Back To Basic English # 7 – Adverbs

Adverb

 

Adverb atau kata keterangan adalah satu lagi jenis ayat yang utama dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Topik kali ini akan mendedahkan anda kepada definisi adverb  dan juga cara menggunakan  adverb  dengan tepat baik dalam penulisan dan pertuturan bahasa Inggeris anda. Amat penting  untuk anda fahami betul-betul penggunaannya dan pada masa yang sama anda juga perlu fahami perbezaannya dengan adjective  dan jangan campur adukkan penggunaannya. Sama juga seperti jenis perkataan-perkataan yang lain dalam bahasa Inggeris, apabila ada keraguan, jangan lupa untuk merujuk kepada kamus bahasa Inggeris yang komprehensif kerana kamus bahasa Inggeris yang komprehensif akan dapat membimbing anda dari segi definisi sesuatu perkataan itu dan juga cara-cara penggunaannya. Anda mungkin selama ini menyangkakan yang fungsi adverb ini hanyalah untuk digunakan dengan verb tetapi dalam topik ini anda akan lebih faham tentang penggunaannya yang lebih meluas.

 

Definisi

 

Adverb adalah satu jenis perkataan yang menerangkan dengan lebih jelas :-

 

1. Verb – Ini antara fungsi utama sesuatu adverb di mana ianya digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana sesuatu verb  itu dilakukan. Anda telah pelajari dalam topik tentang verb iaitu ianya digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau aksi.  Lihat contoh ayat berikut:-

 

a.   He spoke softly.

Dia bercakap dengan lembut.

 

b.      He drove dangerously.

Dia memandu secara merbahaya.

 

Dalam ayat (a) spoke ialah verb  dan adverb softly pula digunakan untuk menjawab soalan “ How did he speak?” . Jadi jelas yang dalam ayat ini softly digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut  tentang bagaimana verb spoke itu dilakukan.

 

Dalam contoh ayat (b) pula, sekali lagi anda boleh perhatikan yang adverb dangerously digunakan untuk menerangkan bagaimana satu verb, iaitu drove  dilakukan.

 

c.   He spoke soft.

Dia becakap lembut.

 

d.  He drove dangerous.

                       Dia memandu bahaya.

 

Ayat (c) dan (d) pula adalah satu contoh ayat yang salah dari segi tatabahasanya walaupun anda mungkin boleh faham dan mengagak apa yang cuba disampaikan oleh pembuat ayat itu. Ini kerana dalam ayat (c), soft ialah satu adjective dan oleh itu ianya tidak boleh digunakan dalam ayat itu untuk menerangkan bagaimana verb spoke itu dilakukan.

 

Begitu juga dalam ayat (d) dimana dangerous adalah satu adjective  dan adalah tidak tepat dari segi tatabahasa jika digunakan untuk menerangkan verb dalam ayat itu iaitu drove.

 

2. Adjective – Selain dari digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang sesuatu verb itu, adverb juga turut digunakan untuk menerangkan tentang sesuatu adjective. Lihat contoh ayat berikut:-

 

e. He drove a very fast car.

    Dia memandu sebuah kereta yang amat laju.

 

Dalam ayat (e), perkataan fast berfungsi sebagai adjective dimana ianya digunakan untuk menerangkan tentang satu  noun iaitu ‘car’.Bagaimanapun masih ada lagi persoalan yang boleh dijawab dari segi  ‘How fast was his car?’. Untuk menerangkan ‘how fast’ atau ‘berapa laju’ kereta itu dipandu maka anda boleh gunakan perkataan very sebagai adverb dimana ianya akan memberi tahu dengan lebih lanjut tentang berapa laju kereta itu. Ini bermakna, dengan penambahan very kepada ayat itu, ianya telah menukar maksudnya daripada  ‘kereta yang laju’ kepada ‘kereta yang amat laju’.

 

 3. Adverb yang lainAdverb juga boleh digunakan untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang adverb yang lain.

 

f. She moved slowly to her car.

   Dia bergerak perlahan ke kereta beliau.

 

Dalam ayat (f), perkataan slowly  digunakan sebagai adverb untuk menerangkan verb  ‘moved’.  Adverb  slowly ini juga boleh diterangkan lagi untuk menjawab persoalan “How slowly did she move?’. Oleh itu anda boleh tambahkan satu lagi adverb  iaitu ‘quite’ untuk menerangkan adverb ‘ slowly’ dan membuat satu ayat baru seperti dalam (g) berikut:

 

g. She moved quite slowly to her car.

    Dia bergerak dengan agak perlahan ke kereta beliau.

 

Jika anda perhatikan, adverb  digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan :-

 

 

  1. When
  2. Where
  3. Why
  4. How

 

Lihat contoh ayat-ayat  di bawah.

 

 

 

Contoh ayat

Perkataan yang diterangkan

Persoalan

Adverb / Adverb phrase

1

The teacher will arrive soon.

verb = arrive

when?

soon

2

Haziq hid the keys nearby.

verb = hid

where?

nearby

3

He ate a lot because he was hungry.

verb = ate

why?

because he was hungry

4

She spoke softly.

verb = spoke

how?

softly

 

Advertisements

One comment on “Back To Basic English # 7 – Adverbs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s