Back To The Basics of English – Plural Nouns (Revised edition)

Back To The Basics English # 2 – Plural Nouns

Dalam bahasa Inggeris, apabila sesuatu nouns itu jumlahnya lebih dari satu maka ianya akan bertukar bentuk menjadi plural nouns. Bagaimanapun bukan semua nouns ada bentuk plural. Nouns yang berbentuk uncountable seperti smoke, fire, water hanya berbentuk singular sahaja.

Gunakan kamus yang bagus dan lengkap untuk membantu anda mengetahui samaada sesuatu nouns itu ialah countable nouns atau uncountable nouns. Kamus yang saya sarankan kepada pelajar-pelajar saya iaitu Kamus Oxford Englih-English-Malay meletakkan tanda C selepas countable nouns dan tanda U selepas uncountable nouns

Anda juga boleh menggunakan kamus untuk melihat bentuk plural untuk nouns2 tertentu tetapi perlu diingatkan yang bukan semua plural akan diberikan dalam kamus anda itu.

Anda mungkin sudah biasa dengan penggunaan ‘s’ dihujung sesuatu nouns untuk menunjukkan jumlah lebih dari satu tetapi ejaan plural nouns ini bukan sekadar menambahakn ‘s’ sahaja di hujung nouns itu. Ada beberapa bentuk plural nouns yang perlu anda ketahui seperti yang diterangkan berikut:

1. Kebanyakan nouns

Kebanyakan nouns cuma perlu tambah ‘s’ untuk menukarnya menjadi plural noun

Contoh

One book – two books; one cup – many cups; one sprout – several sprouts

 

2. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan ch, sh, s, x, atau z

Cuma tambah –es

Contoh

 

1. One batch – two batches

2. A bush – several bushes

3. a bus two buses

4. One box two boxes

5. A buzz – several buzzes

3. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan huruf vokal dan y

Cuma tambah -s

Contoh

one boy – two boys; one day – two days;

4. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan konsonan dan y

Tukarkan ‘y’ menjadi ‘ ies’

Contoh

one baby, two babies; one country, two countries;

5. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan f atau fe

Tukarkan akhiran -f atau –fe , buangkan -f atau –fe itu dan tambahkan -ves

Contoh

one elf – two elves; one loaf – many loaves; one thief – several thieves

Pengecualian

A chief – two chiefs, one cliff – several cliffs

6. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan o

Cuma tambah -s

Contoh

one kangaroo – two kangaroos; one piano two pianos; one video – two videos

7. Sesetengah nouns yang berakhir dengan konsonan dan o

Tambah -es di akhir perkataan itu.

Contoh

one hero, two heroes; one potato, two potatoes; one volcano, two volcanoes

8. Nouns yang betukar bentuk bila dalam bentuk Plural

Anda perlu tahu bentuk plural nouns ini.

1. a child – two children

2. one man – many men

3. a woman – several women

4. one mouse – a couple of mice

5. a person – many people

9. Nouns yang memang dalam bentuk Plural

Ini adalah nouns yang memang dalam bentuk plural oleh kerana ianya adalah dalam pasangan ( in pairs)

1. trousers

2. pants

3. spectacles

4. jeans

5. chopsticks

6. binoculars

7. gogles

9. Nouns yang tidak berubah untuk bentuk Plural

Ini adalah nouns yang memang dalam bentuk plural nay sama dengan bentuk singularnya.

1. one sheep – two sheep

2. a fish – several fish (bentuk lama ‘fishes’ masih boleh digunakan)

3. a cod – many cod

Nota – Penggunaan Verb dengan nouns ini adalah bergantung kepada samaada ianya digunakan sebagai singular atau plural.

1. One sheep is missing – Menggunakan Verb ‘is’ oleh kerana sheep dalam ayat ini merujuk kepada seekor sahaja sheep (singular)

2. Two sheep are missing – Menggunakan Verb ‘are’ oleh kerana sheep dalam ayat ini merujuk kepada dua ekor sheep (plural kerana kuantiti lebih daripada satu)

Advertisements

2 comments on “Back To The Basics of English – Plural Nouns (Revised edition)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s