Kekeliruan lazim dalam bahasa Inggeris # 2 – Nouns

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Hari itu saya telah mulakan siri artikel Kekeliruan Lazim dalam bahasa Inggeris yang saya harap boleh membantu anda semua dalam mengurangkan kesilapan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Bagaimanapun penerangan yang diberikan adalah dalam bentuk ringkasan dan anda digalakkan membeli buku-buku tatabahasa atau menyertai kursus bahasa Inggeris secara formal supaya anda lebih jelas tentang tatabahasa bahasa Inggeris ini.


Kekeliruan lazim dalam penggunaan Nouns

1. Ramai yang menyangkakan yang kalau jumlah sesuatu noun itu banyak maka anda perlu tukarkan ke bentuk plural. Sebenarnya sebelum anda bertanya samaada sesuatu noun itu dalam bentuk singular iaitu Kata Nama Tunggal atau plural iaitu Kata Nama Majmuk anda perlu tanya dulu samaada noun itu boleh dikira atau tidak iaitu is it countable or not? Ini kerana dalam penggunaan bahasa Inggeris, hanya nouns yang boleh dikira atau countable nouns sahaja yang ada bentuk singular dan plural seperti one car two cars.

2. Nouns yang tidak boleh dikira atau uncountable nouns tidak mempunyai bentuk plural dan ianya juga bukanlah juga singular nouns. Ianya adalah dalam kategori ia sendiri. Ramai yang tidak pasti atau tidak pernah di ajar yang uncountable nouns tidak boleh ditukarkan ke bentuk plural seperti little water kepada much waters atau a bit of salt kepada some salts.Ianya mesti kekal dalam bentuk asalnya walaupun jumlahnya banyak.

3. Kekeliruan juga wujud dalam apakah jenis-jenis nouns yang masuk di bawah kategori uncountable nouns. Antara kategori nouns yang merupakan uncountable nouns ialah benda yang halus dan kecil seperti salt, sugar dan sebagainya. Benda yang dalam bentuk gas seperti air, haze dan smoke. Cecair juga ialah uncountable seperti water, petrol dan juice. Bahasa juga tidak boleh dikira seperti English, Mandarin dan Arabic. Matapelajaran juga tidak boleh dikira seperti English, Mathematics dan sebagainya,

4. Yang lebih mengelirukan dalam uncountable nouns ialah generic nouns yang asalnya ialah countable nouns seperti one chair, two tables, four cupboards tetapi bila semua perabot ini digabungkan menjadi satu iaitu furniture maka furniture pula menjadi uncountable.

5. Uncountable tidak boleh digunakan dengan articles seperti a dan an kerana a dan an digunakan dengan singular nouns sahaja seperti a boy, an umbrella dan sebagainya. Anda tidak boleh ayat seperti I bought a furniture yesterday, walaupun anda ingin maksudkan yang anda beli sebuah meja atau kerusi. Anda masih boleh gunakan a dengan furniture tetapi anda perlu selitkan quantity expression yang sesuai iaitu piece dan ayat yang betul ialah I bought a piece of furniture yesterday.

Kekeliruan sebeginilah yang akan saya jelaskan dalam kelas Asas-Asas bahasa Inggeris saya dan ada dua kelas akan saya buat pada masa terdekat ini iaitu pada 5 Dec di Sunway dan 9hb Januari di Melawati.

Selagi anda tidak tahu apakah peraturan-peraturan dalam penggunaan Nouns seperti di atas maka selagi itulah anda akan keliru dan akan membuat kesilapan.Pengetahuan perbendaharaan kata bahasa Inggeris atau vocabulary sahaja tidak mencukupi.

Yusoff
0193090711
cikgutuition@yahoo.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s