Teknik Perbualan bahasa Inggeris Mudah dan Cepat # 1

Teknik Perbualan bahasa Inggeris Mudah dan Cepat # 1

Ramai dari mereka yang menghantar email kepada saya menyatakan yang mereka selalunya tidak menghadapi masalah dalam penulisan bahasa inggeris tapi banyak menghadapi masalah apabila mereka hendak bertutur dalam bahasa inggeris. Walaupun mereka boleh memahami apa yang orang lain tuturkan tetapi mereka selalu menghadapi masalah untuk memulakan pertuturan dalam bahasa inggeris.

Pada pendapat saya tiada cara lain untuk membolehkan anda bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris kecuali dengan membanyakkan bertutur dalam bahasa inggeris. Bagaimanapun, faktor kosa kata (vocabulary) yang mencukupi juga perlulah ada sebelum anda boleh bertutur dengan baik. Bertutur memerlukan perhubungan dua hala dimana anda perlu memahami apa orang lain pertuturkan sebelum anda boleh menjawab semula.

Selain dari itu apabila bertutur anda perlu berfikir dengan cepat untuk membolehkan anda bertutur dengan lancar. Ini memerlukan anda berfikir ‘dalam’ bahasa inggeris. Jika anda berfikir dalam bahasa Malaysia kadang-kadang ianya akan melambatkan perututuran anda.Ini kerana anda befikir dulu apa yang anda ingin tuturkan dalam bahasa malaysia sebelum anda menterjemahkannya kedalam bahasa inggeris. Oleh itu akan terdapat kelewatan dalam anda bertutur dalam bahasa inggeris dan lebih buruk lagi jika anda tidak dapat menterjemahkan perkataan bahasa malaysia itu kepada perkataan bahasa inggeris yang sesuai.

Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda ‘berfikir dalam bahasa inggeris’ ? Anda kenalah banyak membaca bahan-bahan dalam bahasa inggeris. Anda perlulah ingat dalam mempelajari bahasa inggeris kita sebenarnya banyak meniru atau ‘mimicking’ gaya bahasa orang lain dalam pertututan dan penulisan kita. Janganlah anda merasa malu dan segan jika anda rasa anda cuma meniru cara orang lain. Sememangnya cara yang terbaik untuk anda mahir bertutur dalam bahasa inggeris ialah dengan meniru gaya percakapan yang betul terutamanya oleh mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Sudah tentu cara yang terbaik ialah berlatih bertutur dengan mereka yang bahasa ibunda mereka ialah bahasa inggeris. Tapi rasanya tak ramai dari kita yang dapat peluang sebegitu oleh itu berikut adalah beberapa cara yang saya rasa dapat membantu anda untuk bertutur dengan baik.Sebelum itu elok kita lihat apakah persediaan yang perlu ada sebelum anda boleh bertutur dengan baik.

Selain itu anda hendaklah membuatkan ianya satu tabiat menggunakan kamus bahasa inggeris-bahasa inggeris. Dengan cara ini apabila anda tidak mengetahui makna sesuatu perkataan itu anda akan menggunakan kamus tersebut untuk mencari maknanya dalam bahasa inggeris. Secara tidak lansung ianya akan membantu anda ‘berfikir’ dalam bahasa inggeris kerana anda cuma tahu makna perkataan itu dalam bahasa inggeris sahaja. Jika anda amalkan ianya senantiasa anda akan sampai satu tahap dimana anda mendapati sukar anda menerangkan sesuatu perkataan itu dalam bahasa malaysia kerana anda sudah mula berfikir dalam bahasa inggeris. Pertuturan anda dalam bahasa inggeris juga akan menjadi lebih lancar dan sempurna kerana idea-idea akan terluah dengan lebih semulajadi.

Pada kali ini cuba kita lihat cara-cara bertutur dalam bahasa inggeris yang betul di pejabat. Jika anda bekerja di syarikat-syarikat swasta yang mempunyai pelbagai bangsa ataupun anda bekerja di syarikat-syarikat multinasional maka anda tidak dapat lari dari keperluan bertutur dalam bahasa inggeris. Saya berpendapat terdapat dua situasi yang wujud di tempat kerja anda iaitu:-

1) Situasi tidak formal – Merujuk kepada perbualan dengan rakan-rakan sepejabat yang tidak memerlukan anda bertutur bahasa inggeris secara formal dan teratur. Pertuturan lebih ringkas dan tidak memerlukan sangat ketepatan dari segi nahu (grammar). Bagaimanapun anda perlulah juga memastikan yang bahasa inggeris anda tidaklah terlalu cacat nahunya kerana cara anda bertutur dalam bahasa inggeris akan membentuk imej anda di pejabat.

