Memuji dan memotivasi kanak-kanak dalam pengajaran bahasa Inggeris

Memuji dan memotivasi dalam pengajaran

 

Proses pengajaran bahasa Inggeris kepada kanak-kanak dan remaja bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula jika bahasa Inggeris itu adalah satu bahasa yang begitu asing kepada mereka dan persekitaran mereka tidaklah kondusif untuk mereka mempelajarinya. Apa yang penting untuk anda sebagai ibubapa dan pendidik ialah mencari cara bagaimana anda boleh sentiasa mendorong dan memotivasi mereka untuk giat belajar, mengulangkaji dan menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka. Dalam bab ini anda akan didedahkan dengan bagaimana untuk menggunakan pujian dan galakan dalam mengajar anak-anak anda bahasa Inggeris.

 Menggunakan pujian adalah satu cara untuk anda memotivasikan anak-anak atau pelajar-pelajar anda samaada yang masih kecil mahupun yang sudah meningkat remaja. Bagaimanapun mungkin ada segelintir minoriti ibubapa dan juga pendidik yang tidak bersetuju dengan pandangan ini dan merasakan yang menggunakan pujian bukanlah suatu pendekatan yang sesuai untuk memotivasikan anak-anak untuk belajar dan memahiri bahasa Inggeris mereka. Mereka ini berpendapat yang kita terlalu memanjakan anak-anak kita dan terlalu memuji mereka.

 Sebenarnya kita perlu memuji anak-anak mereka dalam proses pembelajaran mereka terutamanya jika mereka mempunyai kecacatan dalam pembelajaran dan memerlukan pujian yang berterusan untuk merasa bagus tentang diri mereka. Bagaimanapun menurut kajian ada juga situasi dimana ibubapa dan pendidik memberi berbakul-bakul pujian kepada anak-anak dan pelajar-pelajar, tapi mereka ini masih mempunyai harga diri yang rendah dna kurang berkeyakinan. Oleh itu sebenarnya, pujian semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menaikkan keyakinan dan rasa harga diri kanak-kanak itu. Pujian itu tidak akan menghasilkan keputusan yang kita mahukan jika ianya tidak dibuat dengan betul dan anda juga perlu ingat yang kaedah memuji ini juga tidak semestinya membuahkan hasil sepanjang masa.

 Untuk sesuatu pujian itu dapat memberi kesan yang positif ianya perlu:

 
1. Tidak di rancang – Untuk memuji anak-anak dan pelajar-pelajar anda, anda perlu ada alasan yang kukuh dan realisik. Pujian itu mestilah berdasarkan peningkatan mereka, pencapaian atau usaha mereka. Sebagai contoh, jika sebelum ini mereka cuma mendapat keputusan sekitar 70% dalam peperiksaan bahasa Inggeris mereka dan atas usaha gigih mereka mendapat keputusan 80% dalam peperiksaan bahasa Inggeris terbaru mereka, anda perlulah mengambil peluang untuk memuji mereka. Dengan cara ini, mereka menyedari yang usaha mereka itu di ambil berat oleh anda dan pujian anda itu akan meninggalkan kesan yang positif kepada mereka.

 
2.   Ikhlas – Anak-anak anda akan dengan mudah mengenalpasti sebarang pujian yang tidak ikhlas. Sebarang pujian yang tidak ikhlas adalah tidak berkesan dan akan menyebabkan mereka merasa yang mereka diperkecil-kecilkan. Pastikan yang pujian-pujian anda itu ihklas dan benar-benar datang dari hati nurani anda agar ianya betul-betul berkesan dan efektif untuk memotivasikan anak-anak dan pelajar-pelajar anda.

 

3.   Kreatif – Anda perlu bersikap kreatif dalam memuji anak-anak anda agar ianya benar-benar dapat memberi impak kepada mereka. Misalnya anda boleh tinggalkan nota tahniah kepada mereka dalam kotak pensil mereka ataupun menghantar kad tahniah secara pos. Sudah tentu cara-cara kreatif sebegini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri mereka.

 

Dipetik dari buku tulisan saya, ‘Cara Mudah Mengajar Anak-Anak Mempelajari Bahasa Inggeris’ yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

 

Hakcipta terpelihara © Perintis Publications

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s