Tingkatkan vocabulary anda dengan Synonyms dan Antonyms

Synonym dan antonym

Dalam menggunakan BI, kosa kata (vocabulary) yang meluas juga penting untuk mencantikkan penggunaan BI kita. Kadang2 kita boleh menggunakan perkataan yang berbeza-beza untuk menerangkan sesuatu benda yang sama. Bagaimanapun kadang2 anda juga perlu berhati-hati
walaupun dua perkataan itu dikatakan seerti (synonym) tapi masih ada sedikit perbezaan diantara kedua-dua perkataan tersebut.

Jadi…bagaimana nak tahu perbezaan yang kadang2 tidak terlalu ketara itu? Cuma satu cara sahaja..iaitu dengan membaca…hanya dengan banyak membaca anda boleh melihat bagaimana perkataan yang hampir2 sama maksudnya digunakan dalam konteks yang berbeza-beza.

Apa kah itu synonym? Synonym atau pun dalam BM sinonim/perkataan seerti ialah perkataan yang mempunyai maksud yang sama ataupun hampir-hampir sama.

Apa kah pula antonym ? Antonym atau pun dalam BM antonim/perkataan
berlawanan ialah perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan dengan sesuatu perkataan itu.

Kenapa pulak kita perlu tahu tentang antonym dan synonym ini? Hmm..Sebenarnya inilah rahsia untuk anda menguasai BI dengan cepat dan berkesan.. Macam mana pulak tu? Senang sahaja..dengan anda mengetahui satu perkataan anda boleh mengembangkan vocabulary anda dengan cepat apabila anda mengetahui synonym dan antonym perkataan yang anda tahu
itu.

Sila lihat contoh dibawah..

Anda tahu satu perkataan sahaja iatu

Peace – Aman, Sepi, Senyap, Damai

Dengan menggunakan antonym dan synonym anda dapat mengembangkan
vocabulary anda seperti berikut:-

Synonym untuk Peace – harmony, calm, quiet, serene, tranquility,
silence


Antonym untuk Peace – chaos, pandemonium, upheaval, tumult, din,
racket, hue and cry, turbulenc
e

Dari penggunaan antonym dan synonym dari satu perkataan anda sudah dapat menambah 14 perkataan baru! Anda perlu ingat kadang2 dalam percakapan dan penulisan pengguna2 BI akan menggunakan perkataan2 yang berbeza-beza walaupun membawa maksud yang sama.

Kenapa kah penting untuk anda mengetahui synonym dan antonym ini? Ramai yang menghantar e-mail kepada saya dan bercerita mereka menghadapai masalah dalam menulis dan terutamanya bercakap. Pada pandangan saya perkara ini berlaku kerana kita tidak mempunyai vocabulary yang cukup untuk bercakap dengan baik. Ini membuat kan kita tidak mempunyai keyakinan untuk bertutur dalam BI. Kadang2 ini juga membuat kita malu untuk bertutur dalam BI kerana kita takut orang akan mentertawakan kita dan memperlekehkan kita.

Seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini kita perlu mempunyai peluru2 vocabulary sebelum anda boleh bertutur dengan baik.

Bagaimana nak belajar tentang synonym dan antonym? Senang sahaja…banyak cara nak belajar tentang antonym dan synonym ni….Cara pertama ialah dengan menggunakan dictionary anda yang sedia ada…Bagaimanapun perlu diingatkan bahawa kebanyakan dictionary cuma memberikan maksud perkataan dan sedikit perkataan2 synonym sahaja dan amat jarang ada dictionary yang turut memberi perkataan2 antonym.

Cara kedua yang percuma dan cepat ialah menggunakan fungsi Thesaurus dalam perisian Microsoft Word anda. Anda cuma perlu highlightkan perkataan yang anda inginkan dan pergi ke Tools dan Language dan kemudian ke Thesaurus. Ianya akan memberikan anda senarai perkataan-
perkataan synonym.Ia juga akan memberikan satu perkataan antonym.Taip kan perkataan antonym yang diberi dan anda akan dapat senarai antonym yang ada.

Cara ketiga ialah dengan membeli Thesaurus. Thesaurus ialah satu buku yang menyenaraikan synonym2 dan antonym2 untuk kebanyakan perkataan. Ada banyak buku thesaurus di pasaran tapi yang paling saya gemari ialah Roget’s Super Thesaurus.

Semasa saya belajar untuk menduduki peperiksaan Test of English as a Foreign Language (TOEFL) saya terpaksa meningkatkan vocabulary saya dalam masa yang singkat oleh kerana vocabulary adalah salah satu yang diuji. Teknik saya ialah dengan membeli kertas keras yang boleh dimasukkan dalam poket saya. Apa yang saya buat ialah menulis satu perkataan baru di depan kertas tersebut dan menulis synonym dan antonym dibelakang kertas tersebut. Bila saja ada masa terluang saya akan cuba menghafal dan mengingati perkatan2 tersebut. Alhamdulillah
saya berjaya lulus peperiksaan Toefl saya pada percubaan pertama saya.

Kalau anda betul2 di peringkat beginner ataupun anda dalam proses untuk mengajar anak2 anda vocabulary BI anda boleh membeli kad2 yang sudah siap ada gambar dan perkataan di kedai2 buku atau di hypermarket seperti di Carrefour.

Diharap anda akan terus belajar dan membaca untuk memantapkan BI anda.Jangan malu2..Walaupun anda sudah berumur tapi tidak rugi untuk anda terus belajar..mungkin juga anda boleh belajar untuk mengajar semula pada anak2 anda. Rahsia dalam kejayaan dalam semua mata pelajaran di
sekolah ialah dalam penguasaan bahasa dan apabila anda meningkatkan penguasaan bahasa anda IQ anda juga akan meningkat.

Saya akan mulakan kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris 30hb Julai di Precint 16, Putrajaya. Kursus Teknik Perbualan Mudah dan Cepat akan diadakan pada 21hb Ogos ini di Sunway.

Hubungi saya di cikgutuition@gmail.com atau 0193090711 jika berminat sebab tempat terhad.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s