My latest book is out!

Cara Mudah Mengajar

 

Sains &Matematik

 

DalamBahasa Inggeris

 

Untuk Sekolah Rendah

 


Photobucket

 

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah menjadi satu cabaran besar kepada guru-guru mata pelajaran Sains dan Matematik kerana pengajaran mata pelajaran ini bukan lagi sekadar melibatkan pemahaman Sains dan Matematik tetapi turut melibatkan pemahaman murid-murid dalam bahasa Inggeris. Guru-guru bukan sahaja setakat perlu mengajar konsep-konsep dalam Sains dan Matematik tetapi juga perlu menyelitkan unsur-unsur pemelajaran Bahasa Inggeris agar murid-murid mereka tidak ketinggalan dalam mata pelajaran ini akibat kelemahan dalam penguasaan bahasa.

Diharapkan buku ini dapat mencetuskan idea-idea kepada guru-guru tentang teknik-teknik untuk menyerapkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Teknik-teknik yang disarankan dalam buku ini memang telah terbukti keberkesanannya untuk mempermudah proses pemelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Teknik-teknik yang digunakan dalam buku ini amat sesuai untuk murid-murid yang bahasa Inggeris merupakan bahasa asing kepada mereka.

 

Kandungan

 

1. Pengenalan
1.1 Kenapa buku ini ditulis?
1.2 Cara untuk memaksimumkan penggunaan buku ini

2. Teknik Penggunaan Kad Imbasan
2.1 Kenapa penggunaan kad imbasan amat efektif?
2.2 Faktor yang perlu diambil kira dalam menggunakan kad imbasan
2.3 Penggunaan kad imbasan dalam mengulang kaji topik-topik mata pelajaran Sains
2.3.1 Penggunaan kad imbasan untuk mata pelajaran Sains Tahun 6
2.4 Penggunaan kad imbasan dalam mengulang kaji topik-topik mata pelajaran

            Matematik Tahun 6
2.5 Buat sendiri kad imbasan anda!
2.6 Aktiviti-aktiviti menggunakan kad imbasan
2.7 Penggunaan kad imbasan dalam kelas
2.7.1 Aktiviti Pemahaman
2.7.2 Aktiviti Pengulangan
2.7.3 Aktiviti Penghasilan
2.8 Bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan kad imbasan?

3. Teknik Penggunaan Poster dan Gambar Rajah
3.1 Penggunaan poster dan gambar rajah
3.2 Penggunaan poster dalam pemelajaran Sains Tahun 6
3.3 Penggunaan poster dalam pemelajaran Matematik Tahun 6

4. Teknik Penggunaan Lembaran Kerja
4.1 Apakah itu lembaran kerja?
4.2 Penyediaan lembaran kerja yang sesuai
4.3 Penggunaan lembaran kerja dalam mata pelajaran Sains Tahun 6
4.3.1 Contoh aktiviti lembaran kerja
4.4 Penggunaan lembaran kerja dalam mata pelajaran Matematik Tahun 6

5. Teknik Penggunaan Kad Perkataan
5.1 Apakah itu kad perkataan?
5.2 Penggunaan kad perkataan untuk kosa kata
5.4 Penggunaan kad perkataan untuk konsep-konsep Sains dan Matematik

6. Aktiviti-aktiviti Untuk Mata Pelajaran Sains
7.1 Fishing for Words
7.2 Fishing for Words – My Five Senses
7.3 Matching Game
7.4 Who Am I
7.5 Search Game
7.6 Bring Me

7. Aktiviti-aktiviti Untuk Mata Pelajaran Matematik
6.1 Mathematics Relay Race
6.2 Math King
6.3 Monster Math
6.4 Show Me the Money!!


8. Penutup

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s