Back to the basics of English grammar – Jenis2 Verbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jenis-jenis Verbs

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses,Future tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

Ada 3 jenis utama iaitu:-

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs – Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs – Kata kerja campuran

Dalam artikel saya kali ini, saya akan menerangkan pula apakah itu Non Progressive verbs.

1. Non Progressive Verbs -Kata kerja tidak progresif

Non progressive vebrs ialah Verbs yang tidak boleh ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)

Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs yang bukan Physical Actions yang mana anda boleh anda lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Antara jenis Verbs yang termasuk dalam kategori ini ialah:-

i. Possessive verbs seperti have, own dan possess.

ii. Emotion verbs seperti love, hate, dislike dan sebagainya.

iii. Abstract verbs seperti want, need, owe dan sebagainya.

Verbs jenis ini tidak boleh anda gunakan dalam bentuk Progressive Verbs.

Oleh kerana anda tidak boleh gunakan Non progressive Verbs ini dalam bentunk Verb + -ing maka anda hanya boleh gunakan ia dalam bentuk tanpa –ing walaupun anda ingin menerangkan tentang sesuatu yang berlaku sekarang. boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-

1. Ali is having a Proton Wira right now. –Penggunaan Kala Present Progressive yang salah untuk menujukkan pemilikan sekarang.

2. Ali has a Proton Wira right now. –Penggunaan Kala Simple Present sepatutnya digunakan.

3. Ali was having a Proton Saga before this. –Penggunaan Kala Past Progressive yang salah untuk menujukkan pemilikan di masa lepas.

4. Ali had a Proton Saga before this. –Penggunaan Kala Simple Past yang sepatutnya digunakan untuk menunjukkan pemilikan di masa lepas.

Oleh itu, anda perlu berhati2 dengan penggunaan Non progressive Verbs ini dan jangan gunakan dengan Progressive tense yang melibatkan penggunaan Verb + -ing.

Kelas Fundamentals of English grammar saya akan bermula Sabtu ini. Masih ada kekosongan jika anda berminat.

Nanti sambung lagi ya..

Yusoff
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s