepada nota-nota pendek ya.Sibuk sikit harini.

1. Banyakkan membaca – Tak ramai yang sedar sebenarnya membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris banyak boleh membantu anda menjadi mahir dalam perbualan bahasa Inggeris.Tapi kena ingat ya anda perlu membaca setiap hari kalau nak cepat mahir.

2. Banyakkan mendengar – Mendengar dengan betul-betul dan proses apa yang anda dengar untuk mendengar susunan ayat, sebutan yang betul dan juga perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang digunakan.

3. Banyakkan latihan – Anda perlu banyakkan buat latihan-latihan bahasa Inggeris samaada latihan karangan, latihan objektif dan juga latihan perbualan. Tanpa latihan anda akan rasa janggal dan kekok untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan tidak pasti susunan ayat yang betul.

4. Masuk kelas formal – Ramai yang nak jalan pintas iaitu tak nak masuk kelas bahasa Inggeris yang formal untuk tingkatkan tatabahasa dan juga untuk mengetahui cara yang betul membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris dan juga kalau sertai kelas perbualan, anda boleh tahu teknik-teknik berbual yang mudah dan efektif.Kalau anda ingin dihormati dengan perbualan bahasa Inggeris anda, anda kena tahu tatabahasa bahasa Inggeris yang betul dan bukan sekadar menggunakan “bahasa Inggeris ikut-ikutan” yang anda dengar kawan-kawan anda gunakan kerana ini amat merbahaya sebab kemungkinan besar tatabahasa yang mereka gunakan itu tidak tepat.

Adalah diharap tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan aspek perbualan bahasa Inggeris anda dan anda boleh mantapkan lagi perbualan bahasa Inggeris anda dengan menyertai Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Putrajaya. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition di gmail.com

Tips meingkatkan kemahiran perbualan bahasa Inggeris

English

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Sememangnya aspek perbualan bahasa Inggeris sering menghantui kita dan menakutkan kita kerana ramai daripada kita yang menghadapi banyak masalah apabila ingin bercakap dalam bahasa Inggeris.Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar saya ialah:-

1. Lack self confidence – Kurang keyakinan diri.

2. Difficulty in responding in conversation – Sukar membalas balik percakapan orang lain.

3. Not sure of the correct pronunciations – Kurang yakin dari segi sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris.

4. Unsure of the proper sentence structures in Enlish – Tidak pasti dengan pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris

5. Insufficient vocabulary – Perbendaharaan kata yang tidak mencukupi
Ini adalah masalah utama yang boleh menghalang percakapan yang lancer dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya tidak sukar untuk menjadi fasih dalam perbualan bahasa Inggeris anda jika anda tahu caranya dan jika anda ada cikgu yang berpengalaman membimbing anda. Saya sendiri sudah menjadi pelatih selama 15 tahun dan sudah menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris selama 6 tahun dan telah berpengalaman menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris untuk staf KWSP, Universiti Malaya, MRSM, Kolej Komuniti, Kementerian Kesihatan dan pelbagai organisasi lain.

Untuk mengatasi masalah-masalah berikut anda boleh:-

1. Menghadiri kelas-kelas tatabahasa dan kelas perbualan untuk mengetahui aspek-aspek dalam bahasa Inggeris yang boleh membantu anda menjadi lebih yakin.

2. Tingkatkan latihan – Latihan bersendirian, latihan bersama kawan-kawan dan latihan dalam kumpulan membolehkan anda menjadoi lebih yakin dalam perbualan bahasa Inggeris anda.Kursus perbualan saya bermula Julai ini akan menekankan aspek latihan individu dan berkumpulan di mana 70 peratus kandungan kursus ialah latihan perbualan.

3. Tingkatkan pendengaran – Banyakkan mendengar rancangan-rancangan dalam bahasa Inggeris di TV dan radio dan juga banyakkan mendengar lagu-lagu bahasa Ingeris dan pasang telinga betul-betul agar anda dengar sebutan yang betul.

4. Belajar ejaan phonetic – Phonetic spelling diajar dalam kursus asas-asas bahasa Inggeris saya di Sunway dan Putrjaya dan akan diajar dalam kursus perbualan bahasa Inggeris bermula 1 Julai ini di Prct 16,Putrajaya kerana ianya membantu anda mengetahui sebutan sebenar 100 pertaus tanpa ragu-ragu.

