Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Luangkan masa sejam sehari untuk bahasa Inggeris

Dalam artikel saya sebelum ini, Tips dan petua mahir dalam bahasa Inggeris dalam 2011, saya ada menulis dalam poin kelima di mana Usaha Perlu Berterusan. Saya menulis di mana usaha anda dalam meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda perlulah berterusan.
Ianya mesti dibuat setiap hari dan bukannya mengikut mood anda. Anda tidak boleh mahir jika sekadar 2 3 hari sehari sekali membaca dalam BI. Ini bermakna anda perlu luangkan sekurang-kurangnya sejam sehari dalam aktiviti meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda. Mungkin ada yang memberi komen, ’Cukupke sejam sahaja sehari?’ . Pada saya sejam sehari ini adalah masa yang minima yang perlu anda luangkan. Jika anda boleh luangkna lebih masa, ianya adalah lebih baik untuk anda. Jika anda dalam persediaan untuk peperiksaan bahasa Inggeris seperti MUET, IELTS atau TOEFL maka anda perlu menghabiskan lebih banyak masa anda dalam persediaan anda itu.

Untuk mahir dalam bahasa Inggeris perlu ada konsistensi. Anda perlu cari masa. Pada saya ianya tidak sesukar mana kerana, masa sejam minima itu tidak semestinya pembelajaran formal bahasa Inggeris tetapi boleh melibatkan aktiviti-aktiviti seperti:-

1. Membaca akhbar-akhbar bahasa Inggeris
2. Membaca buku-buku cerita Inggeris
3. Membaca majalah-majalah Inggeris
4. Menonton rancangan-rancangan bahasa Inggeris seperti dokumentari, berita dan sebagainya.
5. Mendengar rancangan-rancangan bahasa Inggeris di radio
6. Membaca buku-buku Tatabahasa BI
7. Membuat latihan-latihan bahasa Inggeris.
8. Menambahkan perbendaharaan kata BI secara terus dengan penggunaan kamus atau Thesaurus.

Aktiviti nombor 6, 7 dan 8 perlu anda buat sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Pembelajaran sebegini penting kerana anda perlu memantapkan aspek Grammar dan Vocabulary anda. Tidak cukup jika anda sekadar menjalankan aktiviti-aktiviti lain sahaja kerana ini akan memperlahankan proses anda meningkatkan kemahiran komunikasi bahasa Inggeris anda

Semua aktiviti ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh anda tetapi juga anak-anak anda samaada di sekolah rendah, menengah dan juga universiti. Anda boleh pelbagaikan bentuk bacaan mereka mngikut minat mereka seperti novel, komik dan sebagainya. Tidak mengapa jika mereka ingin membaca komik asalkan ianya dalam bahasa Inggeris. Saya dulupun amat suka buku-buku cerita tulisan Enid Blyton dan juga komik-komik seperti Beano.

Untuk pelajar sekolah rendah anda juga boleh langgan Cartoon Network di Astro kerana sudah banyak rancangan yang berbentuk pendidikan seperti WordWorld, Mickey Mouse Clubhouse, Diego dan sebagainya.

Apa yang penting ialah aktiviti ini mestilah dilakukan setiap hari tidak boleh ikut mood anda sekejap buat sekejap tidak.

INGAT!!! Luangkan sekurang-kurangnya sejam SEHARI.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya bermula 6hb Feb dan 13 Feb di Putrajaya dan Sunway. Kursus Asas-Asas Tatabahasa untuk pelajar sekolah menengah saya akan bermula 12 Feb di Putrajaya.

Regards

Yusoff
0193090711
cikgutuition@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s