Back To Basic English # 8 – Articles

Articles

Articles atau kata sandang ialah penggunaan a, an dan the dalam bahasa Inggeris. Lihat penerangan berikut untuk membantu anda dalam penggunaan articles dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris anda.

1.

 

Penggunaan ‘a’ – ‘a’ ialah sejenis indefinite articles yang digunakan untuk objek yang tidak spesifik.

Oleh itu anda perlu gunakan ‘a’ jika anda tahu yang pendengar itu tidak mengetahui atau tidak biasa dengan nouns yang sedang anda pertuturkan itu.

Cth : 1. I saw a dog yesterday.

Dalam contoh di atas, anda patut gunakan ‘a’ kerana pembaca atau pendengar ayat anda itu tidak tahu dog  atau anjing yang mana satu yang anda maksudkan. Ini bermakna anda sedang merujuk kepada  nouns  yang tidak spesifk dan oleh itu anda tidak boleh menggunakan ayat:-

          2. I saw the dog ysterday.

1. Penggunaan ‘an’ – ‘an’ juga merupakan sejenis indefinite articles yang digunakan untuk objek yang tidak spesifik.yang mempunyai bunyi vowels (a,e,i,o,u). Ini bermakna yang peraturan menggunakan ‘an’ bukan bermakna yang ianya mesti digunakan dengan nouns yang bermula dengan ejaannya dengan vowels (a,e,i,o,u) tetapi ‘an’ ini mesti digunakan dengan nouns yang berbunyi (a,e,i,o,u).

1.1 Article ‘an’ digunakan dengan nouns yang bermula dengan (a,e,i,o,u) dan mempunyai bunyi (a,e,i,o,u).

Kita biasa dengan penggunaan an’ dalam situasi sebegini seperti dalam contoh-contoh berikut:-

1. I ate an apple just now.

2. He left an umbrella in the bus yesterday.

3. Ali gave me an orange this morning.

Dalam ketiga-tiga contoh ini anda boleh lihat yang apple, orange dan umrella itu bermula dengan (a,ei,o,u) . Ini bagaimanapun bukan bermakna yang setiap nouns yang bermula dengan (a,e,i,o,u) itu perlu anda gunakan dengan ‘an’. Cuba lihat penerangan berikut.

1.2 Article ‘an’ digunakan dengan nouns yang tidak bermula dengan (a,e,i,o,u) tetapi mempunyai bunyi awalan (a,e,i,o,u).

Nouns

Bunyi

Contoh ayat

1.

Hour

aa

I’ll be there in an hour.

2.

honest

oo

He is an honest man.

3.

FBI

eff

An FBI agent was murdered yesteredy.

4.

Honour

Oo

“It is an honour to meet you”

5.

Heiress

ee

Paris is an heiress to the Hilton’s family.

1.3 Article ‘an’ tidak digunakan dengan nouns yang mempunyai huruf awalan(a,e,i,o,u) jika bunyi awalannya bukan bermula dengan (a,e,i,o,u) .

Nouns

Huruf pertama

Bunyi awalan

Contoh ayat

6.

university

U

yew

I am studying in a university.

7.

European

E

yew

John is a European.

8.

unicorn

U

yew

A unicorn is a mythical animals.

9.

unique

U

yew

He told me a unique story.

10.

uniform

U

Yew

Heis wearing a uniform.

n