Bahasa Inggeris Mudah Untuk UPSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada semua..

Sebelum ini saya banyak menulis banyak artikel untuk kita yang sudah
dewasa dan Alhamdulillah sudah ada yang dapat menafaat dari artikel-
artikel saya itu.

Saya juga ada menerima pertanyaan dan juga permintaan untuk membuat
kelas English untuk anak-anak mereka yang berada di sekolah rendah.

Saya sudah mula membuat kajian tentang pembelajaran English untuk
tahap UPSR dan untuk itu saya juga akan mula menulis artikel-artikel
yang dapat membantu anda samaada sebagai ibubapa, guru dan juga
sesiapa sahaja yang berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang akan
menghadapi UPSR.

Untuk artikel kali ini saya akan sentuh tentang syllabus pembelajaran
English untuk tahun 1.Syllabus ataupun Sukatan Pelajaran ini adalah
berdasarkan buku “English Year 1 – Sekolah Kebangsaan Textbook” yang
dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila maklumkan kepada saya jika ada sebarang perubahan kepada Sukatan
Pelajaran ini.

Selain dari untuk pelajar yang berada dalam tahun satu saya rasa
artikel ini juga berguna untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak yang
berumur 4-6 tahun oleh kerana dengan mengetahui sukatan pelajaran
tahun satu anda boleh menyediakan anak-anak anda dengan lebih awal.

Berikut adalah beberapa sebab yang saya rasa kenapa kita perlu tahu
Sukatan Pelajaran English ini:-

1. Untuk mereka yang mempunyai anak yang belum masuk Tahun 1 – Anda
dapat menyediakan anak-anak anda dengan awal dengan topik-topik yang
akan diajar dalam tahun Satu.

2. Untuk mereka yang mempunyai anak yang belum masuk Tahun 1 –Anda
lebih sedar apa yang anak anda sedang pelajari dan boleh memantau
perkembangan mereka

Antara masalah yang sering diutarakan oleh ibubapa kepada saya ialah
ketidakfasihan mereka dalam bahasa inggeris sendiri. Ini menyebabkan
mereka merasakan mereka tidak dapat mengajar anak mereka bahasa
inggeris dan ini menyebabkan mereka cuma mengharapkan guru-guru
tadika dan guru-guru sekolah untuk mengajar mereka secara 100%. Ini
bukanlah disebabkan ibubapa ini tidak mahu atau malas nak mengajar
anak-anak mereka tetapi lebih disebabkan kebimbangan dalam diri mereka
yang mereka tidak berkemampuan untuk mengajar anak-anak mereka.

Saya rasa saya faham apa yang ibubapa ini rasai.. Semua ibubapa ingin
kan anak-anak mereka cemerlang dalam bahasa inggeris. Tambahan pula
sekarang dua subjek yang penting iaitu Matematik dan Sains juga diajar
dalam bahasa inggeris. Sudah tentu kelemahan anak-anak dalam bahasa
inggeris akan turut menjejaskan pembejaran anak-anak mereka dalam
subjek matematik dan sains.

Saya rasa semua ibubapa tanpa mengira kemahiran mereka dalam bahasa
inggeris mampu mengajar anak-anak mereka menjadi lebih fasih dan
mahir.

Cuba anda analisa Sukatan Pelajaran Tahun Satu dibawah ini.

Sukatan Pelajaran Matapelajaran English Tahun Satu

1. Hello

1.1 Listen to greetings

1.2 Say greetings

1.3 Read sentences

1.4 Spell

2. Making friends

2.1 Tell your friends about yourself

2.2 Say `Thank you’

2.3 Count 1 to 10

2.4 Name shapes

3. My Body

3.1 Say parts of the body

3.2 Read sentences

4. Places in my school

4.1 Name places in school

4.2 Read sentences

4.3 Listen to instruction

4.4 Follow instruction

4.5 Read a story

5. My Family

5.1 Name family members

5.2 Answer questions

5.3 Talk about your family

6. Learning About

6.1 Name colours

6.2 Name clothes

6.3 Read sentences

6.4 Spell


7. How do I get there?

7.1 Say where you live

7.2 Give directions

7.3 Read a story

8. Today is…

8.1 Say days of the week

8.2 Read sentences

8.3 Read a story

 

9. Let us learn more…

9.1 Talk about parts of the body

9.2 Read a story

10. Let us put it together

10.1 Say time of the day

10.2 Talk about things learned

10.3 Read a story

Anda boleh lihat bahawa dalam Tahun Satu pelajar akan didedahkan
kepada topik-topik yang mudah dan senang difahami.Oleh kerana dengan
menganalisa sukatan pelajaran yang saya berikan ini maka anda bolehlah
cuba berkomunikasi dengan anak-anak anda dalam bahasa inggeris.

