Back to the basics of Englis grammar – Jenis-jenis Verbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jenis-jenis Verbs

Sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

Ada 3 jenis utama iaitu:-

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs – Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs – Kata kerja campuran

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif

Kebanyakan verbs adalah dalam kategori ini iaitu Verb jenis ini boleh ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)

Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs Physical Actions yang mana anda boleh lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Progressive Verbs boleh wujud dalam semua 12 bentuk Tenses dalam bahasa Inggeris.

Cth2 Verbs – walk, talk, sleep, eat dsbnya

Untuk jenis ini anda boleh gunakan mereka dalam bentuk Verb + -ing atau Present Participle

Jadi anda boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-

1. Ali is sleeping right now. –Kala Present Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku sekarang.

2. Ali was sleeping last night when I went to his house. –Kala Past Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas(was sleeping)dan dicelah oleh perbuatan lain ( I went)

3. Ali will be sleeping when I go to his house tonight. – Kala Future Progressive untuk perbuatan yang akan sedang berlaku di masa akan datang (will be sleeping) dan dicelah oleh perbuatan lain ( I go)

Ada lagi bentuk Progressive tenses seperti Present perfect progressive, Past perfect progressive, Future perfect progressive yang semuanya diterangkan oleh saya dalam kelas Intermediate Grammar saya..

Nanti sambung lagi ya..

Yusoff
0193090711

p/s Kelas Putrajaya boleh lagi disertai Ahad ini 18hb di Precint 9 dan di Sunway bulan dpn 8hb Mei tapi yg ni dua2 kelas Fundamentals..
p/s Kelas Putrajaya boleh lagi disertai Ahad ini 18hb di Precint 9 dan di Sunway bulan dpn 8hb Mei tapi yg ni dua2 kelas Fundamentals..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s