Persediaan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris di 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

2012 semakin hampir dan tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru ini. Bagaimana dengan tahun 2011 kepada anda? Pada saya, lupakan 2011 kerana ianya akan menjadi sejarah dan cuba buatkan 2012 sebagai tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Bagaimana pula dengan persediaan anda untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris anda dalam tahun 2012? Dalam artikel saya kali ini saya akan memberikan tips dan petua berdasarkan pengalaman saya belajar bahasa Inggeris selama 40 tahun, pengalaman sebagai trainer selama 16 tahun dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris kepada ribuan orang dan kepada organisasi-organisasi seperti KWSP, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Statisitik Malaysia, Drypers, Universiti Malaya dan sebagainya.

1. Daftar untuk kelas bahasa Inggeris yang anda rasa sesuai untuk anda – Cara untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ialah dengan mendaftar dalam kelas-kelas bahasa Inggeris yang sesuai dengan anda. Pastikan kelas yang anda ingin sertai itu sesuai dengan kemampuan anda sebab ada pelajar-pelajar cikgu yang pergi kekelas yang diajar oleh orang asing dan menggunakan 100% bahasa Inggeris tidak dapat mengikuti kelas itu dengan berkesan. Jangan pula malu dan segan menyertai kelas –kelas seperti kelas cikgu yang menggunakan BM dan BI dalam syarahan dan nota. Apa yang penting ialah anda boleh faham dan boleh praktikkan apa yang telah anda pelajari.

 

2. Beli kamus dan buku-buku rujukan yang berkaitan – Untuk mahir dalam komunikasi bahasa Inggeris, anda perlu ada bahan-bahan rujukan yang efektif seperti kamus yang lengkap, thesaurus untuk daftar perkataan seerti dan berlawanan, kamus peribahasa atau idiom dictionary dan juga buku-buku latihan.

 

3. Ianya mesti setiap hari – Aktiviti untuk meningkatkan komunikasi bahasa Inggeris mesti di lakukan setiap hari.Tiada cuti.Ianya mesti menjadi sebahagian dari hidup anda dan anda mesti tenggelam dalam bahasa Inggeris anda. Bahasa Inggeris adalah satu budaya dan bukan sekadar satu mata pelajaran.

 

4. Cintai bahasa Inggeris anda – Ianya akan menjadi lebih mudah untuk anda mahir jika anda menyukai, menyanyangi bahasa Inggeris anda. ‘To know English is to love English’ Inilah slogan atau moto yang perlu anda gunakan setiap hari.

 

To be continued.

 

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris untuk dewasa(pagi) dan untuk pelajar sekolah (petang) akan saya mulakan di Prct 16,Putrajaya pada 7hb Jan ini dan di Sunway pada 8hb jan ini. Tempat terhad dan dah hamper penuh. Hubungi saya di 0193090711 segera jika berminat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s