Yang positif dan negatif dalam mempelajari bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Kita masih berada di dalam suku pertama tahun 2011 dan Alhamdulillah semakin ramai yang belajar bahasa Inggeris dengan saya tahu ini. Dalam artikel kali ini saya cuba kupaskan faktor-faktor positif untuk anda meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda tahu ini juga. Adalah diharap yang artikel ini dapat menaikkan semangat anda untuk tidak menangguh-nangguh lagi dan terus mengambil tindakan untuk belajar tahun ini.

i. Umur bukan faktor – Ia. Ramai yang meyangkakan yang umur merupakan satu halangan kepada proses pembelajaran mereka. Pada saya, tidak. Saya ada pelajar yang dalam usia 50an yang paling rajin semasa dalam kelas dan tidak menghadapi masalah untuk mengikuti kelas dan memahami apa yang saya ajar. Yang penting bukannya umur tetapi semangat dan sikap anda. Anda mesti sentiasa bersikap positif dan tidak terlalu memikirkan tentang umur anda jika ingin mahir dalam masa yang singkat.kekadang kematangan dari segi umur mematangkan anda dan sebenarnya lebih memudahkan anda untuk mengikuti dan memahami apa yang diajar di dalam kelas nanti. Bak kata pepatah Melayu, Belakang parang kalau diasah pun boleh tajam.

ii. Masa – Ramai juga yang risaukan dari segi mencari masa untuk menghadiri kelas dan mengulangkaji apa yang akan mereka pelajari. Bila sudah bekerja dan berkahwin, sudah tentu banyak masa yang perlu dihabiskan untuk kerjaya dan juga untuk keluarga. Sememangnya masa adalah kekangan utama bagi mereka yang ingin belajar bahasa Inggeris tetapi pada saya kadang-kadang untuk maju untuk diri sendiri dan keluarga perlukan pengorbanan. Kursus Asas bahasa Inggeris yang saya jalankan sekarang ini saya buat secara intensif yang tamat dalam masa 5 minggu sahaja dan oleh itu anda tidak perlu terlalu lama datang ke kelas. Bagaimanapun anda perlu teruskan usaha anda untuk belajar setelah tamat kelas. Pastikan ada khidmat sokongan selepas tamat kelas supaya anda masih boleh bertanya selepas kelas anda sudah tamat. Dengan kehebatan teknologi yang sedia ada, saya turut memberikan sokongan semasa kursus berjalan dan selepas kursus tamat melalui e-mel, online chat dan juga sms atau telefon. Gunakan sepenuhnya khidmat sokongan yang diberikan sebab kadang-kadang proses pembelajaran bahasa Inggeris ini memakan sedikit masa. Perlu ada seorang guru yang membimbing anda secara berterusan.

iii.Kewangan – Satu lagi kekangan yang sering menjadi sebab kenapa masih ramai yang tidak mula belajar bahasa Inggeris secara formal ialah masalah kewangan. Hakikatnya memang kos kelas-kelas bahasa Inggeris menjadi semakin mahal terutamanya jika anda pergi ke pusat-pusat bahasa Inggeris yang terkenal kerana mereka membelanjakan jumlah besar untuk pengiklanan dan premis mereka. Yuran di sesetengah pusat bahasa Inggeris mencecah ribuan ringgit dan ada pusat yang depositnya RM1,000!

Sesetengah pusat mengambil secara eksklusif guru-guru dari U.K. dan sebagainya. Bagaimanapun ada juga pelajar saya tidak dapat mengikuti pembelajaran di tempat-tempat sebegini kerana pengajar bercakap dengan menggunakan telo atau accent yang pekat dan sukar di fahami dan mereka tidak boleh langsung menggunakan bahasa Melayu jika ingin bertanyakan apa-apa soalan. Pada saya penting untuk anda mempunyai keserasian dengan guru bahasa Inggeris anda dan penting juga anda boleh berkomunukasi dengan guru bahasa Inggeris anda semasa kelas dan juga selepas kelas. Saya sendiri suka meluangkan masa dengan pelajar-pelajar saya selepas kelas jika mereka ada apa-apa soalan tambahan atau segan bertanya selepas kelas ataupun mereka segan untuk bertanya semasa di dalam kelas.

Jangan anggap yuran yang anda bayar untuk kelas-kelas bahasa Inggeris ini sebagai perbelanjaan tetapi anggaplah yuran itu sebagai satu pelaburan di mana ianya boleh membantu anda naik pangkat dengan mudah, naik gaji dengan banyak dan membantu anda bertukar kerja dengan mudah. Dengan pelaburan yuran cuma RM490 anda boleh dapat peratusan kenaikan gaji yang tinggi dengan amat mudah kerana dengan bahasa Inggeris yang baik anda akna di lihat sebagai aset kepada syarikat kerana boleh berkomunukasi dengan baik untuk tujuan mesyuarat, menjalankan latihan untuk staff, menulis manual-manual operasi syarikat dalam bahasa Inggeris, pergi ke luar negara dan sebagainya.

Anda pun sudah lihat dalam masa 3 bulan pertama tahun ini yang tahun 2011 ini amat mencabar dari segi kenaikan harga-harga barang keperluan seharian kita yang semakin melambung harganya. Amat sukar untuk kita untuk berjimat cermat kerana hampir semua barang keperluan untuk keluarga kita naik harganya. Kalau anda bekerja makan gaji cuma kenaikan gaji sahaja yang dapat membantu anda samaada anda kekal dalam organisasi yang sama atau anda membawa pengalaman anda untuk bekerja di syarikat lain dengan kenaikan gaji 15 -30 peratus dari gaji sedia anda.

Apa-apapun keputusan anda, jangan tangguhkan kerana sekejap sahaja 2011 akan tamat dan anda perlu lakukan sesuatu SEKARANG untuk bersedia menghadapi tahun 2012 yang mungkin lebih mencabar.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris saya akan bermula April ini di Putrajaya dan juga Sunway. Tempat terhad.

Cikgu Yusoff
0193090711

Leave a comment