How To Make Money From English!

 

Bagaimana bahasa Inggeris boleh buat duit untuk anda?

Ya, Anda tak salah baca! Bahasa Inggeris boleh buat duit untuk anda! Anda tak perlu buat direct selling dengan jual produk-produk MLM, anda tak perlu melabur dalam Swiss Cash atau join Skim Cepat Kaya Internet atau join Sistem Kutu Internet. Bahasa Inggeris sebenarnya boleh buat duit untuk anda?

Bagaimanapa pula?

Lihat bagaimana penguasaan bahasa Inggeris boleh membantu anda membuat duit dan pada masa yang sama boleh menjimat duit anda!

 

Bagaimana bahasa Inggeris boleh buat duit untuk anda?

 

1.Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baik, anda akan dapat dinaikkan pangkat dalam masa yang lebih cepat dari orang lain. Cepat naik pangkat, cepatlah naik gaji anda. Bila naik pangkat, gaji anda pun akan diselaraskan bersesuaian dengan pangkat baru anda itu. Jadi, orang lain punya gaji naik 3-5%, anda pula dapat kenaikan 10%!

 

2. Mudah dapat kerja – Untuk mereka yang baru tamat belajar, tak kiralah SPM ke, STPM ke atau Ijazahke dan tidak ada pengalaman kerja lagi maka penguasaan bahasa Inggeris anda amat penting untuk mendapatkan kerja idaman anda itu. Jika anda fasih dalam bahasa Inggeris dan calon2 lain yang sama kelayakan dengan anda kurang fasih sudah pasti kerja itu akan menjadi milik anda!

 

3. Mudah tukar kerjaCara paling mudah untuk naik pangkat dan dapat kenaikan gaji yang tinggi ialah dengan bertukar kerja dengan berbekalkan pengalaman kerja yang sedia ada. Banyak organisasi yang sentiasa mencar pekerja yang berpengalaman dan sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi dan menawarkan pelbagai insentif kepada mereka yang berpengalaman ini. Kenaikan gaji paling minima anda boleh dapat sekitar RM300 dan boleh mencecah 4 angka! TAPI biasanya syarikat-syarikat yang besar yang mampu membayar gaji yang tinggi ini berkehendakkan mereka yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam bahasa Melayu dan terutamanya dalam bahasa Inggeris. Ini kerana syarikat-syarikat ini biasanya ialah syarikat-syarikat multinasional dan banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian mereka.

 

4. Boleh buat kerja part timeJika anda tak berminat nak cari kerja lain dan Cuma nak cari pendapatan tambahan penguasaan bahasa Inggeris yang baik amat memudahkan anda buat kerja part time seperti :-

 

1. Jadi cikgu tuition – Dengan pengenalan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk matapelajaran Sains dan Matematik, permintaan untuk cikgu-cikgu tuition bahasa Inggeris semakin meningkat. Kadar tuition paling murah ialah RM30 sejam. Jika anda mengajar cuma 4 jam seminggu, anda sudah boleh buat RM480 sebulan. Jika Cuma 2 jam sehari, iaitu 14 jam seminggu, anda boleh dapat RM1,680!

2. Jadi freelance translator – Kalau anda ada peluang untuk menjadi translator, ianya boleh menjadi satu lubuk emas untuk anda. Ini kerana kadar terjemahan dari BI-BM atau BM-BI amat tinggi. Kadar terjemahan ini biasanya berdasarkan jumlah perkataan dan setiap perkataan dikenakan caj sebanyak RM0.10-0.20. Jadi jika dalam satu muka surat ada 100 patah perkataan, anda sudah dapat RM10!Bayangkan jika anda menterjemah 20,000 patah perkataan, anda sudah dapat RM2,000!

Ada banyak lagi cara yang saya nampak dimana bahasa Inggeris boleh BUAT DUIT untuk anda tapi saya akan sambung di lain artikel ya.. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s