Kenapa Grammar aspek paling penting dalam BI.

Salam sejahtera semua

Bila bercakap tentang mempelajari bahasa Inggeris majoriti yang menghubungi saya lebih berminat untuk terus memasuki kursus-kursus yang berkaitan dengan penulisan dan perbualan. Pada saya ini adalah sifat biasa antara kita kerana kita banyak menghadapi masalah dalam aspek penulisan dan perbualan dalam kerjaya dan kehidupan kita sehari-harian.

Ramai juga yang inginkan kursus yang membolehkan mereka mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa yang cepat. Ini juga satu perkara biasa di kalangan kita terutamanya di kalangan pelajar-pelajar dewasa yang sudah bekerja kerana keperluan kemahiran bahasa Inggeris yang semakin mendesak dan mereka perlu memperbaiki bahasa Inggeris mereka secepat mungkin kerana kelemahan dalam bahasa Inggeris menghalang mereka untuk naik pangkat ataupun untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Begitu juga dengan mereka yang perlu mengambil peperiksaan bahasa Inggeris untuk tujuan akademik seperti MUET, TOEFL dan juga IELTS. Sekali lagi permintaan dari golongan ini ialah untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam bahasa Inggeris agar mereka boleh lulus ataupun mendapat markah atau band yang dikehendaki oleh kursus-kursus tertentu, universiti-universiti tertentu dan juga yang dikehendaki oleh pemberi biasiswa.

Ada juga yang inginkan jaminan dari saya untuk memastikan mereka boleh tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris bila mereka tamat menjalani Kursus Asas-Asas bahasa Inggeris dan kursus Intermediate English yang saya jalankan buat masa ini.

Jika anda tanya saya berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris selama hampir 40 tahun, berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris secara intensif selama 6 bulan untuk persediaan TOEFL dan juga berdasarkan pengalaman saya pegi ke negara-negara asing seperti Australia, Arab Saudi, Dubai, Singapura dan Thailand maka saya boleh mempermudahkan tiga aspek untuk membolehkan anda:-

1. Fasih bercakap dalam bahasa Inggeris.
2. Lancar dan mudah difahami dalam peulisan bahasa Inggeris.
3. Cepat mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan hingga setahun.
4. Mudah lulus dan mendapat markah atau band yang tinggi dalam peperiksaan bahasa Inggeris seperti MUET, TOEFL dan IELTS.

Tiga ASPEK penting ini ialah:-

1. Pengetahuan Grammar bahasa Inggeris yang betul.
2. Perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang mencukupi.
3. Latihan yang berterusan dan mencukupi.

Pandangan peribadi saya sebagai pelajar selama 40 tahun dan pengajar bahasa Inggeris hampir 10 tahun sudah tentu aspek Grammar yang paling penting. Mungkin sesetengah pengajar bahasa Inggeris kurang bersetuju dengan saya dan lebih memikirkan yang aspek Vocabulary atau Perbendaharaan kata bahasa Inggeris adalah yang paling penting. Saya bersetuju yang aspek vocabulary juga penting dalam bahasa Inggeris tetapi biar saya terangkan secara ringkas kenapa Grammar yang paling penting dalam memahirkan penggunaan bahasa Inggeris anda. Saya amar berharap penjelasan saya ini boleh mencetus minat dan keinginan tinggi dalam diri anda untuk mempelalajari Grammar bahasa Inggeris selepas ini.

Secara ringkasnya aspek Grammar paling penting walaupun apapun tujuan dan niat anda mempelajari bahasa Inggeris kerana:-

1. Grammar membantu anda menyusun ayat dengan betul bila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tanpa terikut-ikut tatabahasa bahasa Ibunda anda.

2. Grammar membantu anda tahu bila sesuatu perkataan bahasa Inggeris itu perlu ditukar.Antaranya konsep singular plural dalam Nouns atau kata nama dimana ianya mungkin perlu ditukar seperti one boy ditukar kepada two boys bila bilangan noun itu lebih daripada satu.

3. Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana yang tidak boleh ditukar bentuk walaupun jumlahnya banyak dan lebih daripada satu khasnya Uncountable Nouns atau Kata Nama tidak boleh dikira seperti water, sugar, furniture, hardware dan sebagainya yang tidak boleh anda tambah s,es,ies dan sebagainya walaupun jumlahnya banyak.

4. Grammar juga membantu anda untuk tahu Nouns yang bagaimana boleh anda gunakan dengan a dan an dan Nouns yang bagaimana yang tidak boleh anda gunakan dengan a dan an. A dan an ialah seperti penggunaan seorang, seekor, sebuah dna oleh itu Cuma boleh digunakan dengan singular nouns sahaja seperti a boy, a house dan sebagainya dan tidak bole digunakan dengan plural nouns seperti a boys, a children dan tidak boleh juga digunakan dengan uncountable nouns seperti a sugar, a furniture or an advice.

5. Grammar membantu anda dalam penggunaan kuantiti ekspresi bila anda menggunakan uncountable nouns seperti a piece of furniture dan bukannya a furniture. A piece of advice dan bukannya an advice.Two bottles of water dan bukannya two water atau two waters.

6. Grammar membantu anda dalam penggunaan apsotrophe s iaitu ’s atau pengunaan apostrophe sahaja iaitu ’ untuk menunjukkan pemilikan dalam bahasa Inggeris seperti Ali’s house dan the boys’ house.

Penerangan saya setakat ini baru dari segi penggunaan Grammar dalam Nouns atau Kata Nama. Anda dapat perhatikan yang baru satu topik anda sudah perlu tahu banyak undang-undang yang betul dan hanya pengetahuan Grammar yang menyeluruh sahaja akan memastikan anda dapat berkomunikasi dengan lancar dan tepat dalam bahasa Inggeris. Saya akan sambung lagi artikel ini di masa yang terdekat ini, InsyaAllah.

Inilah sebabnya dalam kursus asas dan kursus Intermediate saya, saya amat menekankan aspek Grammar agr anda semua boleh cepat pandai dalam komunikasi bahasa Inggeris.Saya cadangkan anda belajar dari peringkat paling paling asas kerana semua topik berkaitan.

Kursus Intensif Asas bahasa Inggeris akan saya mulakan Sabtu ini di Putrajaya dan Ahad di Sunway. Kursus di Putrajaya merupakan kursus terakhir dalam masa terdekat ini.

Jika anda ingin belajar sendiri, saya sarankan anda dapatkan buku Basic English Gammar tulisan Betty Azar yang diterbitkan oleh Longman atau anda juga boleh dapatkan Manual Lengkap bahasa Inggeris tulisan saya sendiri. Buku Basic English itu bagaimanapun tidak mengajar sepenuhnya dari peringkat paling asas.

Yusoff
0193090711