5. Banyakkan membaca – Dengan membaca lebih banyak bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, anda akan mendedahkan diri anda kepada struktur ayat bahasa Inggeris yang betul dan ini akan diserap oleh minda anda dan akan anda gunakan dalam perbualan bahasa Inggeris anda.

6. Gunakan kamus dan thesaurus untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan juga gunakan teknik 4-coloumn vocabulary list yang saya ajar dalam kursus asas-asas bahasa Inggeris saya di Sunway dan Putrjaya.

Adalah diharap tips-tips ini dapat membantu anda meningkatkan aspek perbualan bahasa Inggeris anda dan anda boleh mantapkan lagi perbualan bahasa Inggeris anda dengan menyertai Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan bahasa Inggeris bermula 1hb Julai ini di Putrajaya. Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff
019-3090711
cikgutuition di gmail.com

Kursus Intensif Perbualan bahasa Inggeris untuk kerjaya/MUET

Assalamualaikum semua

Cikgu akan mulakan kursus Perbualan Intensif selama 3 minggu bermula 30 Jun di Putrajaya dan 1 Julai di Sunway.Kelas 3 jam seminggu (total 9 jam).Kursus ini juga sesuai untuk persediaan aspek Speaking di dalam peperiksaan MUET anda.

Kursus 30% teori dan 70% praktikal/latihan perbualan.

Kandungan kursus :-

1. Penggunaan phonetic spelling untuk sebutan perkataan2 bahasa Inggeris yg betul.

2. Latihan penggunaan phonetic spelling. – reverse technique.

3. Teknik public speaking.

4. Latihan public speaking individu.

5. Teknik conversation starter.

6. Latihan berkumpulan penggunaan teknik Conversation starter.

7. Presentation techniques using MsPowerpoint.

8. Latihan individu – Presenting using MS Powerpoint.

9. Teknik bercakap dalam mesyuarat/perbincangan

10. Latihan berkumpulan – Latihan bercakap dlm mesyuarat/perbincangan

Yuran cuma RM220 seorang.Tempat terhad kepada 15 pelajar sahaja setiap kelas.

Sesiapa yg berminat,jgn tangguh2 niat anda sebab cikgu jarang buat kursus perbualan sebegini sebab biasanya cikgu buat kursus aspek tatabahasa sahaja.Kursus yg sama ditempat lain kosnya sekitar RM700-800.

Hubungi Cikgu Yusoff di 019-3090711 jika berminat.

Teknik memulakan perbualan dengan baik

Bagaimana memulakan perbualan dengan baik.

1. Sebut perkatan pertama dengan betul dan jelas kerana tanggapan pertama penting. Jangan cakap terlalu kuat atau terlalu perlahan dan gunakan tempo yang sesuai.

2. Bertenaga dan bersemangat dalam memulakan perbualan anda itu.Jika anda bercakap dalam nada yang lemah, ianya mungkin disalah tanggap yang anda tidak bemrinat berjumpa dan bercakap dengan pihak lain itu.

3. Kerap gunakan nama orang yang anda sedang berbual itu untuk membina kemesraan. -Orang suka nama mereka disebut dan ini memberitahu mereka juga yang anda sukakan mereka dan ingat mereka selalu.

4. Pastikan anda mesra – senyum dan berbual ringan sahaja.-Walaupun anda keletihan, pastikan anda senyum walaupun ketika berbual dalam telefon.

5. Kawal perbualan itu tapi beri laluan kepada orang lain untuk bercakap. Perlu seimbangkan.Jangan memonopolin sesuatu perbualan itu. Jika pihak lain itu sedang menceritakan masalah mereka, anda mungkin perlu banyakkan mendengar terlebih dahulu.

Kursus Asas-Asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris akan bermula pada 1hb Jun di Sunway dan 2hb Jun di Prct 16, Putrajaya.Tempat terhad kepada 15 orang sahaja.

Cikgu Yusoff

Celcom 0193090711 / Maxis 019-2947792

cikgutuition@gmail.com

Teknik perbualan kosong dalam bahasa Inggeris

Pengenalan

Selain dari menggunakan kaedah permulaan perbualan, perbualan kosong juga boleh membantu anda dalam memulakan perbualan dengan orang yang anda tidak kenali atau dengan orang yang anda tidak berapa rapat. Oleh itu, adalah penting anda mengetahui dengan lebih lanjut apa itu perbualan kosong, siapa dan kenapa orang berbual kosong dan apakah topik yang boleh diperbualkan apabila berbual kosong dengan orang lain.