Pakar kanak-kanak menyaran seorang dari ibubapa bertutur sepenuhnya
dalam bahasa inggeris dengan anak-anak mereka. Jadi si ibu mungkin
boleh bertutur dengan anak-anak dalam bahasa malaysia dan si bapa pula
bertutur sepenuhnya dengan anak-anak dalam bahasa inggeris. Jika si
bapa tidak berapa fasih mungkin boleh bertutur sekurang-kurangnya 70-
80% dalam bahasa inggeris.

Sebagai contoh dalam Topik Satu iaitu greetings pelajar-pelajar
didedahkan cara-cara untuk bertanya khabar, menegur orang lain dan
juga memperkenalkan diri mereka.Oleh itu anda boleh lah mula bertutur
dengan anak-anak anda dan cuba memperkenalkan kepada mereka cara-cara
yang betul untuk Greetings seperti:-

1. Menyapa orang lain –

1.1 “Hello, Saiful”

1.2 ” Hi. I am Ahmad”

1.3 ” Hello, Saiful. My name is Rosmah”

2. Ucap selamat – Anda boleh tunjukkan kepada anak-anak anda bila
masa yang sesuai untuk guna good morning, afternoon, evening, night
dan juga good bye…Tidak salah jika anda selitkan penggunaan
Assalamualaikum dan sebagainya..

2.1 “Good morning, Saiful”

2.2 ” Assalamualaikum and good morning, father”

2.3 ” Goodbye, mother”

2.4 ” Assalamualaikum and goodbye, mother”

3. Bertanya khabar

3.1 “Good morning, Saiful. How are you today?”

3.2 “Assalamualaikum and good morning, father. How are you
today?”

3.3 “Assalamualaikum and good morning, my son. How do you do?”

3.4 ” Waalalaikumsalam and good morning to you too father. I am
fine thank you”

Jika anda merasakan yang kedua-dua anda sebagai ibubapa lemah dalam
bahasa inggeris jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak
mendedahkan anak-anak anda dengan penggunaan bahasa inggeris pada
peringkat yang lebih awal.

Ada beberapa sumber yang anda boleh gunakan untuk membimbing anak anda
iaitu:-

1. Buku-buku teks dan ulangkaji – Jika anda merasakan yang anda
masih lemah dalam bahasa inggeris cara yang paling `selamat’ ialah
menggunakan buku-buku teks dan juga buku-buku rujukan sebagai sumber
utama anda. Tidak salah anda meniru ayat-ayat yang digunakan dalam
buku-buku tersebut kerana anda akan ayat yang betul dan pada masa yang
sama anda juga akan turut belajar sama.

2. Buku-buku cerita – Kanak-kanak amat suka jika anda membelikan
mereka buku-buku cerita yang mempunyai gambar-gambar dan jalan cerita
yang menarik. Anda boleh membuatkan nya lebih menarik jika anda
membacakan buku cerita itu pada anak-anak anda sambil turut
menggayakan sekali kepada anak anda.

3. Penggunaan `flash card’ – Flash card ialah kad-kad kecil yang
mempunyai gambar dan mempunyai makna dibelakang kad tersebut. Ia
dijual pada harga yang murah dikedai-kedai buku dan hypermarket dan
boleh digunakan dengan berkesan untuk mengajar anak-anak anda
perkataan-perkataan baru.

4. Penggunaan poster – Poster-poster yang mempunyai gambar-gambar
binatang, tubuh badan manusia, nombor-nombor dan lain-lain lagi banyak
dijual dipasaran. Anda boleh tampalkan nya ditempat-tempat yang
strategik di rumah anda untuk memndedahkan anak-anak anda kepada
bahasa Inggeris.

Diharap penerangan saya ini dapat memberi menafaat kepada anda semua
dan sebarang komen, ulasan dan kritikan amat saya alu-alukan.

Terima kasih

 

Advertisements

3 comments on “Bahasa Inggeris Mudah Untuk UPSR

  1. hi….i like english…english is fun….i always get A in subjek english….i hope i can get A in UPSR this September 2008….

  2. SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT PANDANGAN DARI PIHAK TUAN.
    ANAK-ANAK SAYA MEMAHAMI BAHASA INGGERIS TETAPI MEREKA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK BERCAKAP ATAU MEMBALAS BALIK PERCAKAPAN ORANG LAIN DLM BAHASA INGGERIS. MEREKA TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN UNTUK BERCAKAP DLM BAHASA INGGERIS. SAYA CUBA MEMBERI GALAKAN DGN BERKATA TAKPA KALAU SALAH ATAUPUN BIARKAN ORANG LAIN GELAKKAN KITA TP KITA MENCUBA.SAYA CUBA UNTUK MENCARI KELAS2 YG BOLEH MENGAJAR BUKAN SAHAJA B.INGGERIS TP CARA UNTUK COMMUNICATE BALIK DLM B.I. MUNGKIN PIHAK TUAN BOLEH MEMBERIKAN CADANGAN KEPADA SAYA.TERIMAKASIH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s