Back to Basic English # 10 – Verb TO HAVE

Verb ‘To HAVE’ – part one

Sebelum ini dalam siri Back To Basic English #9 saya telah menerangkan tentang Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting iaitu Verb TO BE.

Selain dari Verb TO BE, Verb TO HAVE ialah satu lagi Auxiliary Verb atau Verb Pembantu yang penting. Verb TO HAVE mempunyai banyak fungsi dan antara fungi utamanya ialah untuk menunjukkan pemilikan. Verb TO HAVE juga digunakan untuk pelbagai tujuan dalam bahasa Inggeris.  Dalam siri #10 ini saya akan menerangkan penggunaan Verb TO HAVE dari segi bentuk-bentuk ia dan juga penggunaan ia.

Perkataan-perkataan yang terletak bawah Verb TO HAVE ini ialah :-

Verb TO HAVE Jenis
1. have Infinitive / Simple form / Kata dasar
2. has Present Tenses – digunakan dengan Singular nouns dan Uncountable nouns.
3. had Past Tense – Kala Masa Lepas
4. having Present Participle – Kala Sedang Berlaku
5. have been Past Participle
6. will have / going to have Future Tenses – Kala Masa hadapan

Penggunaan Verb TO HAVE di atas ini akan bergantung juga kepada dua faktor iaitu:-

1.   Masa – Secara amnya MASA kita bahagikan kepada tiga zon masa iaitu :-

i.Present – Sekarang dan menggunakan Present Tenses.

ii. Past – Sudah lepas dan menggunakan Past Tenses

iii. Future – Akan berlaku dan menggunakan Future Tenses

2.  Subject – Subject merujuk kepada Pembuat Perbuatan atau pelakon utama dalam ayat anda itu. Saya telah kategorikan subject kepada lima jenis iaitu:-

i. I – digunakan oleh seseorang yang membahasakan diri beliau dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Pertama

ii. You – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak kedua yang beliau sedang beliau berkomunikasi dalam dalam penulisan dan pebualan bahasa Inggeris. Ia adalah Kata Ganti Nama Kedua

iii. Singular – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya satu ( seorang, seekor, satu benda). Ia adalah Kata Ganti Nama Ketiga

iv. Plural – digunakan oleh seseorang yang membahasakan pihak ketiga yang bilangannya lebih daripada satu

v. Uncountable Nouns – Nouns yang tidak boleh dikira seperti water, fire, smoke, coffee dan sebagainya. Kamus Oxford Dictionary menyenaraikan nouns2 ini sebagai U iaitu Uncountable.

3.  Subject Verb Agreement – Ini merujuk kepada apakah jenis2 Verb TO HAVE yang perlu anda gunakan dengan lima Subject yang telah diterangkan sebelum ini.

Subject Example Present Tense Past

Tense

Future

Tense

I I have had will have / am going to have
You You have had will have / are going to have
Plural – Nouns/Pronouns students

we/they

have had will have / are going to have
Singular – Nouns/Pronouns Ali, Garfield, student, Putrajaya

he / she / it

has had will have / is going to have
Uncountable Nouns coffee, tea, sand, water has had will have / is going to have

4. Penggunaan Verb TO HAVE

Berikut adalah Penggunaan Verb TO HAVE secara am:-

1.  Untuk menunjukkan pemilikan noun/nouns itu seperti:-

Contoh :-

1.   I have a cat. (Guna present tense ‘have’ sebab ianya menujukkan pemilikan SEKARANG dimana noun/nouns itu masih ada dan masih dimiliki.)

2.   I had a cat last year. (Guna Past tense ‘had’ sebab sebab ianya menujukkan pemilikan DI MASA LEPAS dimana noun/nouns itu sudah tiada dan sudah tidak dimiliki lagi.)

3.   I will have a cat tomorrow as my father will buy me one.  (Guna Future tense ‘will have’ sebab  ianya menujukkan pemilikan DI MASA AKAN DATANG dimana noun/nouns itu belum ada lagi dan cuma akan dimiliki di masa akan datang)

AWAS!!!

Untuk menunjukkan pemilikan Verb TO HAVE tidak digunakan dalam bentuk Present Participle iaitu Having.

Cth:-

1. I am having a Proton Wira right now. – Penggunaan yang salah

2. Aminah is having a house in Puchong.   – Penggunaan yang salah

3. She’s having my book right now. – Penggunaan yang salah

Ketiga-tiga ayat di atas adalah penggunaan yang SALAH kerana Verb to HAVE tidak boleh digunakan dalam bentuk Present Participle walaupun anda ingin menunjukkan pemilikan sekarang.

Oleh itu anda pelu ingat yang untuk Pemilikan Sekarang, anda perlu gunakan Verb to HAVE dalam bentuk Present Tense sahaja iaitu samaada Have atau Has. Untuk menentukan samaada anda perlu gunakan Have atau Has, anda perlu tahu siapa atau apa kah Subject anda dalam ayat anda itu seperti berikut:-

1. I have a Proton Wira right now. – Penggunaan yang betul

2. Aminah has a house in Puchong.   – Penggunaan yang betul

3. She has my book right now. – Penggunaan yang betul

AWAS!!! – Pengecualian

Walaupun anda membuat ayat dalam bentuk Present tense, jika anda menggunakan TO, anda Cuma boleh gunakan Verb To HAVE dalam bentuk kata dasarnya iaitu HAVE.

1. Ali wants to has a car. – Penggunaan yang salah

2. She wants to has some cats at home.   – Penggunaan yang salah

3. The boy likes to has a dog for a pet. – Penggunaan yang salah

1. Ali wants to have a car. – Penggunaan yang betul

2. She wants to have some cats at home.   – Penggunaan yang betul

3. The boy likes to have a dog for a pet. – Penggunaan yang betul

Layari laman web saya di https://knowledgecentre.wordpress.com atau laman interaktif saya di www.myknowledgecentre.com/forum untuk artikel-artikel bahasa Inggeris. Kelas mingguan Asas-asas Penulisan dan Perbualan bahasa Inggeris saya akan bermula pada 12hb Julai ini. Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau 019-3090711.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s