Back to the basics of English # 11 – Teknik semakan 3 W’s dalam Grammar BI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Ini adalah tahun keenam saya menjalankan kursus-kursus bahasa Inggeris secara sepenuh masa dan Alhamdulillah dengan pengalaman saya selama enam tahun ini saya dapat membantu pelajar-pelajar saya untuk lebih memahami tatbahasa atau Grammar bahasa Inggeris dan memudahkan mereka membentuk ayat-ayat dengan betul dalma penulisan dan perbualan bahasa Inggeris.

Secara amnya tidaklah terlalu sukar tatabahasa bahasa Inggeris ini cuma mungkin sedikit sukar atas sebab-sebab berikut:-

1. Sudah lama tidak didedahkan kepada pembelajaran Grammar.

2. Kurang membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.

3. Takut dengan Grammar bahasa Inggeris.

4. Mempunyai tanggapan yang Grammar bahasa Inggeris ini terlalu sukar untuk dikuasai.

Dalam artikel ini saya ingin mendedahkan sistem penyemakan 3W’s yang boleh membantu anda untuk membuat ayat yang betul dari segi tatabahasa dalam bahasa Inggeris.

3W yang perlu anda ingat sebelum membuat ayat ialah:-

1. What?
2. Who?
3. When

Dua W yang pertama merujuk kepada siapa atau apa yang anda cerita dalam ayat-ayat anda itu. Kedua W ini saya ceritakan dengan menyeluruh dalam topik pertama dan kedua dalam topik Nouns dan Pronouns. Anda perlu kenal pasti Nouns dan Pronouns yang anda ingin gunakan dalam ayat-ayat anda. Secara amnya, kesemua Nouns dan Pronouns yang anda akan gunakan dalam ayat-ayat anda boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu:-

1. Singular first person – Kata nama tunggal pihak pertama – I

2. Singular second person – Kata nama tunggal pihak kedua – You

3. Singular third person
– Kata nama tunggal pihak ketiga – cth: Ali, the boy, he,she,it

4. Plural nouns and pronouns
– Kata nama majmuk – cth: the boys, we, they

5. Uncountable nouns
– Kata Nama tidak boleh dikira

Selepas anda telah kenal pasti Nouns dan Pronouns yang anda akan gunakan dalam ayat-ayat anda,pastikan pula masa sesuatu perbuatan, keadaan itu berlaku dan tiga zon masa utama yang anda perlu ingat ialah :-

1. Present
2. Past
3. Future

Itu sahaja tiga perkara utama yang anda perlu ingat! Ya, memang ada banyak lagi perkara yang anda perlu tahu seperti jumlah perbuatan, penggunaan ’since’ dan ’for’ dalam perfect tenses dan sebagainya tetapi untuk peringkat Beginner rasanya anda perlu semak 3 W’s ini sahaja.

Sebagai contoh anda inging buat ayat ’Ali makan nasi lemak pagi tadi’ maka semak dulu dua W yang pertama iaitu:-

1. Who /What?

Who/What atau Siapa/Apa? Dalam ayat anda ialah Ali yang jumlahnya seorang sahaja dan merupakan Singular third person.

Selepas itu semak pula W yang ketiga iaitu:-

2.When?

Dalam ayat ini, When atau Bila? Ialah ’pagi tadi’ dan oleh itu ianya masuk dalam Zon Masa Past atau Zon Masa Lampau.

Oleh itu ayat dalam bahasa Inggeris anda ialah:-

1. Ali ate nasi lemak this morning.

Di mana anda perlu gunakan kat kerja ‘eat’ itu dalam bentuk Past Tensenya iaitu ‘ate’

Diharap penerangan ringkas tentang 3W’s ini dapat membantu anda buat masa ini. Saya akan sambung lagi di masa akan datang, InsyaAllah. Penerangan penuh saya ada tulis dalam Manual Lengkap Tatabahasa bahasa Inggeris setebal 450 muka yang cuma dijual secara Online dan juga diterangkan dengan lengkap dalam Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang akan bermula 9 dan 10 April ini di Precint 16, Putrajaya dan Sunway. Tempat terhad!

Cikgu Yusoff
cikgutuition@gmail.com
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s