SIAPA yang berbual kosong? – Hampir semua daripada kita perlu kadang-kadang berbual kosong dengan orang lain. Orang yang selalu menggunakan perbualan kosong ini biasanya orang yang tidak mengenali satu sama lain. Adalah berhemah untuk kita bercakap beberapa patah perkataan atau berbual kosong dengan orang lain dalam situasi tertentu. Kadang-kadang kita akan berjumpa dengan kawan kepada kawan kita yang kita tidak begitu rapat dan sudah tentu anda perlu berbual kosong dengan mereka. Selain dari itu anda juga patut berbual kosong dengan mereka yang sepejabat dengan anda tetapi bekerja di jabatan yang lain. Jika anda bekerja dalam bidang perkhidmatan seperti pegawai perhubungan pelanggan , pelayan restoran. pendandan rambut dan penyambut tetamu maka anda akan senantiasa perlu berbual dengan pelanggan atau bakal pelanggan anda.

APA topik yang orang perbualkan dalam perbualan kosong? – Oleh kerana anda biasanya akan berbual kosong ereka yang tidak rapat dengan anda maka pastikan topik perbualan anda sesuai dan berhemah. Antara jenis-jenis topik yang selamat untuk anda gunakan dalam perbualan kosong ialah :-

1. Cuaca – Anda senantiasa boleh berbincang tentang keadaan cuaca semasa seperti musim hujan, jerebu, banjir dan sebagainya. Topik ini juga amat sesuai untuk anda gunakan dengan kawan-kawan rapat anda sebagai permulaan perbualan.

2. Isu-isu semasa – Bagaimanapun cuba elakkan dari berbual kosong tentang isu-isu agama, bangsa dan politik kerana ini mungkin isu yang sensitif untuk diperbualkan.

3. Berita sukan ­– Sukan adalah topik yang sesuai diperbualkan terutamanya jika ianya melibatkan prestasi pasukan kebangsaan Malaysia. Cuba elakkan dari mengutuk pasukan-pasukan sukan tertentu kerana orang yang anda sedang berbual kosong itu mungkin penyokong kuat pasukan yang anda perbualkan itu!

4. Berita-berita hiburan – Berita terbaru tentang filem, artis dan konsert juga sesuai digunakan apabila anda berbual kosong.

APA topik yang perlu dielakkan dalam perbualan kosong? Anda perlu ingat untuk mengelakkan dari berbual kosong tentang perkara-perkara berikut:-

1. Perkara-perkara peribadi – Antaranya ialah umur, status perkahwinan, gaji, fahaman politik dan sebagainya yang dianggap sensitif untuk orang yang anda baru kenali.

2. Kritikan peribadi – Elakkan juga dari mengkritik apa-apa sahaja tentang orang yang anda sedang berbual itu. Ini termasuklah mengkritik bentuk fizikal mereka, pakaian mereka, perangai mereka dan sebagainya.

3. Hal-hal peribadi anda – Elakkan juga dari mendedahkan hal-hal peribadi anda kepada orang lain kerana anda tidak pasti siapakah kawan-kawan mereka dan di mana mereka bekerja.

4. Apa-apa topik yang tidak selesa diperbualkan – Anda juga kena prihatin dengan bahasa badan atau body language seseorang itu apabila anda sedang berbual kosong dengan mereka. Jika mereka kelihatan seperti malu, marah atau tidak selesa dengan apa sahaja topik yang anda perbualkan maka adalah lebih bijak untuk anda menukarkan topik perbualan anda dengan serta merta.

Dipetik dari buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Perbualan Bahasa Inggeris yang ditulis oleh saya sendiri dan diterbitkan oleh Perintis Publication.

Kursus Asas-Asas Perbualan selama sehari akan saya buat pada 11/4 ini (cuti Pertabalan Agong) dari 10 a.m. – 5 p.m di Leisure Commerce Square, Sunway.

Yuran biasa RM150 tapi untuk yg daftar minggu ini cuma RM120 sahaja dan tinggal 5 kekosongan sahaja lagi.

Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Jika anda tanya saya, apakah Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris, maka jawaban saya ialah:-

1. Grammar atau Tatabahasa

2. Vocabulary atau Perbendaharaan Kata perkataan-perkataan bahasa Inggeris

3. Practice atau Latihan perbualan bahasa Inggeris

4. Pronunciation atau Sebutan perkataan bahasa Inggeris yang betul

Inilah empat aspek yang selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar saya yang menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di SUnway dan Putrajaya itu.

