Persediaan MUET 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Untuk mereka yang bercadang mengambil MUET tahun ini atau tahun depan ini ada beberapa petua yang saya harap boleh membimbing anda untuk berjaya dalam MUET.

i. Tak perlu gopoh – Jangan gopoh untuk mengambil peperiksaan MUET anda. Kalau boleh, biarlah anda cuma perlu ambil MUET anda itu sekali sahaja dan anda dapat Band yang anda perlukan. Pastikan yang anda sudah bersedia dan barulah anda daftar untuk MUET anda itu.

ii. Ketahui syllabus – Antara masalah besar mereka yang gagal dalam MUET atau peperiksaan2 BI yang lain seperti TOEFL atau IELTS ialah menduduki peperiksaan tanpa mengetahui dengan jelas apakah yang akan diuji dalam peperiksaan itu. Pastikan anda mengkaji terlbih dahulu dengan :-

1. Membeli buku-buku rujukan MUET.

2. Membeli buku-buku soalan2 lepas MUET.

3. Mencuba peperiksaan percubaan MUET jika ada.

iii. Sertai kelas persediaan MUET – Cuba selidik jika pihak universiti/kolej anda ada menyediakan kelas2 persediaan MUET. Biasanya percuma sahaja dan pastikan anda menghadiri kesemua kelas yang dianjurkan. Jika anda rasa masih belum bersedia pastikan anda berhubung dengan pihak universiti atau kolej anda atau jumpalah kounselor untuk membantu anda.
Gunakan sepenuhnya apa2 perkhidmatan percuma yang ada! Jika anda mampu, anda boleh juga menyertai kelas2 bahasa Inggeris yang ditwarkan oleh pihak swasta tetapi jangan terkejut kalau anda dapati yuran yang dikenakan agak tinggi dan biasanya dalam RM1,000 lebih.

Saya akan cuba bantu anda yang akan mengambil MUET di sini setakat mana yang termampu.

Good Luck!

Kelas Asas2 Bahasa Inggeris saya akan bermula 6hb Jun ini. Yuran masih RM450 dan akan naik ke RM490 tidak lama lagi.

Cikgu Yusoff
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s