Pengenalan kepada Verbs, Verb to Be dan Verb to HAVE

Verb

Verb ialah satu perkataan menunjukkan aksi atau keadaan. Apa sahaja yang anda buat boleh diekpresikan dengan Verb.

Satu ayat boleh mempunyai satu sahaja perkataan kalau perkataan itu ialah Verb. Play! Stop! Run!

Secara amnya, penggunaan verb dalam bahasa Inggeris ini agak sama dengan penggunaannya dalam bahasa Melayu dimana ianya digunakan untuk menerangkan atau menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Bagaimanapun penggunaan verb dalam bahasa Inggeris juga adalah amat berbeza sekali dengan penggunaan kata kerja dalam bahasa Melayu oleh kerana di dalam bahasa Inggeris, verb akan ditukar-tukar bentuknya untuk menukarkan makna verb tersebut.

I work; She works; I worked; I have worked; I am working

Jika anda perhatikan dalam contoh di atas, jelas yang verb asal iaitu work telah ditukar-tukar kan bentuknya menjadi:-

1. worked

2. work

3. will work

Perubahan dalam verb di atas adalah untuk menunjukkan bila verb itu berlaku iaitu samaada verb itu berlaku di:

1. Past – di masa lepas

2. Present – pada waktu sekarang

3. Future – pada masa akan datang

Ini berlainan dengan konsep penggunaan verb dalam bahasa Melayu di mana bentuk verb itu tidak berubah walaupun masa verb itu berlaku berbeza-beza. Dalam bahasa Melayu , verb tidak ditukar bentuknya tetapi penunjuk masa pula digunakan untuk menunjukkan bilakah perbuatan itu berlaku. Lihat contoh penggunaan verb dalam bahasa Melayu:-

1. sudah bekerja

2. sedang bekerja

3. akan bekerja

Oleh itu amat penting untuk anda tidak berfikir dalam bahasa Melayu apabila anda menggunakan verb dalam bahasa Inggeris. Penerangan lebih lanjut tentang penggunaan verb dalam pelbagai bentuk akan diterangkan dalam topik Verb Tenses.

Verb

A verb is a word that shows action or being. Whatever you are doing can be expressed by a verb.

Verb ialah satu perkataan menunjukkan aksi atau keadaan. Apa sahaja yang anda buat boleh diekpresikan dengan Verb.

A sentence can have only one word as long as that word is a verb. Play! Stop! Run!

Satu ayat boleh mempunyai satu sahaja perkataan kalau perkataan itu ialah Verb. Play! Stop! Run!

Secara amnya, penggunaan verb dalam bahasa Inggeris ini agak sama dengan penggunaannya dalam bahasa Melayu dimana ianya digunakan untuk menerangkan atau menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Bagaimanapun penggunaan verb dalam bahasa Inggeris juga adalah amat berbeza sekali dengan penggunaan kata kerja dalam bahasa Melayu oleh kerana di dalam bahasa Inggeris, verb akan ditukar-tukar bentuknya untuk menukarkan makna verb tersebut.

I work; She works; I worked; I have worked; I am working

Jika anda perhatikan dalam contoh di atas, jelas yang verb asal iaitu work telah ditukar-tukar kan bentuknya menjadi:-

4. worked

5. work

6. will work

Perubahan dalam verb di atas adalah untuk menunjukkan bila verb itu berlaku iaitu samaada verb itu berlaku di:

4. Past – di masa lepas

5. Present – pada waktu sekarang

6. Future – pada masa akan datang

Ini berlainan dengan konsep penggunaan verb dalam bahasa Melayu di mana bentuk verb itu tidak berubah walaupun masa verb itu berlaku berbeza-beza. Dalam bahasa Melayu , verb tidak ditukar bentuknya tetapi penunjuk masa pula digunakan untuk menunjukkan bilakah perbuatan itu berlaku.

Lihat contoh penggunaan verb dalam bahasa Melayu:-

4. sudah bekerja

5. sedang bekerja

6. akan bekerja

Oleh itu amat penting untuk anda tidak berfikir dalam bahasa Melayu apabila anda menggunakan verb dalam bahasa Inggeris. Penerangan lebih lanjut tentang penggunaan verb dalam pelbagai bentuk akan diterangkan dalam topik Verb Tenses.


