Back To Basic English # 3 – Pronouns

Penggunaan Pronouns Untuk Menggantikan Nouns

Dalam pelajaran kita sebelum ini, kita telah mempelajari tentang Nouns dan fungsinya dalam penulisan dan perbualan Bahasa Inggeris. Dalam topik ini pula, kita akan mempelajari tentang pronouns pula yang berkait rapat dengan Nouns.

Dalam Nouns kita mengetahui yang fungsi utamanya ialah untuk menamakan:-

  1. People
  2. Place
  3. Things
  4. Animals
  5. Abstract

“>Antara contoh-contoh nouns ialah Ali, Aminah, student, Kuala Lumpur, house, car, King Kong dan sebagainya.

Bagaimanapun biasanya dalam sesuatu ayat kita, kita tidak berterusan menggunakan nouns untuk menceritakan sesuatu sebaliknya menggantikannya dengan pronouns.Lihat contoh ayat dibawah :-

  • Puan Aminah is my teacher. She is a kind teacher. She lives in Puchong Utama.
  •  

    Dalam ayat di atas, Puan Aminah ialah nouns yang akan disebutkan di permulaan ayat. Bagaimanapun perhatikan yang dalam atay-ayat berikutnya Puan Aminah digantikan dengan She. She dalam ayat inilah satu pronouns dan fungsinya menggantikan Puan Aminah. Anda perhatikan juga adalah tidak praktikal untuk berterusan menggunakan Puan Aminah dalam ayat seperti berikut:

    1. Puan Aminah is my teacher. Puan Aminah is a kind teacher. Puan Aminah lives in Puchong Utama.

     

    Dalam ayat 2. penggunaan Puan Aminah sebenarnya boleh digantikan dengan ‘She’ seperti dalam ayat 1. dan anda dapat menjimatkan penggunaan perkataan dengan menggunakan “she’’ dan bukan “Puan Aminah

     

    Pronouns ‘she’ seperti yang digunakan di atas ialah Subject Pronouns atau “Pelakon Utama” dalam ayat ini kerana “she” merujuk kepada orang yang melakukan sesuatu perbuatan itu. Lain-lain Subject Pronouns ialah :-

    Subject pronoun

    I

    you

    she

    he

    it

    we

    they

     

    Subject pronouns biasanya terletak di bahagian awal sesuatu ayat itu dan merekalah yang membuat sesuatu perbuatan itu.

    Satu lagi jenis pronouns ialah Object Pronouns atau “Pelakon Tambahan” dalam sesuatu ayat itu. Object pronouns biasanya terletak di bahagian belakang sesuatu ayat itu dan merekalah yang menerima sesuatu perbuatan yang di lakukan oleh Object Pronouns.

    Object pronoun

    me

    you

    her

    him

    it

    us

    them

     

     

    3. I met Aishah yesterday. I gave her my book.

     

    Dalam ayat di atas, I ialah subject pronouns kerana I lah yang melakukan perbuatan itu. her dalam ayat kedua itu pula ialah pronoun yang digunakan untuk menggantikan noun Aishah dalam ayat pertama itu. Oleh kerana her itu merupakan orang yang menerime perbuatan itu (gave) maka ianya adalah Object Pronoun. Adalah salah untuk anda menggunakan Subject Pronoun dalam ayat kedua itu seperti berikut:-

    4 I met Aishah yesterday. I gave she my book.

    Perhatikan yang dalam ayat 4. she digunakan dan ini adalah penggunaan pronoun yang tidak tepat oleh kerana she ialah subject pronoun dan tidak boleh digunakan dalam ayat di atas ini.

    Oleh itu anda perlu ingat apa itu fungsi Pronouns dan perlu berhati-hati menggunakan Object Pronoun dan Subject Pronoun

    ***Nota penuh tentang Pronouns ini diberikan kepada mereka yang join Kelas English Online dan lain-lain aspek pronoun yang diterangkan termasuklah Possessive Pronound dan apa perbezaanya dengan Possessive Adjective.

    Advertisements

    2 comments on “Back To Basic English # 3 – Pronouns

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s