Back To Basic English # 9 – Verb TO BE

Verb ‘To Be’

Verb TO BE merujuk kepada kata dasar BE yang amat luas penggunaannya. BE sebenarnya merujuk kepada beberapa perkataan-perkataan lain yang dikategorikan sebagai verb dalam bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ini merupakan auxiliary verb atau turut dikenali sebagai helping verb.

Verb TO BE ini bukanlah Verb yang menunjukkan perbuatan seperti talk, walk, sleep dan sebagainya tetapi ianya digunakan untuk membantu dalam ayat dan secara amnya digunakan untuk membantu dari segi menunjukkan MASA tentang sesuatu itu.

Perkataan-perkataan yang terletak bawah Verb TO BE ini ialah :-

Verb TO BE

Fungsi

1.

be

Kata dasar

2.

am, is , are

Present Tenses – Kala Sekarang

3.

was, were

Past Tenses – Kala Masa Lepas

4.

being

Present Participle – Kala Sedang Berlaku

5.

been

Past Participle

6.

will be / going to be

Future Tenses – Kala Masa hadapan

Penggunaan Verb TO BE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktor iaitu:-

1. Masa – Secara amnya MASA kita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present – Sekarang dan menggunakan Present Tenses.

ii. Past – Sudah lepas dan menggunakan Past Tenses

iii. Future – Akan berlaku dan menggunakan Future Tenses

2. Subject – Subject merujuk kepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telah kategorikan subject kepada lima jenis iaitu:-

i. I – digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama

ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yang beliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua

iii. Singular – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalah Kata Ganti Nama Ketiga

iv. Plural – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidak boleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus Oxford Dictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.

3. Subject Verb Agreement – Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO BE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telah diterangkan sebelum ini.

Subject

Example

Present Tense

Past Tense

Future Tense

I

I

am

was

will be / am going to be

You

You

are

were

will be / are going to be

Plural – Nouns/Pronouns

students

we/they

are

were

will be / are going to be

Singular – Nouns/Pronouns

Ali, Garfield, student, Putrajaya

he / she / it

is

was

will be / is going to be

Uncountable Nouns

coffee, tea, sand, water

is

was

will be / is going to be

4. Penggunaan Verb TO BE.

Berikut adalah Penggunaan Verb TO BE secara am:-

1. Untuk memberi maklumat lebih lanjut tentang sesuatu nouns itu seperti:-

i. nama

ii. umur

iii. pekerjaan

iv. kerakyatan

v. bangsa

Contoh :-

1. I am 40 years old this year. (Guna present tense ‘am’ sebab fakta ini

betul SEKARANG)

2. I was 39 years old last year. (Guna Past tense ‘was’ sebab fakta ini

betul DI MASA LEPAS)

3. I will be 41 years old in July. (Guna Future tense ‘will be’ sebab

fakta ini akan betul DI MASA AKAN DATANG)

2. Untuk menunjukkan lokasi atau kedudukan sesuatu Nouns itu.

Contoh :-

1. Ali is in Ipoh today. (Guna present tense ‘is’ sebab fakta ini

betul SEKARANG dan Ali ialah SINGULAR)

2. Ali was in Ipoh last week . (Guna Past tense ‘was’ sebab Ali berada

di Ipoh DI MASA LEPAS)

3. I will be in Ipoh tomorrow. (Guna Future tense ‘will be’ sebab

Ali akan berada di Ipoh DI MASA AKAN DATANG). Nota: Anda juga boleh

gantikan ‘will be’ dengan ‘am going to be’

3. Untuk menyatakan tarih, hari, masa, bulan, tahun dan sebagainya.

Contoh :-

1. Today is Monday. (Guna present tense ‘is’ sebab digunakan untuk menunjukkan hari yang betul SEKARANG)

2. Yesterday was Sunday . (Guna Past tense ‘was’ sebab digunakan untuk menunjukkan hari yang betul DI MASA LEPAS iaitu semalam)

3. Tomorrow is going to be Tuesday. (Guna Future tense ‘is going to be’ sebab digunakan untuk menunjukkan hari yang betul DI MASA AKAN DATANG). Nota: Anda juga boleh gantikan ‘is going to be’ dengan ‘will be’

4. Untuk menyatakan perasaan, keadaan atau situasi sesautu Nouns itu dengan menggunakan Adjectives.

Contoh :-

1. The boys are hungry. (Guna present tense ‘are’ sebab digunakan untuk menunjukkan yang budak-budak itu lapar SEKARANG. ‘Are’ digunakan dan bukan ‘is’ sebab ‘boys’ ialah plural nouns)

2. The boys were hungry last night. (Guna Past tense ‘were’ sebab digunakan untuk menunjukkan yang budak-budak itu lapar DI MASA LEPAS iaitu last night)

3. The boys are going to be if they don’t eat now. (Guna Future tense ‘are going to’ sebab digunakan untuk menunjukkan yang budak-budak itu akan lapar DI MASA AKAN DATANG. Anda boleh juga gunakan ‘will be’)

Kursus Fundamentals of English Commuication saya akan bermula Jun nanti. Hubungi saya di cikgutuitin@yahoo.com atau di 019-3090711.

Advertisements

One comment on “Back To Basic English # 9 – Verb TO BE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s