Persediaan UPSR, PMR dan SPM 2012 semasa cuti sekolah nanti

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Sedar tak sedar, cuti sekolah hujung tahun 2011 dah tak lama lagi. Cuti sekolah akan bermula pada 19hb November untuk sekolah-sekolah di barat semenanjung dan 18hb Nov di Kelantan dan Terengganu. Apakah persediaan kita untuk anak-anak kita selama lebih kurang 8 minggu ini nanti? Persediaan ini penting terutamanya untuk mereka yang mempunyia anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2012 nanti.

Anda perlu mula merancang apakah aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk anak-anak anda nanti dan yang penting jangan biarkan ianya sekadar menjadi ‘cuti’ semata-mata tanpa apa-apa aktiviti akademik yang berfaedah.

Untuk anak-anak yang masih lemah, ambil kesempatang di masa cuti sekolah yang panjang itu nanti untuk mengukuhkan semula pemahaman mereka dalam matapelajaran yang mereka lemah itu. Bagaimana pun janganlah pula isikan kesemua 8 minggu itu nanti dengan aktiviti akademik sahaja kerana ianya akan membosankan anak-anak anda kelak. Mungkin anda boleh campurkan dengan aktiviti percutian samaada dihujung cuti atau ditengah atau gabungan kedua-duanya seperti:-

1. 3 minggu aktiviti akademik,1  mingu cuti, disambungkan dengan 3 minggu akademik dan diakhiri dengan 1 minggu cuti.

2. 6 minggu aktiviti akademik dan 2 minggu terakhir sebagai cuti.

2. 1 minggu pertama cuti, 3 minggu akademik, 1 minggu cuti dan 3 minggu terakhir akademik.

Jadual di atas hanyalah sebagai cadangan dan anda perlu kenal anak-anak anda dari segi daya ketahanan mereka. Mungkin ada yg cepat bosan dan oleh itu anda perlu selitkan cuti-cuti pendek di dalam aktiviti akademik mereka.

Sebelum cuti sekolah bermula, apa yang anda boleh buat ialah buat kajian yang ikhlas di mana kedudukan anak anda dalam semua matapelajaran yang mereka akan ambil dalam peperiksaan nanti. Ini akan membantu anda mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak anda. Bagaimanapun kajian akan berbentuk subjektif kerana anda perlu mengambil kira juga ‘standard’ sekolah anak anda kerana sekolah yang mempunyai ‘standard’ yang rendah mungkin memberikan soalan-soalan yang agak mudah kepada anak-anak anda.

Apa yang saya boleh cadangkan ialah untuk anda menguji semula anak anda dengan soalan-soalan lepas UPS,PMR atau SPM sebenar supaya anda boleh mengukur dengan tepat kedudukan anak anda dan tidak ‘terpedaya’ dengan markah peperiksaan sekolah mereka. Dengan cara sebegini anda boleh ukur kedudukan sebenar anak-anak anda dalam semua matapelajaran mereka dan anda boleh membuat keputusan tepat tentang matapelajaran mana yang perlu anda beri lebih perhatin di masa cuti sekolah nanti.

Sebagai cikgu tuisyen dan jururunding sepenuh masa terutamanya dalam matapelajaran bahasa Inggeris lebih 10 tahun, saya akan cuba berikan tips-tips dan petua lagi. Anda juga di galakkan berkongsi petua dan pengalaman anda sendiri untuk sama-sama kita manfaatkan.

Kursus Intensif Asas-Asas bahasa Inggeris untuk UPSR/PMR dan SPM 201 akan dijalankan pada 19hb, 20hb, 26hb, 27hb November, 2hb dan 3hb Disember 2011.Tempat terhad kepada 15 org pelajar sahaja.

Cikgu Yusoff

019-3090711

cikgutuition@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s