Aspek pertama iaitu Grammar antara aspek yang paling penting dalam perbualan bahasa Inggeris. Grammar akan mengajar anda membuat ayat dengan betul dari segi:-

1. Struktur ayat

2. Penambahan -s, -es, -ies, -ves kepada Nouns atau Kata Nama

3. Penggunaan Pronouns atau Kata Ganti Nama yang betul untuk menggantikan nous seperti apakah perbezaan penggunaan I dengan Me , Mine dan Myself dalam Pronouns?

4. Penggunaan Adjectives atau Kata SIfat dalam bahasa Inggeris dan apakah susunan yang betul dalam penggunaan Adjectives dalam bahasa Inggeris ini seperti kenapa dalam BI kita gunakan a handsome, tall African man dan bukan seperti dalam bahasa Melayu kita gunakan lelaki Afrika yang tinggi dan kacak?

5. Penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am,is, are,was,were, have been dan sebagainya yang ramai masih keliru

6. Penggunaan Adverb seperti slowly, loudly, very, extremely dan sebagainya.

Apa2pun pastikan anda menguasai Grammar terlebih dahulu jika anda ingin berbual dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasanya dan mudah untuk difahami oleh orang lain.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan di SUnway pada 1hb April ini dan di Putrajaya pada 7hb April.

Cikgu Yusoff

English, without Grammar, is nothing.

Why Does Grammar Matter?

One of the most lucid and sensible answers to this question appeared a few years ago in–of all places–a position statement on the teaching of grammar in American schools. Published by the National Council of Teachers of English (NCTE), the report is blessedly free of educational cant. Here’s how it begins:

Grammar is important because it is the language that makes it possible for us to talk about language. Grammar names the types of words and word groups that make up sentences not only in English but in any language. As human beings, we can put sentences together even as children–we can all do grammar. But to be able to talk about how sentences are built, about the types of words and word groups that make up sentences–that is knowing about grammar. And knowing about grammar offers a window into the human mind and into our amazingly complex mental capacity.

People associate grammar with errors and correctness. But knowing about grammar also helps us understand what makes sentences and paragraphs clear and interesting and precise. Grammar can be part of literature discussions, when we and our students closely read the sentences in poetry and stories. And knowing about grammar means finding out that all languages and all dialects follow grammatical patterns.

Source – http://grammar.about.com/od/grammarfaq/f/grammarvalue.htm

Persediaan peningkatan komunikasi bahasa Inggeris untuk 2012

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera semua

Saya amat berharap kepada mereka yang merasakan mereka masih lemah dalam bahasa Inggeris untuk tingkatkan usaha anda di 2012 ini.Saya akan cuba membantu sedaya upaya saya tetapi anda semua perlu membantu diri anda terlebih dahulu.

Ini kerana usaha banyak perlu datang dari diri anda sendiri. Walaupun yang mula belajar dengan saya di Sunway dan Putrajaya pada 7 dan 8hb baru2 ini, saya cuma  boleh berikan mereka 50% sahaja dan selebihnya perlu datang dari diri mereka sendiri iaitu:-

1. Perlu rajin mengulangkaji nota2 Grammar.

2. Perlu rajin meningkatkan kosakata bahasa Inggeris mereka atau Vocabulary mereka.

3. Perlu rajin buat latihan.

4. Perlu rajin membaca

Kesimpulannya ada 3 aspek yang penting iaitu GRAMMAR, VOCABULARY dan EXERCISES.
Untuk aspek Tatabahasa anda boleh beli  Lengkap bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR/SPM atau anda boleh beli buku2 yang ditulis oleh Betty Azar. Buku Betty Azar’s adalah buku-buku yang amat baik untuk bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL). Untuk peringkat permulaan, saya sarankan anda beli buku Basic English Grammar (warna merah) pada harga sekitar RM59.

Mmg ramai yg x suka Grammar ni tp kena tahu if you want people to respect our English.

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris akan bermula di :-

1. Precint 16, Putrajaya pada 11hb Februari @ 3 jam seminggu selama 7 minggu

2. Sunway pada 12hb Februari @ 3 jam seminggu selama 7 minggu

3. Damansara Aliff di Johor Bharu pada 3hb dan 4hb March 2012.

4. Paloh Inn, Kota Bharu pada pada 7hb dan 8hb April 2012.

 

Good luck semua!

