Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 1 – Bagaimana ianya bermula?

Kebelakangan ini kita dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amat serius yang berlaku di Amerika Syarikat. Saya sendiri amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang krisis ekonomi ini kerana walaupun mungkin ramai daripada kita yang kurang bersetuju dengan tindakan2 AS di dunia ini, kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomi AS merudum, ianya akan mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklah juga ekonomi Malaysia.

Indeks bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengan didahuli oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeks jatuh sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Street turun di bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jones turun ke 9,955.50 iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikan negara-negara yang berdagang dengan kita seperti mempertingkatkan perdangangan dengan Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesan sampingan atau ‘side effect’ daripada krisis ekonomi di AS oleh kerana negara-negara di dunia ini :-

1. Banyak berdagang dengan AS – Mengikut US Census Bereau, China mengeksport barangan berjumlah USD321 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber – http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5700.html#2007 )

Jepun pula mengeksport barangan berjumlah USD145 bilion dalam tahun 2007.

(Sumber – http://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5880.html#2007 )

Malaysia juga banyak mengeksport barangang ke AS dan pada tahun 2007 kita mengeksport USD32.6 billion dalam tahun 2007.

2. Banyak memegang US Treasury Bond – US Treasury Bond ialah Bon Perbendaharaan Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh kerajaan AS untuk membiayaai defisit perbelanjaan negara mereka. Defisit berlaku oleh kerana kerajaan AS berbelanja lebih daripada pendapatan mereka.

Menurut Chinadaily.com pada June 2008, China memegang USD $503.8 billion US treasury bonds.

(Sumber http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-08/18/content_6947539.htm )

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, harga Bond akan jatuh dan ini akan menjejaskan aset China dan secara tidak lansung turut akan menjejaskan perdagangan China dengan Malaysia.

3. Banyak memegang US dollar dan juga membayar perdagangan dalam US Dollar.

Banyak negara-negara di dunia ini yang memegang US dollar sebagai currence reseves mereka iaitu untuk mengukuhkan nilai matawang mereka. Sebagai contoh, Malaysia juga memegang US dollar dan lain2 matawang yang sekarang berjumlah USD119 billion pada bulan September 2008. (Sumber : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111)

Perdagangan antarabangsa juga banyak menggunakan US dollar sebagai mekanisma pembayaran.

Bila berlaku krisis ekonomi di AS, ada kemungkinan besar nilai US Dollar akan jatuh teruk dan ini akan menjejaskan:-

1. Nilai Foreign Currency reserves kebanyakan negara2.

2. Nilai barangan yang akan diterima dalam matawang tempatan. – Sebagai contoh, jika Malaysia telah memasuki kontrak untuk menjual minyak kelapa sawit pada harga USD100 juta dan USD jatuh dari USD1=RM3.5 kepada USD1=RM3 maka:-

i. Harga sawit jika 1USD= RM3.5 = RM350 juta

ii. Harga sawit jika 1USD= RM3 = RM300 juta

Dalam contoh di atas, Malaysia telah kerugian sebanyak RM50 juta akibat kejatuhan USD. Ini bermakna, eksport-eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia akan mendapat hasil yang berkurangan dalam Ringgit Malaysia.

Apakah PUNCA kriris Ekonomi di AS?

Jika anda ada mengikuti perkembangan krisis ekonomi di AS anda akan lihat yang ianya bermula daripada kerugian dan juga kebankrapan bank-bank besar di AS. Anda semua tahu yang bank-bank dan institusi kewangan di mana-mana negara merupakan tunjang ekonomi sesuatu negara dan jika ianya mula tumbang, eknomi negara itu akan turut tumbang dan jika negara yang tumbang itu ialah satu negara gergasi seperti AS maka ianya akan tumbang dan mencederakan banyaki negara-negara di dunia ini.

Menurut BBC News (Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm) bank2 di AS sudah mengalami kerugian sebanyak USD60 billion.

Kerugian ini berpunca apabila struktur pembiayaan perumahan di AS berubah. Biasanya bank2 seperti di Malaysia akan menggunakan wang yang mereka dapat dari pendeposit untuk dipinjamkan ke peminjam. Oleh itu dalam keadaan normal, bank menggunakan wang yang ada di bank mereka untuk memberi pinjaman dan bank akan membuat keuntungan dari perbezaan faedah.

Sebagai contoh:-

Bank A terima RM100 juta deposit dan membayar faedah sebanyak 5% kepada pendeposit.

Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Bank akan menggunakan sebahagian daripada RM100 juta itu untuk menwarkan pinjaman kepada yang memerlukan. Sebagai contoh bank Malaysia mungkin hanya dibenarkan untuk menggunakan 80% sahaja daripada deposit ie RM80 juta

Bank A pinjamkan RM80juta kepada peminjam pada faedah sebanyak 10% kepada pendeposit.

Hasil faedah = 10% X 80 juta
= 8 juta setahun

Dari contoh mudah ini Bank telah membuat keuntungan kasar sebanyak RM3 juta.

Kos faedah = 5% X 100 juta
= 5 juta setahun

Ini ialah model tradisional dalam proses pinjaman bank.

Bagaimanapun, bank-bank di AS telah menggunakan model yang berbeza dimana mereka mendapatkan dana daripada pihak ketiga iaitu mereka telah menjual Pinjaman perumahan mereka kepada pihak ketiga dan dengan itu mereka tidak perlu ada banyak deposit untuk memberi pinjaman2 yang besar.

Cth:-

Deposit diterima Bank A – RM100 juta
Dana dari pendeposit untuk dipinjamkan – RM80juta (80% dari deposit)
Dana dari Pihak ketiga – RM100 juta

Jumlah yang boleh dipinjamkan – RM180 juta

Dalam contoh di atas, Bank A boleh meminjamkan RM180 juta jika mengikut model ini berbanding dengan RM80 juta sahaja dalam Model Tradisional.

Bank A bagaimanapun perlu mengutip ansuran dari peminjam untuk RM100 juta yang didapati dari Pihak Ketiga itu dan bank akan menerima yuran perkhidmatan atau ‘fee’ dari pinjaman itu.

Malangnya dalam keghairahan bank2 membuat untung, mereka telah cuai dalam menganalisa peminjam dan kelayakan mereka. Bank2 telah memberikan pinjaman yang tinggi kepada mereka yang tidak layak dan ini menyebabkan ramai pemnjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman merekd dan banyak rumah telah dirampas dan dilelong.

Bank A dalam contoh di atas sebenarnya berhutang RM100 juta dengan Pihak Ketiga itu dan jika peminjam gagal bayar, Bank A yang perlu menanggungnya. Jika Bank A gagal membayar RM100 juta itu,Bank A boleh di saman dan boleh bankrap. Sudah tentu Bank A akan menghadapi masalah oleh kerana jumlah deposit mereka pun cuma RM100 juta dan mereka tidak boleh menggunakan semua jumlah itu untuk membayar hutang mereka itu.

Saya akan menulis lagi tentang krisis eknomi ini dalam masa terdekat dan jika anda ada kesempatan cuba baca artikel di http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7073131.stm yang menerangkan dengan jelas tentang punca Krisis Ekonomi di AS sekarang ini.

Advertisements

One comment on “Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 1 – Bagaimana ianya bermula?

  1. sangat menarik.,sy nk tahu lebih lanjut bagaimana ekonomi dunia di jalankan.,saudara mulakan dari zero.,sy akn cuba fahaminya.,terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s