Mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan

Kepada mereka yang merasakan diri mereka lemah atau cuma sederhana dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris mungkin akan merasa skeptikal atau kurang percaya dengan tajuk saya kali ini.  Saya tulis artikel ini berdasarkan pengalaman saya yang telah mengajar bahasa Inggeris selama 10 tahun. Artikel ini saya harap dapat mencetuskan semangat dalam diri anda untuk mengambil tindakan untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan sahaja.

Jika anda ingin mahir dalam bahasa Inggeris anda perlu:-

  1. Daftar dalam kelas bahasa Inggeris formal – Mungkin akan ramai yang memberitahu anda yang anda tidak perlu menghadiri kelas yang formal untuk mahir dalam bahasa Inggeris dan mereka sebenarnya betul jika anda tidak ingin mahir dalam masa yang singkat. Jika anda meletakkan objektif anda untuk mahir dalam bahasa Inggeris dalam masa 6 bulan anda WAJIB belajar semula bahasa Inggeris secara formal.
  1. Belajar tatabahasa dari peringkat paling asas – Untuk betul-betul mahir dalam bahasa Inggeris anda perlu mahir dalam tatabahasa bahasa Inggeris atau English Grammar. Tiada jalan pintas. Anda tidak boleh terus menyertai kelas perbualan atau penulisan bahasa Inggeris jika anda ingin mahir dalam berkomunikasi dalam masa 6 bulan. Saya tahu ada yang kurang minat aspek tatabahasa ini dan ingin melangkaui aspek ini dan ingin terus bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Jika anda ingin mahir lebih dari 6 bulan,mungkin anda boleh langkaui aspek ini. Tetapi jika anda ingin mahir dalam masa 6 bulan, anda perlu kuasai aspek Grammar ini. Dengan menguasai tatabahasa, anda akan lebih cepat mahir kerana anda tahu dengan pasti bagaimanakah anda perlu menyusun ayat dalam bahasa Inggeris.
  1. Tukarkan 6 bulan kepada 180 hari – Untuk mahir dalam masa 6 bulan, usaha anda mestilah setiap hari tanpa rehat. Ini pengorbanan yang anda perlu lakukan dalam masa 180 hari ini. Setiap hari anda perlu membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, setiap hari anda perlu hafal perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris dan setiap hari anda perlu mengulangkaji aspek tatabahasa anda. Ianya perlu setiap hari dan bahasa Inggeris perlu menjadi kehidupan harian anda. Bayangkan jika anda boleh tambah 10 perkataan baru setiap hari maka dalam masa 180 hari anda sudah tingkatkan kosa kata anda sebanyak 1,800 perkataan! Kosa kata atau vocabulary amat penting untuk menjadi mahir. Grammar cuma mengajar anda menyusun ayat sedangkan vocabulary ialah perkataan yang anda perlu gunakan untuk memahami orang lain dan juga untuk anda gunakan dalam komunikasi bahasa Inggeris anda.

 

Saya akan sambung lagi artikel ini dalam masa terdekat. Modul Asas-Asas komunikasi bahasa Inggeris saya akan dijalankan selama 2 hari di Putrajaya pada 1 dan 2hb Okt dan pada 8 dan 9hb di Sunway. Yuran lebih murah dan anda tak perlu datang banyak kali ke kelas. Kursus untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM akan bermula pada 19hb Nov di Putrajaya dan Sunway.

Cikgu Yusoff

cikgutuition@gmail.com

cikgutuiton@yahoo.com

0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s