Etiket dalam perbualan bahasa Inggeris

Dipetik dari buku ‘Cara Mudah Menguasai Kemahiran Perbualan bahasa Inggeris’ tulisan saya sendiri yang akan keluar tidak lama lagi

 

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kepentingan etiket perbualan yang dapat memastikan yang perbualan anda sentiasa berhemah apabila berbual dengan orang lain. Ada juga yang menyangkakan yang etiket dalam perbualan cuma penting apabila membabitkan perbualan rasmi sahaja dan tidak penting apabila berbual secara informal dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Ini adalah tanggapan yang kurang tepat kerana etiket perbualan adalah penting untuk perbualan rasmi dan juga perbualan informal.

 

Berikut adalah antara etiket yang perlu anda amalkan dalam perbualan anda untuk menanam sikap berhemah dan sopan santun anda sepanjang masa.

 

1. Gunakan nada suara yang sesuai – Nada suara yang lembut dan bermelodi adalah lebih menarik kepada telinga orang lain daripada penggunaan suara yang kasar atau suara yang hanya mempunyai satu nada sahaja (monotone). Ini terutamanya amat penting apabila anda perlu bercakap pada tempoh yang lama dengan seseorang ataupun apabila anda dikehendaki berucap kepada hadirin yang besar pada tempoh masa yang lama. Penggunaan nada suara yang tidak sesuai akan cepat membosankan orang lain dan ini boleh juga menjejaskan kerjaya anda jika kerjaya anda adalah dalam bidang latihan, jualan dan pemasaran. Sebagai contoh, penggunaan nada suara yang kasar akan membuat bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada anda menanggap yang anda seorang yang kasar dan biadap walaupun anda mungkin tidak mempunyai personaliti sedemikian.

 

2. Cakap dengan jelas dan terang – Tujuan perbualan ialah utnuk menyampaikan dan bertukar maklumat dengan orang lain dan percakapan yang kurang jelas dan kabur boleh menyebabkan maklumat atau mesej yang ingin disampaikan itu tidak difahami oleh orang lain dan lebih buruk lagi jika ianya disalah tafsir oleh orang lain dan dalam senario terburuk, ianya boleh membawa kepada salah faham dan perbalahan.

 

3. Jangan bercakap terlalu kuat atau berbisik – Kadang-kadang pandangan yang dibentuk orang lain tentang diri anda tidak semestinya tepat atau betul dalam menggambarkan sikap atau personaliti sebenar anda. Tapi dalam dunia ini, kadang-kadang orang menilai anda berdasarkan apa yang mereka nampak tentang diri anda dari segi luaran sahaja oleh kerana mereka tidak berpeluang utnuk mengenali anda dengan lebih dekat. Oleh itu cara anda berbual akan membentuk imej anda kepada orang lain dan dengan itu adalah penting untuk anda lebih menyedari atau self- aware dengan cara anda berbual di khalayak ramai.

.

4. Gunakan please apabila meminta sesuatu – Jika dalam perbualan bahasa Melayu kita sering menggunakan “tolong” apabila kita ingin meminta sesuatu dari orang lain, dalam bahasa Inggeris juga kita patut menggunakan please apabila membuat permintaan. Walaupun permintaan anda itu amat kecil atau tidak begitu penting, pastikan anda senantiasa menyebut please di permulaan ayat anda itu.

5. Ucapkan thank you – Sama seperti penggunaan please, pastikan yang anda menyebut thank you apabila kehendak atau permintaan anda telah dipenuhi – tidak kira samaada ianya satu permintaaan peribadi atau sekadar satu transaksi urusniaga. Bertentang mata dengan mereka dan

 

6. Elakkan perbualan yang terlalu peribadi – Apabila berbual dengan orang lain terutamanya dengan mereka yang tidak begitu anda kenali, elakkan dari bertanya hal-hal yang terlalu peribadi seperti gaji mereka, kenapa mereka masih membujang dan sebagainya. Elakkan sama sekali soalan-soalan yang menyentuh peribadi walaupun mungkin mereka ada bertanya soalan-soalan yang peribadi kepada anda.

Advertisements

One comment on “Etiket dalam perbualan bahasa Inggeris

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s