Persediaan akademik anak-anak kita di 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

 

Persediaan akademik anak-anak kita di 2012

 

Tahun 2012 sudah beberapa hari bermula dan minggu ini ibubapa sibuk dengan persiapan untuk anak-anak mereka yang baru memasuki alam persekolahan dan juga persiapan untuk anak-anak yang memasuki semula sekolah.

 

Apakah persiapan anda untuk anak-anak anda di tahun 2012 ini? Gunakan keputusan peperiksaan anak-anak anda sebagai panduan apa yang perlu anda buat untuk membantu mereka.

 

Zaman sekarang sudah banyak berbeza daripada dulu. Semasa saya menduduki UPSR pada tahun 1978 dahulu, tak ramai pelajar yang mendapat 5A. Jika dapat 4A 1B pun sudah boleh memasuki sekolah berasrama penuh dan jika dapat 3A 2B sudah boleh memasuki MRSM!

 

Sekarang ini, ada sekolah menengah biasa yang cuma mengambil pelajar2 yang mendapat 5A dalam UPSR mereka!

 

Persediaan anda sudah patut bermula dari Januari lagi. Masa akan dengan pantas berlalu dan ianya tidak akan menunggu kita. Kenalpasti apakah kelemahan anka-anak anda dan cuba atasi kelemahan mereka.

 

Jangan abaikan kekuatan mereka pula kerana subjek-subjek yang anak-anak anda cemerlang tahun lepas tidak akan kekal cemerlang jika dibiarkan begitu sahaja.Teruskan kecemerlanganmereka dengan pemantauan berterusan.

 

Jika perlu menghantar ke tuisyen, anda perlu berbuat sesuatu sekarang. Jangan tangguh-tangguh lagi kerana sesetengah pusat tuisyen yang bagus menghadkan jumlah pelajar yang mereka ambil.

Jika anda tidak menghantar anak-anak anda ke tuisyen,pastikan anak-anak anda ada buku rujukan yang mencukupi dan mempunyai buku-buku latihan yang sesuai.

 

Apa yang penting ialah USAHA YANG BERTERUSAN. Jika anak-anak anda akan menghadapi peperiksaan tahun ini, pastikan mereka bermula dari Januari ini dan terus mengulangkaji walaupun semasa hujung minggu dan cuti sekolah. Kecemerlangan memerlukan banyak pengorbanan dan bukan sekadar mengharapkan NASIB semata-mata.

 

Saya akan berterusan member petua-petua belajar dari masa kesemasa untuk kita sama-sama membantu anak-anak kita di tahun 2012 ini.

 

Seperti yang telah dimaklumkan, saya akan memulakan tuisyen bahasa Inggeris di Putrajaya setiap Sabtu bermula 7hb Jan nanti di mana 3.50pm ke 5.20 p.m. untuk peringkat rendah dan 5.30 p.m. ke 7 p.m. untuk peringkat menengah. Tuisyen yang sama akan dimulakan di Sunway pada 8hb Jan nanti.

 

Kursus Persediaan MUET / pra universiti akan bermula 7hb Jan ini di Putrajaya dan 8hb Jan di Sunway.Tinggal 3-4 tempat sahaja lagi!

Hubungi saya segera jika berminat kerana tempat terhad.

Cikgu Yusoff
0193090711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s