Kepentingan mempelajari topik Noun dalam bahasa Inggeris

Jika anda perhatikan daripada syllabus kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya, anda boleh lihat yang saya mulakan kursus saya dengan topic Nouns atau Kata Nama. Ini bukan sahaja pendekatan yang digunakan oleh saya tetapi juga kebanyakan cikgu-cikgu bahasa Inggeris di seluruh dunia.

Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya yang untuk menjadi bagus, fasih dan yakin dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, kita perlu menjadi seorang pencerita atau story teller yang baik.

Tak kisah le anda ingin gunakan bahasa Inggeris anda untuk tujuan sosial, kerjaya, pendidikan dan juga untuk tujuan peperiksaan seperti SPM atau MUET. Semuanya memerlukan penceritaan yang baik.

Jika anda sedang ditemuduga dalam bahasa Inggeris, anda juga perlu menjadi pencerita yang hebat. Anda perlu bercerita tentang diri anda, pengalaman kerja anda dan juga apakah matlamat dan impian anda di masa akan datang.

Sebagai pencerita, anda perlu kenal pelakon-pelakon dalam cerita anda itu. Mungkin pelakon-pelakon anda ialah orang, haiwan, benda dan nama-nama tempat. Tanpa pelakon-pelakon ini, anda tidak boleh memulakan cerita anda itu.

Sebagai contoh, jika pelakon anda itu orang, anda perlu memberitahu nama mereka, pekerjaan mereka, hubungan mereka dengan anda dan orang lain dan sebagainya.

Siapakah mereka-mereka ini? Mereka semuanya ialah Nouns.. Kata nama..perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang anda gunakan dalam bahasa Inggeris untuk menamakan pelakon-pelakon anda itu.

Di dalam kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya akan menerangkan kepada pelajar-pelajar saya penggunaan Nouns dari segi:-

1. Proper noun
2. Common noun
3. Gender in nouns

Proper noun serupa dengan kata nama khas dimana ini adalah nama spesifik yang diberikan kepada sesuatu noun itu seperti Ali, Putrajaya, Garfield dan sebagainya.

Common noun pula ialah kata nama am bila kita menamakan noun itu secara am seperti man, cat, city dan sebagainya.

Anda mungkin tertanya-tanya kenapalah topik yang mudah seperti proper dan common noun ini pun saya perlu ajar juga? Sebenarnya ini lebih untuk mengingatkan pelajar-pelajar saya kerana berdasarkan pengalaman saya ada yang masih keliru dengan proper dan common nouns ini dan ini menyebabkan ada yang menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada tempat yang tidak sesuai.
Dalam sub topik Gender Noun untuk orang pula anda perlu tahu yang ada nama yang khas untuk jantina lelaki seperti boy, man dan sebagainya. Ada juga nama-nama yang khas untuk jantina perempuan seperti boy, woman dan sebagainya. Selain dari itu, anda juga perlu tahu tentang common gender di mana nama-nama orang itu tidak merujuk kepada mana-mama jantina seperti teacher, doctor, student dan sebagainya.

Saya harap anda boleh nampak sedikit kenapa kita mesti mulakan pembelajaran bahasa Inggeris kita dengan noun. Saya akan terangkan lagi kenapa noun penting dimana dalam kursus saya, saya akan terangkan lagi tentang:-

1. quantity in nouns – singular dan plural
2. count in noun – countable and uncountable
3. collective noun – untuk noun dalam jumlah yang banyak
4. possessive noun –penggunaan noun untuk menunjukkan pemilikan
.

Jika anda sedang dalam proses meningkatkan kemahiran anda dalam bahasa Inggeris, pastikan yang anda kuasai dulu topik ini. Jangan gopoh untuk mempelajari topik2 lain jika anda masih lemah dalma topik ini.

Kursus Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya bermula 3hb Julai ini di Sunway. Mungkin kursus terakhir sebelum Raya ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s