Back To Basic Personal Finance # 1 – Budget

“People don’t plan to fail but Fail to plan.”

atau bolehlah saya terjemahkan

“Orang tidak Merancang Untuk Gagal tapi Gagal Merancang”

Saya terdorong untuk memulakan siri ini kerana saya risau akan masa depan kita di Malaysia ini dengan harga barangan yang setiap hari semakin meningkat. Tambahan pula bila memikirkan yang tahun 2008 akan menyaksikan kenaikan kebanyakan tol-tol lebuhraya dan juga harga petrol dan juga diesel memandangkan harga minyak dunia yang sekitar USD90-100 setong.

Walau banyak mana sekalipun gaji atau pendapatan kita, ianya tiadak akan pernah cukup jika kita tidak merancang dengan betul penggunaannya. Itulah sebabnya kita perlu merancang kewangan kita agar kehidupan kita akan lebih tenang dan terjamin. Ini adalah lebih penting jika kita telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan-tangungan lain yang mengharapkan kita untuk menjaga dan membela mereka.

Menggunakan budget amat penting untuk membolehkan kita merancang perbelanjaan dan simpanan dan pelaburan kita.Ianya seumpama Cash Flow yang amat penting untuk syarikat dan organisasi dalam menentukan aliran tunai kita. Walaupun akan berkata, “Aku ni bukannya berniaga, kenapa pulak nak buat aliran tunai pulak?” Hakikatnya oleh kerana kehidupan kita melibatkan pendapatan dan perbelajaan maka kita sebenarnya umpama sebuah syarikat juga.

Dalam merangka budget anda itu anda perlu mengambil kira aspek-aspek berikut:-

1. Keperluan perbelanjaan seharian – Daily expenses

2. Keperluan perbelanjaan tetap – Pinjaman perumahan, kereta, bil2 dan sebagainya.

3. Perbelanjaan kecemasan – Contigency expenses untuk apa-apa perbelajaan luar jangka seperti bil klinik, repair kereta dan sebagainya.

4. Simpanan dan Pelaburan – Untuk menggandakan wang yang sedia ada untuk tujuan perbelajaan masa akan datang (eg pergi Haji, melancong dsbnya) dan juga untuk kegunaan di hari tua menampung duit EPF bila anda sudah tidak bekerja lagi.

Empat faktor inilah yang perlu anda ambil kira apabila anda ingin merangkakan budget untuk anda dan keluarga anda.

Saya akan cerita lagi tentang budget ini di dalam artikel saya yang akan datang. Oleh kerana saya masih baru dalam penulisan Personal Finance ini, apa-apa komen atau ada yang anda rasa saya perlu tambah sila hantar ke email saya di cikgutuition@yahoo.com

Advertisements

One comment on “Back To Basic Personal Finance # 1 – Budget

  1. sangat bernas kupasan ni.saya setuju..muda mudi masa kini kurang menyedari betapa perlunya mengawal dan yg lebih penting merancang perbelanjaan..pada mereka,tidak ada duit,cuma perlu mintak pada ibu bapa..kan senang,cuma telefon saja..
    saya lihat muda mudi sebaya saya (20an) juga masih tidak menyedari tentang perlunya simpanan dan pelaburan..bagi mereka,bila dah ‘banyak duit’ baru nak mula menyimpan.itu kata mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s