Siri Teknik YES # 1- Cara lebih mudah dan efektif mempelajari bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua

Dalam mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar saya, saya sering tekankan kepada mereka Teknik YES. Teknik ini lebih saya tekankan dalam kelas saya untuk tahun 2010 ini kerana ianya satu cara yang pada pendapat saya paling mudah dan paling efektif untuk memastikan yang anda menggunakan bahasa Inggeris anda dengan betul dalam penulisan dan perbualan anda. Teknik Yes ialah singkatan kepada Yusoff’s English made Simple yang merupakan Teknik yang direka sendiri oleh saya berdasarkan pengalaman mempelajari bahasa Inggeris selama lebih 35 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris selama lebih 10 tahun.

Kelebihan Teknik YES ini ialah:-

1. Anda akan lebih berhati-hati dalam pembentukan ayat-ayat dalam bahasa Inggeris.

2. Anda boleh memastikan yang anda tidak menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dalam komunikasi bahasa Inggeris.

3. Anda boleh memastikan yang tatabahasa bahasa Inggeris anda digunakan dengan betul.

4. Anda boleh memastikan yang anda ang perkataan-perkataan yang anda pilih adalah bentul.

5. Anda boleh memastikan yang anda menggunakan ejaan-ejaan yang betul.

6. Struktur ayat anda adalah betul.

7. Pasangan-pasangan kepada perkataan-perkataan yang telah anda pilih adalah betul.

Apa yang pasti ialah anda boleh sepanjang masa menyemak dan mengedit sendiri penggunaan bahasa Inggeris anda tanpa perlu mengharapkan pertolongan orang lain dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sempurna tanpa ada sebarang kesalahan! Ianya bukan satu perkara yang mustahil kerana saya juga menggunakan Teknik Semak Sebelum Buat  sepanjang masa.

Implementasi Teknik YES ini ialah melalui:-

1. Formula-formula tatabahasa bahasa Inggeris

2. Peta Minda

3. Senarai penyemakan

4. Gambarajah-gambarajah

Sebagai contoh, topic Nouns atau Kata Nama ialah topic asas yang paling penting dalam bahasa Inggeris dan banyak kesalahan-kesalahan kita dalam bahasa Inggeris kita sebenarnya bermula dari Nouns. Oleh itu dalam penggunaan Teknik YES ini, anda akan banyak menggunakan formula-formula untuk menyemak penggunaan Nouns yang betul seperti:-

1. Penggunaan Nouns yang betul

2. Adakah Nouns itu countable atau uncountable

3. Adakah countable nouns itu singular atau plural.

4. Apakah Verbs yang boleh digunakan dengan Nouns tersebut.

Pada peringkat permulaannya, Teknik YES ini mungkin nampak merumitkan dan sukar untuk anda gunakan dalam bahasa Inggeris, tetapi inilah Teknik yang terbaik dan Berkesan untuk anda gunakan jika anda ingin fasih dalam bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Saya akan tulis lagi mengenai Teknik YES ini dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Teknik YES ini telah saya mulakan untuk kelas Januari saya dan juga akan digunakan dengan lebih menyeluruh dalam kelas Februari saya yang bermula 7hb Februari ini. Kelas setiap Ahad selama 3 jam dan berjalan selama 7 minggu. Yuran cuma RM390.



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s