Verb ‘To Be’

Perkataan-perkataan seperti ‘am’ , ‘is’ , ‘are’, ‘was’ dan ‘were’ juga dikategorikan sebagai verb dalam bahasa Inggeris. Perkataan-perkataan ini merupakan auxiliary verb atau turut dikenali sebagai helping verb. Verb jenis ini ialah antara jenis verb yang paling banyak digunakan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu adalah penting untuk anda memahami betul-betul topik ini oleh kerana anda akan banyak menggunakan jenis verb ini dalam penulisan dan percakapan bahasa Inggeris anda setiap hari. Penerangan dan contoh-contoh penggunaan verb to be dalam topik ini adalah berdasarkan fungsi verb to be itu.

Penggunaan verb to be akan bergantung kepada bila sesuatu itu berlaku dan Time Indicator di bawah ini boleh membantu anda dari segi bilakah anda perlu gunakan verb to be yang sesuai.

Time Indicator For Verb To Be

Past

Present

Future

yesterday

just now

a moment ago

last week

last year

in 2005

three days ago

now

this year

right now

currently

this week

at the moment

presently

this moment

tomorrow

next week

in 2008

one hour from now

two months from now

later

afterwards

Dengan menggunakan Time Indicator yang diberikan di atas. Anda boleh pastikan apakah jenis verb to be yang perlu anda gunakan. Sebagai contoh, jika anda ingin menceritakan sesuatu yang berlaku yesterday maka anda boleh lihat dalam jadual yang diberikan yang yesterday terletak dalam Past. Ini bermakna yang ayat anda ingin menerangkan atau menceritakan tentang sesuatu yang telah pun berlaku di masa lepas. Oleh itu anda perlulah gunakan verb to be untuk Past iaitu samaada was atau pun were. Jika anda tertanya-tanya, “Bila pula saya patut gunakan was dan bila pula patut saya gunakan were?” Penggunaannya pula bergantung kepada nouns dan pronouns yang akan anda gunakan. Sila rujuk pula kepada Subject Verb Agreement berikut.

Subject Verb Agreement

Subject

Example

Present Tense

Past Tense

Future Tense

I

I

am

was

will be / am going to be

You

You

are

were

will be / are going to be

Plural – Nouns/Pronouns

we/they/students

are

were

will be / are going to be

Singular – Nouns/Pronouns

He/she/it/Ali/student

is

was

will be / is going to be

Uncountable Nouns

coffee,tea,sand,water

is

was

will be / is going to be

Jadual Subject Verb Agreement di atas boleh anda gunakan untuk membimbing anda dari segi penggunaan verb to be yang tepat dan sesuai. Jika anda lihat dalam ruangan Subject anda boleh lihat yang ianya ada lima kategori iaitu:-

1. I

2. You

3. Plural Nouns

4. Singular Nouns

5. Uncountable Nouns

Apakah itu plural nouns, singular nouns dan juga uncountable nouns sudah pun diterangkan sebelum ini dalam topik Nouns. Bagaimanapun anda boleh lihat contoh-contohnya dalam ruangan Example.

Dalam penerangan di Time Indicator anda ingin membuat ayat dengan penunjuk masa yesterday dan ini memerlukan anda menggunakan verb to be dalam bentuk Past.

was

Yesterday

were

Oleh itu anda sudah tahu yang bila anda menggunakan yesterday anda perlu menggunakan verb to be was ataupun were. Selepas itu semak pula jadual Jadual Subject Verb Agreement yang diberikan. Anda boleh lihat yang penggunaan was atau were bergantung kepada jenis Subject yang akan anda gunakan dalam ayat anda itu.

I – was

you – were

yesterday

singular nouns – was

plural nouns – were

uncountable nouns– was

Oleh itu, bila anda menggunakan yesterday anda akan menggunakan verb to be was ataupun were berdasarkan gambarajah di atas. Ayat anda akan dalam bentuk seperti contoh-contoh berikut:-

1. I was in Ipoh yesterday.

2. You were in Ipoh yesterday.

3. He was in Ipoh yesterday.

They were in Ipoh yesterday.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s