Cikgu Yusoff
019 3090711

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris di JB dan KB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

InsyaAllah dalam 2012 saya akan buat dua kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris di luar KL iaitu di Johor Bharu dan Kota Bharu.

Kandungan Kursus:-
Hari Pertama
1. Tips dan petua mudah mahir bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
2. Teknik menggunakan kamus untuk meningkatkan kosakata bahasa Inggeris.
3. Cara mudah menggunakan kamus untuk faham Grammar  bahasa Inggeris.

4. Teknik menggunakan kamus untuk sebutan bahasa Inggeris yang sempurna.
5. Kaedah Menggunakan thesaurus untuk meningkatkan kosakata bahasa Inggeris.

6. Penggunaan Nouns dalam bahasa Inggeris.

6.1 Function of a noun -Fungsi penggunaan nouns
6.2 Count in nouns – Countable dan uncountable nouns
6.3 How to use Plural and Singular Nouns?
6.4 Spelling of plural nouns – Cara mengeja Plural Nouns dengan betul
6.5 Subject Verb Agreement – Penggunaan nouns dengan auxiliary verb
seperti am/is/are, was/were, do/does/did, have/has/had.
6.6 Possessive Nouns – Bagaimana untuk menggunakan possessive nouns
untuk menunjukkan pemilikan dengan penggunaan apostrophe s (‘s) atau
apostrophe (‘) sahaja.

6.7 Collective nouns – Collective nouns untuk bilangan nouns yang banyak

Hari Kedua

7. Fungsi dan penggunaan pronouns yang betul

7.1 Functions of a pronoun -Macam mana menggunakan pronouns dengan tepat
7.2 Singular pronouns and Plural pronouns – Apa itu singular pronouns dan plural pronouns?

7.3 Subject pronoun – Apa itu subject pronoun dan fungsinya dalam ayat?

7.4 Object pronoun – Apa itu Object pronoun dan kaitannya dengan
Subject Pronoun?

7.5 Possessive pronouns – Penggunaan possessive pronouns seperti mine, yours, hers dan sebagainya untuk menunjukkan pemilikan.

7.6 Reflexive pronouns – Cara yang betul untuk menggunakan reflexive pronouns seperti myself, herself, ourselves dan sebagainya.

7.7 Demonstrative pronouns – Penggunaan demonstrative pronouns seperti this/these dan that/those untuk menunjukkan nouns.

7.8 Indefinite pronouns – Penggunaan indefinite pronouns seperti everyone, each dan sebagainya.

8. Adjectives

8.1 What is an adjective? -Apa itu adjective?

8.2 Characteristics of an adjective – Ciri-ciri adjective

8.3 Adjectives of quality – Apa itu Adjectives of quality dan

bagaimana nak gunanya.?

8.4 Adjectives of quantity – Apa itu adjectives of quantity dan

bagaimana nak gunanya.?

8.5 Possessive adjectives – untuk menunjukkan pemilikan dan

perbezaanya dengan possessive pronouns.

8.6 Positive, comparative and superlative adjectives – Penggunaan

positive, comparative dan superlative adjectives seperti tall, taller

dan tallest untuk menunjukkan perbandngan.

9. Verb

9.1 Verb function – Fungsi verb dalam bahasa Inggeris

9.2 What is Verb TO BE?

9.3 Usage of am, is, are, was dan were in Verb To BE

9.4 Present  tense, Past tense and Future tense – Konsep present

tense, past tense dan future tense dalam menggunakan Verb TO BE

9.5 Bentuk2 verb TO BE untuk ayat positif, ayat nafi dan pertanyaan.

9.6 Penggunaan Verb TO BE

10. Ringkasan kursus dan sesi soal jawab.

Butiran lanjut kursus:-

1. Tarikh – 3 dan 4hb March di Damansara Aliff, Johor Bharu

7 dan 8hb April di Paloh Inn, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu

2. Masa – 9 pagi hingga 5 petang.

3. Yuran Kursus  – RM450 untuk kursus 2 hari tetapi ada diskaun untuk pendaftaran awal!

4. Diskaun – Untuk di JB daftar sebelum 15 Jan dan yuran cuma RM390. Daftar selepas 15 Jan tetapi sebelum/pada 18 Februari yuran cuma RM420.Daftar selepas 18 Februari dan yuran penuh RM450 dikenakan.

