Back to Basic English Conversation # 1

Dalam komunikasi bahasa Inggeris ada empat aspek yang perlu anda kuasai sebelum anda boleh berkomunikasi dengan baik iaitu:-

  1. Speaking ataupun bercakap
  2. Listening ataupun mendengar
  3. Reading ataupun membaca
  4. Writing ataupun menulis

Seringkali saya mendengar keluhan dari pelajar-pelajar saya yang mereka menghadapi kesukaran untuk berbual dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja mereka. Ini belum lagi bila menghadiri mesyuarat di mana mereka perlu bercakap dalam bahasa Inggeris. Kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris ini banyak gunanya dalam:-

1. Perbualan santai dengan kawan-kawan.
2. Perbualan santai dengan rakan-rakan sekerja.

3. Perbualan dalam berurusniaga bila membeli belah atau bertanya tentang barangan dan perkhidmatan.

4. Perbualan formal dengan pelanggan.

5. Pembentangan cadangan dalam mesyuarat.

6. Perbincangan dalam mesyuarat.

7. Pembentangan produk dan perkhidmatan dalam promosi syarikat.

Ada banyak lagi kegunaan perbualan dalam bahasa Inggeris yang tidak tersenarai diatas tetapi rasanya anda sendiri tahu kepentingan kemahiran bercakap dalam bahasa Inggeris terutamanya jika anda bekerja di syarikat-syarikat swasta.

Apakah masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar saya dalam perbualan bahasa Inggeris? Antaranya ialah:-

  1. Faham apa yang diperkatakan oleh orang lain tetapi sukar untuk membalas balik.
  2. Sukar membentuk ayat.
  3. Ayat-ayat lambat keluar sebab perlu berfikir dalam bahasa Melayu terlebih dahulu.
  4. Tidak pasti sebutan-sebutan yang betul.
  5. Malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.
  6. Kurang faham apa yang diperkatakan oleh pihak lain.
  7. Tidak faham dengan sebutan orang lain terutamanya dengan pihak dari luar Negara seperti dari Austalia, United Kingdom dan sebagainya.

Rasanya mungkin ini adalah masalah-masalah yang sama yang anda hadapi dan anda boleh juga berkongsi masalah-masalah anda dalam perbualan bahasa Inggeris dengan menghantar email kepada saya di cikgutuition@gmail.com

Saya akan sambung lagi Siri Perbualan bahasa Inggeris ini di masa akan datang.

Saya akan mengadakan kursus Perbualan bermula 13 hb Disembar ini yang akan merangkumi aspek Sebutan, Tatabahasa, Etiket dan Teknik perbualan mudah. Tempat terhad dan cuma tinggal 5 kekosongan.

Yusoff

0193090711



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s