Tingkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan Degree Adverbs

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Antara masalah utama dalam komunikasi bahasa Inggeris ialah dalam mencari perkataan-perkataan yang sesuai dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris. Jika dalam kelas saya lebih mengutamakan aspek Tatabahasa, saya juga telah meningkatkan penjelasan dalam aspek Kosa Kata kata Vocabulary dengan memberi senarai hampir 2,000 perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang kerap di gunakan dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar-pelajar saya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Jika anda merasakan yang anda masih lemah dan sederhana dalam komunikasi bahasa Inggeris anda, anda perlu meningkatkan Vocabulary anda. Tanpa vocabulary bahasa Inggeris yang mencukupi anda akan menghadapi banyak masalah dalam memulakan perbualan dan penulisan bahasa Inggeris anda. Anda perlu buat sesuatu dengan tahap vocabulary anda itu jika anda benar-benar serius dalam usaha anda ingin menjadi fasih dalam bahasa Inggeris. Jangan puas hati dengan vocabulary anda yang sedia ada dan anda mesti sentiasa meningkatkan ia.

Antara rahsia dalam menggunakan perkataan-perkataan bahasa Inggeris dengan tepat makna mereka ialah mengetahui kekuatan perkataan tersebut atau intensity of the word. Ini kerana sekali imbas perkataan-perkataan seperti hungry, famished, starving dan sebagainya mempunyai maksud yang hampir serupa tetapi sebenarnya ianya agak berbeza kerana hungry bermaksud lapar dan oleh itu makna ia tidaklah sekuat makna famished iatu sangat. Bagaimapun jika anda teramat-amat lapar, anda perlu gunakan perkataan yang lebih kuat maksud ia seperti starving yang bermaksud teramat-amat lapar.

Jangan risau jika anda masih kurang vocabulary anda dan anda rasa ianya membantut dan merisaukan anda bila ingin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Saya ingin memperkenalkan penggunaan degree adverbs yang boleh anda gunakan dengan kata sifat atau Adjective dan juga dengan Kata Keterangan iaitu Adverbs. Penggunaan degree adverbs boleh membantu anda mengurangkan kekuatan makna sesuatu perkataan dan juga untuk menguatkan makna sesuatu perkataan itu.

Sebagai contoh, jika anda cuma tahu perkataan hungry iaitu lapar maka anda boleh gunakan quite untuk mengurangkan kekuatan makna hungry itu.

1. I am hungry.

2. I am quite hungry.

Dalam ayat pertama anda bermaksud, Saya lapar. Tetapi dengan penambahan quite di sebelum hungry di dalam ayat kedua, ianya bukan lagi saya lapar tetapi saya agak lapar.

Jika anda ingin menguatkan makna lapar itu, anda boleh tambah adverb very.

3. I am very hungry.

Ini bermaksud yang anda sangat lapar dan mempunyai maksud dengan

4. I am famished.

Jika anda tersangat lapar dan anda tidak tahu makna starving yang bermaksud amat lapar maka anda boleh gunakan degree adverb extremly.

5. I am extremely hungry

Jadi jangan terlalu risau jika vocabulary anda masih terhad buat masa ini. Gunakan degree adverbs untuk memudahkan anda menyampaikan maksud anda dengan tepat. Bagaimanapun jangan selesa dengan apa yang and tahu dan cuba cari perkataan-perkataan seerti yang lain seperti famished, starving dan sebagainya. Rajin-rajinlah buka kamus dan juga rajin-rajinlah menggunakan Thesaurus untuk mencari perkataan seerti dan berlawanan untuk perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang anda ketahui sekarang.

Untuk betul-betul mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris anda perlu tahu aspek Grammar atau Tatabahasa bahasa Inggeris dengan jelas. Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula pada 9hb April ini di Precint 16, Putrajaya dan pada 10hb April ini di Sunway,Petaling Jaya.

Untuk makluman lanjut berkenaan kandungan kursus, masa kursus dan bayaran SMSkan Nama anda alamat email ke 0193090711 atau email ke cikgutuition@yahoo.com Anda juga boleh telefon terus ke 0193090711 untuk makluman lanjut kelas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s