Untuk di KB daftar pada/sebelum 31 Jan dan yuran cuma RM390. Daftar selepas 31 Jan tetapi sebelum/pada 10 March yuran cuma RM420.Daftar selepas 10 March dan yuran penuh RM450 dikenakan.

Deposit sebanyak RM150 dikenakan sebagai pendaftaran.Deposit adalah sebahagian daripada yuran dan tidak dikembalikan jika tidak menyertai kursus.Deposit, bagaimanapun, boleh dipindah ke peserta lain sebagai deposit kursus sahaja.

Hubungi saya segera di 0193090711 atau di cikgutuition@yahoo.com atau di cikgutuition@gmail.com

Cikgu Yusoff

 

 

Kursus bahasa Inggeris JB Kursus bahasa Inggeris di Johor Bharu Kursus bahasa Inggeris di Johor BharuKursus bahasa Inggeris di Johor Bharu Kursus bahasa Inggeris di JB Kursus bahasa Inggeris mudah faham JB Kursus bahasa Inggeris berkesan Kursus bahasa Inggeris untuk MUET di JB Kursus bahasa Inggeris lepasan SPM di Kota Bharu Kursus bahasa Inggeris pra universiti Kelantan Kursus bahasa Inggeris KB Kursus bahasa Inggeris di Kelantan Kursus bahasa Inggeris di Kota Bharu Kursus bahasa Inggeris di KB Kursus bahasa Inggeris di KBKursus bahasa Inggeris mudah faham di kelantan Kursus bahasa Inggeris berkesan KB Kursus bahasa Inggeris untuk MUET di Kota Bharu Kursus bahasa Inggeris lepasan SPM di Kelantan Kursus bahasa Inggeris pra universiti Kelantan

Persediaan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

2012 semakin hampir dan tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru ini. Bagaimana dengan tahun 2011 kepada anda? Pada saya, lupakan 2011 kerana ianya akan menjadi sejarah dan cuba buatkan 2012 sebagai tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Bagaimana pula dengan persediaan anda untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda dalam tahun 2012? Dalam artikel saya kali ini saya akan memberikan tips dan petua berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris selama 40 tahun, pengalaman sebagai trainer selama 16 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris kepada ribuan orang dan kepada organisasi-organisasi seperti KWSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik Malaysia, Drypers, Universiti Malaya dan sebagainya.

1. Daftar untuk kelas bahasa Inggeris yang anda rasa sesuai untuk anda – Cara untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah dengan mendaftar dalam kelas-kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan anda. Pastikan kelas yang anda ingin sertai itu sesuai dengan kemampuan anda sebab ada pelajar-pelajar cikgu yang pergi kekelas yang diajar oleh orang asing dan menggunakan 100% bahasa Inggeris tidak dapat mengikuti kelas itu dengan berkesan. Jangan pula malu dan segan menyertai kelas –kelas seperti kelas cikgu yang menggunakan BM dan BI dalam syarahan dan nota. Apa yang penting ialah anda boleh faham dan boleh praktikkan apa yang telah anda pelajari.

 

2. Beli kamus dan buku-buku rujukan yang berkaitan – Untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris, anda perlu ada bahan-bahan rujukan yang efektif seperti kamus yang lengkap, thesaurus untuk daftar perkataan seerti dan berlawanan, kamus peribahasa atau idiom dictionary dan juga buku-buku latihan.

 

3. Ianya mesti setiap hari – Aktiviti untuk meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris mesti di lakukan setiap hari.Tiada cuti.Ianya mesti menjadi sebahagian dari hidup anda dan anda mesti tenggelam dalam bahasa Inggeris anda. Bahasa Inggeris adalah satu budaya dan bukan sekadar satu mata pelajaran.

 

4. Cintai bahasa Inggeris anda – Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda mahir jika anda menyukai, menyanyangi bahasa Inggeris anda. ‘To know English is to love English’ Inilah slogan atau moto yang perlu anda gunakan setiap hari.

 

To be continued.

 

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa(pagi) dan untuk pelajar sekolah (petang) akan saya mulakan di Prct 16,Putrajaya pada 7hb Jan ini dan di Sunway pada 8hb jan ini. Tempat terhad dan dah hamper penuh. Hubungi saya di 0193090711 segera jika berminat.