2) Situasi formal – Situasi formal wujud bila anda
perlu bertutur atas urusan rasmi pejabat seperti semasa mesyuarat, perbincangan dengan pihak atasan, persembahan dan lain-lain urusan pejabat yang formal. Urusan dengan pihak luaran seperti dengan pelanggan, pembekal, pihak berkuasa dan sebagainya hendaklah senantiasa berbentuk formal kerana dalam berurusan dengan pihak luaran anda adalah sebagai wakil syarikat dan ianya akan membentuk imej syarikat pada mata pihak luar tersebut.

Cuba kita lihat contoh pertuturan formal dan tidak
formal.

Greetings at work

Greetings ialah cara kita menegur rakan sepejabat dan juga pihak atasan atau boss kita
dipejabat. Greetings walaupun nampak remeh tapi ianya amat penting kerana ianya kadang-kadang akan mempengaruhi situasi dipejabat anda.Anda mungkin dianggap sombong atau tidak pandai bersosial jika anda tidak menegur rakan2 dan pihak atasan bila berjumpa mereka pada waktu pagi ataupun pada masa mula bekerja.

Informal greetings

Menegur rakan2 sepejabat tidak perlu panjang dan
formal.Contoh2 teguran ialah:-

1. Morning Ali.

2. Good morning Rosmah

3. Hi, Ros.

Kalau nak panjang sikit mungkin anda boleh menegur sebegini:

1. Morning Ali. How are you today?

2. Hi Bala. How are you doing today?

3. Good morning Rosmah. Had your breakfast already?

Or kalau hari Isnin selepas bercuti di hujung minggu atau kawan anda tu baru balik bercuti anda boleh le bersembang panjang sikit seperti:

1. Morning Ali. How was your weekend?

2. Hi Ros. How was your holiday?

3. Good morning Ahmad. How was your trip to Genting? I
hope you had an enjoyable time.

4. Hi Chong. How’s your weekend? Did you go anywhere?

Untuk yang nak lebih rapat dengan rakan sepejabat mungkin anda boleh mengajak rakan anda untuk bersarapan dengan anda dan anda boleh mengajak mereka dengan :-

1. Hi Ali. Would you like to join me for breakfast?

2. Morning Ros. Let’s go for breakfast.

3. Good morning John. I’m going for my breakfast now.
Would you like to join me?

4. Assalamualaikum Ahmad. Would you like to have breakfast with
me?

Pertuturan tidak formal tidak memerlukan kesempurnaan nahu tetapi sekadar untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja anda.

Answering greetings

Jika contoh diatas menerangkan cara menegur rakan-rakan sepejabat maka berikut pula ialah contoh anda menjawab greetings.

1. Jika rakan anda menegur, Morning Ali atau Good
morning Ali

maka anda boleh le menjawab secara ringkas dengan

Morning

Morning Ros

ataupun Good morning to you too

2. Jika rakan anda menegur, Hi, Ros.

maka anda boleh lah menjawab ,

Hi Ali ataupun, Good morning Ali atau Morning Ali

Jika teguran yang diterima panjang sikit mungkin anda boleh menjawab sebegini:

1. Morning Ali. How are you today?

Anda juga boleh menjawab,

Morning Ahmad. Fine, thank you.

ataupun

Morning Ahmad. Just great.

2. Hi Bala. How are you doing today?

Jawapan anda ,

Hi Alex. I’m doing fine, thank you.

ataupun

Morning Alex. Just great.

3. Good morning Rosmah. Had your breakfast already?

Jawapan anda , Good morning Alex. I just had my
breakfast.
jika anda baru sahaja habis bersarapan

ataupun

‘Good Morning Alex. Not yet. Would you like to
join me for breakfast?’

jika anda belum bersarapan dan ingin mengajak Alex bersarapan bersama.

Anda juga boleh menjawab Good Morning Alex. Not yet.
I’m skipping breakfast today as I have a lot of work
to be done.’

jika anda tidak ambil sarapan kerana ada banyak kerja untuk diselesaikan.

Saya akan mulakan kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris 30hb Julai di Precint 16, Putrajaya. Kursus Teknik Perbualan Mudah dan Cepat akan diadakan pada 21hb Ogos ini di Sunway.

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau 0193090711 jika berminat sebab tempat terhad.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s