Persediaan untuk MUET sesi Julai dan November 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Untuk mereka yang akan mengambil Malaysia University English Test atau lebih dikenali dengan singkatan MUET adalah penting untuk anda mengetahui apakah komponen-komponen atau aspek yang akan diuji dalam MUET, markah maksima untuk setiap komponen dan juga markah yang diperlukan untuk mencapai sesuatu Band. Anda perlu tahu kesemua ini dengan terang dan jelas agar anda akan lebih bersedia untuk mengambil MUET dan mendapat keputusan cemerlang.

Malaysian University English Test (MUET) mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Ujian MUET ini dijalankan tiga kali setahun iaitu pada bulan March, Julai dan November. Ada empat komponen dalam MUET iaitu Listening dengan markah penuh 45, Speaking dengan markah penuh 45; Reading dengan markah penuh 120 dan Writing dengan markah penuh 90. Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah.

Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band di mana Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.
Berikut adalah pemarkahan untuk kesemua Band dan komen.

Band 6- Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah:260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5- Pengguna yang Bagus (Jumlah markah:220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4- Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah:180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah:140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2- Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1- Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.
Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Ada sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:-

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi Grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi Vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

Saya akan sambung lagi tentang persedian MUET ini dalam masa terdekat. Sila hubungi saya jika anda ingin tahu langkah tercepat dan paling efektif untuk menyediakan diri anda untuk mengambil MUET nanti.

Kursus persediaan MUET untuk kertas Julai dan November bermula April ini pada 1hb di Sunway dan 7hb April di Putrajaya.Kursus berjalan selama 11 minggu dan diskaun sehingga 22% untuk pelajar MUET.

Regards

Cikgu Yusoff

0193090711

Advertisements
By knowledgecentre Posted in MUET

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s